cp 21

69 11 2
                                    

"Aries, sampai sana jaga diri kamu ya. Jangan lupakan kami di sini," ujar pakcik Peter.

Aku tersenyum lalu mengangguk. Pagi ini aku akan berangkat menuju ke tempat itu dan sekarang hampir semua penduduk desa ini berkumpul di hadapan aku. Mereka mahu melihat aku buat kali terakhir.

Sejujur di hati aku agak sedih untuk meninggalkan desa ini namun kalau aku tidak pergi nanti datuk yang kena pergi. Lebih baik biarkan darah muda seperti aku yang pergi. Lebih baik.

"Saya tidak akan lupakan tempat ini dan kalau semuanya sudah berakhir, saya akan kembali," ujar aku.

Semua penduduk desa yang ada hanya dapat melihat sayu diri ini. Mungkin mereka fikir itu hanya satu kata-kata manis sahaja tetapi sebenarnya aku sangat memaksudkan itu. Aku tidak mahu menjadi seperti anak muda lain yang meninggalkan mereka di sini dan tidak kembali.

"Aries," aku mendengar suara datuk memanggil aku. Aku menoleh ke arahnya yang berjalan perlahan itu.

"Ambil ini. Kalau mereka tanya kamu datang dari mana, kamu tunjukkan ini sahaja," datuk menghulurkan satu papan kayu kecil kepada aku.

Aku mengambil papan kayu sebenar telapak tangan aku ini. Di atas papan kayu ini tertulis nama datuk dan ada satu simbol yang aku tidak tahu apa.

"Baiklah datuk," balas aku.

Aku menyimpan papan kayu itu lalu aku mula menunggang kuda yang sudah disediakan untuk aku.

"Jaga diri kamu. Jangan biarkan diri kamu dalam bahaya. Kalau kamu rasa mahu menyerah, kembalilah ke sini. Datuk tidak akan marah."

"Datuk juga jaga diri di sini. Saya akan kembali apabila semua ini selesai. Saya janji," ujar aku sambil tersenyum.

Lelaki tua itu tersenyum bersama penduduk desa yang lain. Aku tahu walaupun mereka tersenyum tetapi jauh di hati mereka, mereka sedih melihat kepergian satu-satunya anak muda di desa tersebut.

Kalau aku sudah pergi, itu bermaksud tidak ada lagi anak muda di desa tersebut. Aku juga mungkin akan merindui memori aku di sini bersama mereka.

"Saya akan pergi sekarang. Selamat tinggal semua," ucap aku lalu mula bergerak.

Selama aku berangkat, dapat aku dengar suara penduduk desa yang mengucapkan selamat tinggal kepada aku daripada jauh. Aku waktu itu hanya dapat tersenyum sambil menunggang kuda tersebut.

Apabila jarak aku dengan desa tadi sudah semakin jauh, aku mula melarikan pergerakan kuda tadi. Untungnya aku sudah diberi peta oleh datuk jalan menuju ke tempat tersebut. Dengan itu aku tidak perlu kisah kalau aku tersesat.

Lagi pula terasa agak mustahil untuk tersesat apabila aku sudah terlalu makan dengan kehidupan di hutan. Tanpa peta aku tahu dimana ada penempatan dengan melihat struktur hutan sekeliling aku.

.
.
.

Beberapa hari kemudian

Aku dengan tenang milihat unggun api yang berada di hadapan aku kini. Matahari yang tadinya terbenam sudah mula menghilang digantikan dengan bulan. Masuk hari ini sudah hampir 3 hari aku mulakan perjalanan aku. Walaupun begitu, aku masih lagi belum tiba.

Jarak antara desa Turgis dengan markas tentera itu memang sangat jauh. Itulah sebab kenapa datuk nasihatkan aku untuk pergi dengan lebih awal kalau mahu sampai tepat pada waktunya.

Ingatkan dahulu jarak jauh tempat tersebut hanya mengambil 2 hari tetapi sekarang sudah masuk tiga hari tetapi jaraknya masih jauh. Mungkin akan ambil masa seminggu untuk aku sampai.

Aku mengeluh di sana dalam kesejukan. Disebabkan sekarang musim sejuk maka suasa hutan ini agak sejuk. Untungnya ada api ini.

Tangan aku di dekatkan dengan api tadi untuk merasakan hangatnya dan tiba-tiba aku terdengar sesuatu bergerak di balik semak belakang aku.

Servant of EvilWhere stories live. Discover now