cp 12

73 10 1
                                    

Bruk!

Aku terus dihempas ke tanah dengan kuat oleh dua pengawal tadi. Aku kini tidak tahu aku dimana. Mereka telah membawa aku sesuai dengan arahan wanita itu.

Yang aku tahu sekarang, aku berada di sebuah tebing dan aku tidak ada tenaga sama sekali untuk melawan.

"Apa patut kita lakukan pada budak ni?" Soal pengawal tadi kepada rakannya.

"Orang itu kata hapuskan maka, kita hanya perlu hapuskan sahaja dia," balasnya.

Dua pengawal tadi mula menoleh ke arah aku dengan tatapan yang seribu makna. Mereka mula mendekati aku dan secara tiba-tiba kaki mereka menendang kuat diri ini.

Mereka tidak menendang sekali tapi banyak kali sehingga perut aku terasa sakit dan aku memuntahkan darah. Tidak cukup dengan itu, mereka mula menghentak kepala aku ke tanah dengan kuat beberapa kali.

Dapat aku lihat darah mengalir segar dari kepala aku mengena tanah. Kali ini aku memang sudah tidak ada tenaga untuk melawan.

Aku memang penuh dengan kemarahan dan dendam namun aku tidak ada kekuatan untuk melawan. Aku lemah dan akan kalah begini.

Untuk budak 10 tahun melawan lelaki yang berukuran dua kali ganda daripada diri aku itu memang sesuatu yang mustahil.

Bruk!

Sekali lagi mereka menendang aku sehingga aku terpelanting ke arah hujung tebing.

"Argh!"

Aku cuba mengumpul segala kekuatan aku untuk terus membuka mata. Hanya itu yang dapat aku lakukan. Aku tidak dapat menggerakkan tangan mahukan tubuh aku, dan yang aku boleh buat hanyalah membuka mata.

Malah untuk bernafas sahaja sudah mula susah. Aku memang tidak ada peluang lagi untuk melawan. Semuanya tekah berakhir sekarang.

"Rasanya lebih baik kita tinggalkan sahaja budak itu begitu. Dia tidak akan dapat bangkit lagi dan mayat dia juga mesti akan dimakan haiwan buas di hutan ini."

"Kalau macam tu, mari balik dan dapatkan bayaran kita," dua lelaki tadi mula berpatah balik ke arah jalan masuk tadi.

Aku pula ditinggalkan seorang diri di sini. Melihat mereka berdua yang berjalan dengan penuh kesenangan itu membuat aku marah. Perasaan dendam yang membara tadi mula membara di hati aku.

Segala keadilan yang ingin aku dapat, tidak berjaya aku dapati. Malah aku rasa dunia ini tidak pernah ada keadilan. Semua keadilan yang dikatakan dahulu boleh menolong sesiapa sahaja yang tidak bersalah telah hilang. Semuanya kerana wujud manusia laknat seperti mereka.

Aku mahu balas dendam atas semua ini. Aku sanggup lakukan apa sahaja demi dendam walaupun itu bermakna aku harus menjual jiwa aku kepada iblis.

"Aku sudah mendengar kata kau, wahai manusia."

Tiba aku mendengar seseorang seakan bercakap dengan aku. Aku cuba mengangkat sedikit pandangan aku.

"Dendam kau memang sangat kuat," ujar seorang lelaki yang muncul di balik cahaya di hadapan aku.

Aku terkejut melihat kelibat lelaki berambut hitam dan matanya mempunyai dua warna. Mata kanan berwarna merah dan mata kiri berwarna kuning emas yang berkilat. Wajahnya pula tersenyum melihat ke arah aku.

Siapa dia? Adakah dia seorang penyihir?

"Aku tanya kau, adakah kau masih mahu hidup sekarang?"

Aku terdiam. Terkejut aku melihat dia sehingga suara aku sukar untuk keluar.

"Aku tahu dendam yang tersimpan di hati kau sangatlah kuat. Jadi aku akan beri kau peluang untuk hidup dengan satu syarat."

Lelaki itu mula menunduk melihat aku. Kepala aku yang rebah diangkat olehnya. Mata kami saling bertembung.

Servant of EvilWhere stories live. Discover now