cp 42

58 10 0
                                    

"Aries!"

Bab!

Mata aku tertutup rapat takut untuk melihat apa yang akan terjadi namun beberapa saat aku menunggu aku, tidak merasakan apa-apa. Rasanya tadi batu itu sudah jatuh dan hanya akan mengambil masa sesaat sahaja untuk menimpa aku. Jadi kenapa aku tidak merasakan apa-apa?

Mata aku sikit demi sedikit mula terbuka dan alangkah terkejut aku melihat batu besar tadi terapung tepat di atas aku. Hanya beberapa inci sahaja dari kepala aku untuk jatuh menimpa aku. Apa sudah jadi?

"Lari dari sana sekarang!" Aku mendengar suara seorang lelaki menjerit.

Dengan pantas aku mula melarikan diri dari bawah batu tadi dan selepas itu, batu tersebut mula jatuh menimpa tanah.

Mata aku kemudiannya melihat ke atas jurang asal datang suara tadi. Aku dapat melihat ada seorang lelaki yang berdiri di sana sambil menatap aku. Mata aku dikecilkan melihat sosok tersebut.

"Tuan Calen," panggil aku apabila dapat melihat sosok lelaki itu.

Apa dia buat di sini di sini? Bukankah dia ada tugasan untuk menjaga markas Evosthil selama perang terjadi.

Tambah lagi, bagaimana dia tahu aku ada di sini? Rasanya tadi aku keluar dari markas secara senyap tanpa ada sesiapa tahu.

Malah waktu aku keluar, dia sibuk menguruskan urusannya bersama Fero. Jadi mustahil untuk dia tahu bahawa aku telah hilang dari tempat itu dengan secepat ini. Jarak tempat ini dengan markas itu bukan dekat.

Kalau betul dia sedar aku hilang, mesti dia tidak akan sempat datang ke sini, kacuali dia tahu bahawa aku ada niat ke sini dari awal dan pergi mengikuti aku.

Lelaki tua tersebut mula turun dari atas jurang tadi tepat di hadapan aku. Matanya melihat ke arah aku dengan satu pandangan yang sukar aku ungkapkan.

"Kau-"

"Tuan Calen..." Putera mahkota mula memanggilnya. Lelaki itu datang mendekati aku dan pandangan tuan Calen berpindah ke arah putera tersebut.

"Apa sudah berlaku di sini, tuanku?" Soalnya.

"Beta akan ceritakan nanti, dan memandangkan tuan Calen ada di sini, apa tuan Calen dapat memberikan isyarat kepada Noah bahawa komander Argena telah mati."

"Dia telah mati..." Tuan Calen mula menoleh belakang dan seketika itu dia terkejut melihat satu tubuh yang sudah tidak berkepala jatuh ke tanah.

"Pa-patik akan lakukan dan selama itu, lebih baik tuanku kembali ke markas. Keadaan tunku cukup teruk."

Selepas mengatakan balasan tadi, tuan Calen mula terbang ke langit menuju ke arah medan perang yang tidak jauh dari sini. Asalnya itu adalah kerja putera ini tetapi disebabkan keadaan yang cukup parah itu, membuat dia sukar untuk bergerak.

Bruk!

Tiba aku terdengar bunyi sesuatu jatuh ke tanah. Dengan pantas aku menoleh ke kanan aku dan aku terkejut melihat putera mahkota itu jatuh ke tanah dengan keadaan yang sungguh tidak terdaya.

"Tuanku..." panggil aku sambil mendekatinya.

"Rasanya aku tidak ada tenaga lagi untuk bergerak," katanya sambil tersenyum.

Aku mengeluh di dalam hati lalu aku menarik tangan kanannya dan diletakkan di bahu aku. Kemudian aku mula memapah dia untuk berdiri semula.

"Patik akan tolong tuanku untuk kembali ke markas," ujar aku.

Dengan cara begitu, aku mula mengeluarkan sihir angin yang membuat kami berdua terapung ke udara dan selepas itu, aku terus membawanya ke markas yang terletak agak jauh dari sini.

Servant of EvilWhere stories live. Discover now