"Jadi apa yang korang dapat daripada laluan yang korang lalu?" Soal Dekis kepada Noah, Cain dan Fero.
Sekarang semua sudah kembali dan kami terus mengadakan mesyuarat untuk berbincang perkara yang telah kami temui.
"Sebelum tu, kenapa dengan dia tu? Dari tadi muka macam nak bunuh orang saja," Soal Fero melihat ke arah aku.
"Tak ada apa tu. Biasalah semua orang ada hari dia tak betul sikit."
Aku memandang tajam Dekis yang menjawab aku begitu. Dia tahu sebabnya tetapi dia tidak mahu mengatakan hal sebenar.
Jujur aku kata aku kesal dengan pilihan aku menjadi orang kanan dia. Sekarang tidak pasal aku dipaksa menjadi komander perang.
"Sebelum ada mayat dalam bilik ni, lebih baik kau mulakan mesyuarat ini," amaran aku. Mata aku menjeling ke arah Dekis.
"Baiklah, Cain kau mula dulu," arahnya.
Cain yang melihat kami berdua tadi terus berdiri lalu meluluskan sesuatu di atas peta yang sudah terdampar di atas meja.
Tangannya lagi membuatkan beberapa kawasan dan juga melukis beberapa lagi laluan.
"Daripada apa yang aku jumpa, laluan yang aku lalu semalam menuju ke pembatasan antara Nervin dan Astea. Laluan ini agak panjang dan ianya bergabung dengan laluan yang Fero lalu juga," terangnya.
"Jadi laluan Fero dan kau pergi ke tempat yang sama?"
"Ya, tapi laluan aku lebih besar tetapi agak bahaya sebab banyak retakkan di dinding lorong. Kalau hendak bawa tentera memang tidak sesuai," Fero menyambung.
"Laluan aku pula selamat tetapi agak kecil. Untuk tentera masuk rasanya hanya boleh tampung puluhan sahaja."
Aku terdiam mendengar keterangan itu. Dua laluan yang menuju ke tempat sama tetapi banyak perbezaannya.
Kalau laluan tersebut dapat digunakan mungkin agak mudah untuk meminta pertolongan Astea dalam bekalan makanan tetapi agak sukar untuk meminta pertolongan tentera.
"Noah pula bagaimana?"
"Kau tahu gua perlombongan emas milik keluarga tu? Laluan aku pergi ke sana. Keadaan laluan agak baik seperti dijaga dengan sungguh baik tetapi pintu keluar laluan itu tidak dapat digunakan kerana ditimbus oleh batu."
Aku dapat jangka semua itu akan berlaku. Sekarang musim perang jadi tiada siapa yang mahu bekerja di tempat yang bahaya seperti itu. Mereka lebih memilih berhenti bekerja dan melarikan diri ke tempat yang selamat agar tidak ditangkap oleh tentera Argena.
"Seingat aku, gua perlombongan itu bukan berdekatan dengan pintu markas Argena ke?" Soal Cain.
"Ya ke?" Kami semua terus memandang ke arah peta.
Cain membulatkan satu gua yang terlukis di peta itu dan alangkah terkejut aku melihat jaraknya agak dekat. Hanya beberapa ratus meter jauh sahaja.
Tadi Noah kata laluan dia terjaga dengan baik, bukankah itu bermakna laluan ini merupakan peluang besar untuk menghantar tentera menyerang markas di sana.
"Yang ini kita ke tepikan dahulu, Aries bagaimana dengan ahli kumpulan kau tu? Sudah dapat maklumat daripada mereka?" Dekis melihat ke arah aku.
Aku baru teringat bahawa aku terpisah dengan mereka kerana ada dua korang terpisah hari tu.
"Mereka kata lorong itu hanya jalan mati, tapi mereka jumpa ini di dalam sana," aku terus memetik jari aku dan muncul satu syiling emas di atas meja.
Semua mata melihat syiling emas itu dengan penuh tanda tanya sebelum tangan Fero mengambilnya untuk meneliti dengan lebih mendalam.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...