cp 32

60 10 0
                                    

"Kenapa kamu tidak cuba melawan dia tu tadi? Rasanya kamu sedar bahawa dia sedang cuba merendahkan kamu," soal tuan Calen yang sedang berjalan di sebelah aku.

Apa dia maksudkan Ciro tadi? Tidak sangka dia dapat melihat apa yang berlaku. Jadi betullah bahawa perasaan aku bahawa ada seseorang yang melihat ke arah aku semasa kejadian tersebut. Rupanya dia melihat aku sebelum dia datang memanggil aku ke.

"Tidak ada guna melawan orang begitu. Saya bukan budak-budak lagi untuk bergaduh dengan perkara kecil begitu," balas aku.

"Tapi kamu masih budak."

"Tuan, saya 15 tahun. Saya sudah cukup dewasa untuk tidak termakan dengan permainan dia. Lagi pula tak ada guna melawan dengan orang lemah begitu."

Kalau dia memang kuat, dia tidak akan cuba merendahkan aku begitu. Dia akan terus terang untuk berlawan dengan aku untuk lihat siapa yang lebih kuat.

Tetapi dia tidak lakukan itu kerana dia sedar bahawa dia tidak akan dapat menang melawan aku, jadi dia pilih cara dengan merendahkan aku melalui kata-kata yang keluar daripada mulutnya. Itu memang cara orang lemah bertarung.

"Kamu memang sama dengan Draven," tiba tuan Calen berkata.

"Apa?" Aku menoleh ke arahnya.

"Tidak ada apa-apa. Cepatkan kaki kamu, kita mesti pergi jumpa orang itu," katanya lalu melajukan pergerakannya.

Aku yang tidak sempat berkata apa-apa ini hanya boleh mengikutinya. Teringin juga tahu kenapa dia kata aku sama dengan datuk.

.
.
.

Time skip

Bulan terang di langit menerangi langit malam yang gelap. Angin yang bertiupan pula terasa sungguh sejuk. Ini mungkin kerana sekarang aku berada di tempat yang agak lambat tinggi dan sekarang adalah musim sejuk. Untung sahaja aku ada sihir api yang boleh digunakan untuk mengekalkan suhu badan aku dalam keadaan normal.

Kaki aku yang berjalan tadi terhenti apabila aku sudah sampai di sebuah tebing. Mata aku kemudiannya memandang ke bawah tebing tersebut. Di bawah tebing ini terdapat satu laluan untuk melalui kawasan pergunungan ini.

Laluan tersebut lurus dan rata membuat ianya senang dilalui oleh sesiapa pun namun tempat ini adalah kawasan pergunungan yang sejuk. Tidak ada sesiapa yang mahu datang ke pergunungan ini pada musim sejuk dan pada waktu malam begini.

Tetapi tidak untuk sekumpulan tentera yang tekad. Ya, sekumpulan tentera yang tekad mahu menyerang markas Evosthil demi menyekat pergerakan tentera Evosthil.

Mesti semua pelik kenapa aku berada di sini dan tidak berada di markas sekarang walaupun tahu bahawa markas mungkin akan diserang?

Mari sini aku ceritakan.

Semuanya ini bermula pada petang tadi dimana tuan Calen membawa aku berjumpa putera mahkota. Ya, putera mahkota sekali lagi. Hidup aku di medan perang memang terikat dengan lelaki itu.

Aku berjumpa dia dan kami mula berbicara tentang perang ini. Dia mengatakan bahawa dia tahu nanti akan ada pergerakan tentera Argena menuju ke markas ini pada waktu malam untuk menyekat pergerakan kami.

Jadi, disebabkan itu dia mahu pertolongan untuk menghentikan pergerakan tentera tersebut. Disebabkan kawasan menuju ke markas tentera Evosthil adalah melalui laluan ini, maka agak sukar untuk tentera biasa melawan mereka.

Tentera kami tidak berapa banyak kalau hendak dibanding dengan tentera Argena. Jadi putera mahkota itu bercadang membuat serangan jauh yang mematikan untuk membunuh kata tentera tersebut sebelum tentera Evosthil yang lain mula menyerang.

Servant of EvilWhere stories live. Discover now