cp 28

63 11 1
                                    

Di pagi yang cerah itu seorang lelaki lengkap berbaju besi berlari memasuki sebuah khemah yang di dalamnya terdapat beberapa orang sedang duduk di sebuah meja. Sesampai di sana, dia terus berdiri tegak dan memberi tunduk hormat.

"Ini ada beberapa laporan yang dihantar oleh perisik kita, tuan," dia mula menghulurkan satu kertas.

Lelaki itu mengambil kertas tadi lalu dia terus membacanya. Daripada kertas itu, dia mendapat laporan bahawa pasukan tentera Evosthil telah menukar komander mereka dah komander perang yang baru adalah Dekis Ver Evosthil.

Itu adalah nama putera mahkota negara ini. Dia agak terkejut membaca semua itu kerana baru kali pertama dia mendengar bahawa ada putera mahkota yang mahu terlibat dalam perang.

"Kau tahu apa-apa tentang budak ni ke?" Soalnya.

"Aku dengar budak tu pandai dalam bab peperangan ini dan mungkin sebab itu kenapa raja itu hantar dia," rakan di sebelahnya menjawab.

Dia terdiam seketika sambil berfikir. Kalau mereka menukar komander bermakna bentuk pergerakan tentera juga akan berbeza. Selama ini pasukan Argena dapat melawan Evosthil kerana dia faham cara pergerakan tentera oleh komander lama Evosthil.

Tetapi sekarang mereka sudah bertukar. Boleh jadi juga pergerakan mereka juga akan berubah.

"Tapi dia masih budakkan? Kalau dia budak bermakna dia tidak ada pengalaman dalam medan perang. Kita tidak perlu risau sangat," ujar seorang lagi rakannya.

"Ya, budak tetap budak. Tidak ada guna pandai dalam bab peperangan kalau tidak ada pengalaman sendiri. Berbeza dengan kau yang sudah hampir 10 tahun di medan peperangan ini."

Lelaki itu mengeluh lalu meletakkan kembali ke atas tadi ke atas meja. Mungkin betul kata rakannya itu. Walaupun sebijak mana pun seseorang itu dalam bab peperangan tetapi tidak ada pengalaman, tetap juga pecundang.

Lagi pula, pasukan tentera dia telah mengusai suku daripada kerajaan Evosthil ini. Itu sudah menunjukkan kekuatan pasukan tentera dia.

Di tambah lagi dengan sekarang negara dia telah mendapat bantuan daripada kerajaan Sullivan yang terkenal dengan pasukan ketenteraan mereka. Jadi dia yakin Evosthil akan hancur dalam masa yang singkat.

"Memandangkan mereka sudah menukar komander perang, apa kata kita mulakan pergerakan tentera kita untuk uji ketahanan mereka?" Cadangnya.

"Itu idea yang baik. Kita boleh luaskan jajahan kita untuk mengusai Nervin sebelum kita boleh bergerak menuju ke Delcan."

Di kerajaan Evosthil, terdapat 5 wilayah yang bergabung membentuk satu kerajaan. Wilayah itu diberi nama, Astea, Nervin, Edona, Tratha dan Delcan yang merupakan ibu kota Evosthil.

Sekarang pasukan tentera mereka telah mengusai suku daripada wilayah Nervin. Matlamat utama mereka adalah mengusai Delcan melalui pembatasan Nervin dan Delcan. Jadi untuk menjayakan semua itu, mereka harus mengusai Nervin dahulu.

"Kalau begitu, arahkan pasukan tentera untuk bersiap sedia. Kita kan beri kejutan kepada budak itu," arah lelaki tadi sambil tersenyum sinis.

"Baik, tuan Caze!" Lelaki berbaju besi tadi terus berlari keluar untuk menjalankan arahan tersebut.

.
.
.
.
.

Hari ini adalah hari yang sangat penting untuk para tentera di sini kerana hari ini adalah hari dimana keputusan kumpulan akan dikeluarkan. Semua orang akan teruja untuk mengetahui kumpulan dan pasukan mana yang akan mereka sertai.

Namun itu tidak terjadi pada aku kerana aku dari awal sudah tahu bahawa aku akan ditempatkan di pasukan penyerang dan kumpulan bagi penyihir tingkat tinggi. Semua ini kerana putera mahkota kemarin.

Tidak sangka pertemuan aku dengan dia akan terjadi begini. Awalnya aku fikir dia hanyalah lelaki biasa tetapi setelah apa yang dia lakukan, aku dapat rasakan bahawa dia bukan manusia biasa. Tujuan dia mengatakan bahawa dia akan mengawasi aku membuat aku semakin berwaspada dengannya.

Aku juga dapat rasakan bahawa dia mempunyai seribu satu helah di kepalanya untuk mengawasi aku serta untuk mengekalkan aku berada di sini.

Tujuan utama dia berbuat begitu mungkin kerana aku pelajar datuk tetapi rasanya tujuan dia adalah kerana dia mahu kekalkan aku untuk menjadi hamba setia. Itu boleh membuat kekuasaan dia semakin bertahan.

Lalu disebabkan itu, rancangan pertama dia untuk mengekalkan aku berada di sisinya adalah dengan menjadi ketua di kumpulan ini.

Pelik bukan?

Kumpulan yang aku masuk adalah kumpulan untuk para penyihir tingkat tinggi yang merupakan penyihir yang mungkin lebih tua dari aku. Tetapi atas sebab arahan dia, aku yang merupakan penyihir termuda di kumpulan itu menjadi ketua.

Sudah semestinya aku cuba tolak tetapi tuan Calen kata bahawa tidak ada calon yang layak menjadi ketua kecuali aku. Kalau aku mahu menolak jawatan ini, aku mesti cari seseorang yang lebih kuat daripada aku dan aku tahu itu mustahil sekarang.

Selama aku sudah melihat potensi penyihir yang ada dan aku sangat kecewa dengan mereka. Tidak kira mereka penyihir biasa atau penyihir tingkat tinggi, mereka tetap jauh lebih lemah daripada aku.

Jadi sekarang mahu tidak mahu, aku kena hadap semua ini. Aku juga kena hadap tatapan mata yang iri kepada aku kerana menjadi ketua kumpulan ini. Aku tahu ramai yang tidak setuju namun apa aku boleh buat. Nak tolak juga tidak boleh.

"Pasukan penyihir mempunyai 10 kumpulan. Kumpulan 1 dan 2 adalah kumpulan pertempuran, kumpul 3 hingga 6 pertahanan dan kumpulan sebelihnya adalah kumpulan untuk merawat pasukan perang. Kumpulan rawatan ini akan dipisahkan mengikut pasukan tentera yang lain, jadi harap kamu semua sedia," ujar tuan Calen.

Nasib aku berada di kumpulan satu yang merupakan kumpulan pertempuran. Ahli kumpulan satu dan dua terdapat 10 orang dan mereka semu adalah penyihir yang datang dari menara sihir serta akademi negara.

Jadi itu juga bermakna mereka adalah penyihir tingkat tinggi yang berkelayakan. Mungkin lebih layak daripada aku yang hanya datang daripada desa kecil tanpa pergi belajar setinggi mereka.

Sudahlah aku berada di kumpulan satu yang merupakan ketua baru satu pasukan penyihir ini. Kalau tuan Calen tidak ada untuk melakukan kerjanya, maka kerjanya akan diberikan kepada aku. Itu sama juga dengan maksud bahawa aku adalah orang kedua penting ke pasukan penyihir ini selepas tuan Calen.

Memang banyak beban yang kena aku tanggung kali ini. Bukan sahaja perang tetapi juga seluruh pasukan penyihir ini. Harap sahaja tuan Calen tidak terjadi apa-apa. Aku tidak mahu menggantikan dia untuk melakukan kerjanya.

"Pertemuan di sini sudah selesai, kamu semua boleh beredar. Tolong siap sedia untuk kumpulan yang akan ikut pasukan tentera yang lain," kata akhirnya tuan Calen sebelum pertemuan ini bertamatkan.

Semua orang yang berkumpul di hadapan kami tadi mula beredar dengan senyap dan beberapa minit selepas ini, aku juga ingin beredar bersama tuan Calen.

"Tuan Calen," langkah kami terhenti apabila seseorang memanggil tuan Calen.

Aku menoleh kepala aku dan melihat ada seorang lelaki memanggilnya tadi. Aku kenal lelaki ini. Dia adalah Ciro, ketua kumpulan kedua. Dia juga merupakan penyihir tingkat tinggi yang datang daripada menara sihir.

"Ada apa-apa ke?" Soal tuan Calen.

"Saya nak buat bantahan."

"Bantahan?"

"Ya, saya tak setuju budak ni jadi ketua kumpulan satu. Kenapa tuan pilih dia? Dia siapa dan kenapa tidak pilih saya?"

 Kenapa tuan pilih dia? Dia siapa dan kenapa tidak pilih saya?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Servant of EvilWhere stories live. Discover now