"Daripada apa yang aku bincang sama Aries semalam, kita akan mulakan perjalanan kita melalui Eldoria. Disebabkan perbatasan Eldoria penuh dengan gunung-ganang, itu akan membuat kita mudah bergerak tanpa dikesan," ujar Dekis kepada tiga rakannya.
Peta yang ada di atas meja penuh dengan contengan menjadi petanda arah pergerakkan mereka. Menurut peta ini, pergerakan mereka untuk memasuki Sullivan agak senang kerana kehadiran gunung-ganang tersebut tetapi itu hanya kawasan hutan, belum lagi kawasan kota mereka.
"Tapi kalau kita bergerak secara berkumpul kita akan dapat dikesan juga? Jumlah kita bukan sedikit untuk mereka tidak sedar," pintas Fero.
"Itulah sebabnya aku akan bahagikan tentera kita kepada 3 kumpulan. Kumpulan Cain, Noah dan aku."
Dekis mula menceritakan bagaimana kumpulan itu akan bergerak dimana ketiga kumpulan akan bergerak secara terpisah, mengambil jalan yang berlainan dan bergerak mengikut tempoh masa tertentu.
Kalau tiga kumpulan itu bergerak begitu, para musuh agak sukar mengesan mereka dan hanya berfikir kumpulan yang tiba hanyalah pendatang asing yang ingin berdagang.
"Bagaimana pula dengan penyerangan kota Eldoria ini?" Soal Cain.
Mereka sudah tahu cara masuk dan sekarang cara menyerang kota itu. Mereka harus menawan kota Eldoria untuk terus maju ke menawan satu tanah Eldoria itu.
Tanah Eldoria cukup besar dan cara terbaik untuk ambik alih dengan cepat adalah merampas pemerintah ibu kota wilayah itu atau orang berkuasa di sana.
Mereka tidak mahu buang masa mengambil sikit demi sedikit tanah untuk ditawan kerana itu akan melambatkan mereka menuju ke ibu kota Sullivan, Erelyndor.
"Itu aku serahkan kepada Aries untuk terangkan," Dekis mula memberi ruang kepada Aries yang turun tiba di sana.
Aries berjalan berhadapan dengan peta tadi lalu dia kelihat seketika contengan penanda arah yang dibuat oleh Dekis.
"Di Eldoria ada tiga kota utama yang membentuk wilayah itu iaitu kota Rosaine, kota Mayte dan kota Landeir. Untuk Landeir dan Mayte kita tidak perlu risau sebab kawalan di sana tidak terlalu ketat. Tetapi bukan di Rosaine."
Tangan Aries menunjuk ke arah satu bulatan yang dilukis di atas peta itu. Kini semua mata dan telinga tertumpu kepadanya.
"Rosaine mempunyai kawalan yang ketat sebab di sana tinggalnya pemimpin wilayah itu dan tujuan utama kita adalah menyerang kediaman pimimpin itu. Pertama sekali, kumpulan Noah dan Cain yang terpisah tadi akan bergerak dahulu cuba menawan kota Mayte dan Landeir. Apabila kota tersebut sudah ditawan, korang akan membuka laluan kepada kumpulan Dekis untuk maju ke kota Rosaine."
Wujudnya dua kota Landeir dan Mayte sebenar merupakan pertahanan awal atau lebih tepatnya kota pemerhati musuh untuk Rosaine. Tujuan utama kenapa tiada laluan lain menuju ke kota Rosaine kecuali melalui dua kota itu adalah agar kota Rosaine tahu dengan lebih awal berlakunya penyerangan di sana sebelum tiba musuh ke kota itu.
Kejadian itu pernah terjadi sebelum ini semasa pemerintah keturunan terdahulu keluarga sebenar Aries dimana dua kota tersebut berjaya menghalang musuh daripada terus memasuki kota mereka.
Tapi walaupun begitu, Aries sudah tahu bagaimana untuk masuk ke Rosaine tanpa perlu berhadapan dengan penyerangan yang besar-besaran.
"Tapi ingat, semasa kumpulan Dekis bergerak memasuki kota Rosaine, kumpulan korang berdua tidak boleh bergerak sampai isyarat diberikan untuk menjadi umpan kepada musuh supaya memikirkan kita akan menetap di sana untuk seketika."
"Maksudnya kumpulan Dekis nanti akan bergerak secara senyaplahkan? Tapi kalau jumlah kumpulan Dekis banyak, kita akan tetap dikesan," Noah bertanya.
"Itulah sebabnya jumlah kumpulan Dekis tidak akan lebih daripada 20 orang. Kita akan cuba kurangkan jumlah supaya sukar dikesan," terang Aries lagi.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...