cp 79

69 10 0
                                    

"Kita akan bergerak sekarang ke?" Soal aku.

"Ya, aku takut kalau ditangguhkan lagi perang di sana akan menjadi lebih teruk," Dekis menjawab.

Aku terdiam seketika. Menurut laporan itu, perang di pembatasan Delcan semakin hangat apabila Argena memutuskan untuk membuat markas utama mereka di sana. Hal tersebut membawa penyerang terus menerus ke arah tembok pertahanan.

"Kalau begitu, apa kata kau pergi sahaja dengan tentera berkuda," cadang aku.

"Kenapa pula?" Dekis kebingungan.

"Tentera berkuda kau akan mempercepatkan perjalanan kau. Kalau kau tunggu semua tentera untuk tiba di sana, akan jadi lambat. Jadi lebih baik kau pergi dahulu dan tentera selebih aku akan bawa."

Bukan semua tentera di sini mempunyai kuda. Ada yang berjalan kaki, jadi wajar untuk mereka mengambil masa yang lama. Lagi pula tentera yang berjalan kaki perlu rehat juga menyebabkan banyak masa yang diambil daripada tentera berkuda.

"Kalau begitu baiklah. Aku harapkan mereka pada kau," Dekis menerima cadangan aku sambil tersenyum.

Mata aku melihat semua barangan yang telah dia kemas dan tiba aku teringat sesuatu. Kalau aku menjaga tentera yang berjalan maka aku tidak akan bersamanya.

Itu juga bermakna dia akan kehilangan salah satu kekuatannya iaitu aku. Itu sangat bahaya.

Seketika itu, tangan aku mula mencapai kain putih yang jumpa lalu aku membacakan sesuatu pada kain tersebut. Setelay selesai, aku memberikan kain itu kepada Dekis.

"Kain apa ini?"

"Kalau kau rasa dalam bahaya, letak darah kau pada kain itu dan kau akan tengok apa yang terjadi," ujarku sambil tersebut.

Dekis memandang pelik ke arah aku sebelum mengikat kain itu pada pedangnya. Sebenarnya aku telah meletakkan sihir yang akan menghasilksn letakan yang cukup kuat sekiranya kain itu terkena darah.

Kalau aku lambat datang untuk menyelamatkan dia, sekuranya sihir tersebut boleh membantu dia sedikit. Harap sahaja ledakan itu tidak terlalu sehingga membahayakan dirinya.

"Kalau begitu, aku akan bergerak sekarang. Terima kasih untuk benda ini," ucap akhirnya sebelum dia keluar dari khemah ini.

.
.
.
.
.

Hentakan kaki kuda kedengaran kuat sedang menyelusuri hutan itu dengan pantas. Keluar sahaja mereka dari hutan tersebut, dapat dilihat satu benteng tinggi di satu kawasan tanah lapang. Itulah benteng pemisah dan juga benteng pertahanan terakhir Delcan.

"Dekis itu," langkah kuda Dekis terhenti apabila namanya dipanggil oleh Noah.

Mata Dekis menoleh ke arah benteng yang kelihatan seakan hangat dengan serangan daripada tentera musuh. Nampaknya mereka sudah terlambat. Musuh telah tiba lebih awal untuk menyerang benteng itu.

Dekis menoleh ke arah Noah dan Fero lalu mereka bertiga saling mengangguk. Setelah itu, mereka bertiga mula berpisah menjadi tiga kumpulan untuk menyerang dari arah yang berbeza. Cara itu boleh mengepung musuh dengan lebih pantas supaya musuh tiada celah untuk melarikan diri.

Dekis dengan pantas terus menuju ke tengah peperangan tersebut lalu menarik pedangnya. Setiap musuh yang dia lihat terus dilibas tanpa belas kesian. Para musuh yang sedar akan kehadiran dia juga mula mengalihkan serangan mereka daripada benteng menuju ke arah tentera Dekis.

Dekis sudah mengjangka semua itu dan itulah rancangannya. Dengan mengalihkan serangan musuh ke arahnya maka pasukan Fero boleh bergerak ke hadapan benteng untuk mempertahankan benteng tersebut.

Servant of EvilWhere stories live. Discover now