Kaki aku melangkah bersama tuan Calen menuju ke sebuah padang luas. Di sana aku dapat melihat ramai tentera sudah berkumpul. Di hadapan mereka pula ada sebuah pentas kayu yang dibuat untuk melakukan ucapan.
Dari sini aku dapat melihat semua tentera itu bersemangat dengan senjata dan baju pertahanan mereka.
Bukan sahaja tentera malah penyihir juga ada. Sekarang aku tahu rupanya, di medan perang ini bukan sahaja lelaki yang ada tetapi perempuan juga turut ada dan kebanyakan perempuan itu datang daripada penyihir.
Nampaknya perang ini memang tidak kisah akan jantina yang terlibat. Walaupun perempuan itu nampak lemah di mata orang lain tetapi mereka mungkin mempunyai kekuatan lain dalam diri mereka.
"Diumumkan ketibaan, Yang Mulia Putera Mahkota, Dekis Ves Evosthil."
Kepala aku menoleh ke arah suara tadi. Putera mahkota Evosthil datang ke sini? Tiba-tiba sahaja ni. Aku tidak tahu pula bahawa putera mahkota itu akan turut serta dalam perang kali ini.
Beberapa minit aku mununggu ketibaan putera itu dan akhirnya dia tiba di atas pentas. Putera mahkota itu mempunyai rambut berwarna perang dan mata hijau yang bersinar. Dia kelihatan seperti seorang yang hebat dengan penampilan begitu.
Aku tidak berapa tahu mengenai putera mahkota itu namun aku tahu bahawa dia bukan orang biasa. Kalau dia orang biasa, mana mungkin akan terlibat dalam perang ini.
"Selamat datang beta ucapkan kepada semua yang hadir hari ini. Beta..." dia mula berbicara di atas pentas itu.
Aku yang berdiri di bersama tuan Calen hanya boleh mendengar sahaja. Bagi aku tidak penting mendengar ucapan begitu. Manakala tuan Calen pula kelihatan tekun mendengar setiap perkataan yang keluar daripada mulut putera mahkota tersebut.
Setelah beberapa minit berlalu, akhirnya ucapan dia tamat dan semua tentera mula beredar pergi ke tempat mereka untuk melakukan aktiviti pemilihan kumpulan perang hari ini.
Apabila putera mahkota itu meninggalkan pentas, tuan Calen mula bergerak mendekati dirinya. Aku juga ikut bersama dia.
"Tuanku Dekis," panggil tuan Calen sambil memberi tunduk hormat.
"Lama tidak berjumpa tuan Calen. Bagaimana keadaan tuan sekarang?"
"Patik baik-baik sahaja. Terima kasih sebab sudi hadir ke sini hari ini, tuanku."
Putera mahkota itu tersenyum lalu menepuk lembut bahu tuan Calen.
"Itu tugas beta. Lagi pula beta akan menjadi komander perang kali ini. Jadi beta kena tahu tentera beta," balasnya.
Jadi tujuan dia datang adalah untuk menjadi komander perang. Tidak hairanlah kenapa dia tiba-tiba sahaja ada. Mesti dia seorang yang pandai dalam strategi perang sehingga diarahkan untuk datang ke sini.
Mana mungkin raja negara ini akan menghantar anaknya ke sini tanpa sebab.
"Kalau macam tu, patik minta diri dulu. Patik kena uruskan para penyihir yang datang. Kalau tuanku ada masa, datanglah untuk melihat ujian para penyihir."
"Beta akan pergi. Beta juga ingin melihat mereka."
Setelah selesai perbicaraan itu, putera mahkota tadi mula membuka langkah kaki meninggalkan kami berdua dan begitu juga kami yang mula melangkah kaki bergerak ke semua padang luas.
Tempat ini agak jauh daripada tempat tadi. Mungkin untuk mengelakkan daripada serangan tersasar berlaku. Sesampai aku di sana, aku dapat melihat ada banyak penyihir yang datang.
Jumlah mereka memang tidak dapat dikira dengan jari. Bukan itu sahaja, penyihir yang datang ini juga kelihatan seperti orang yang hebat belaka.
Mesti ada yang datang daripada akademi negara ataupun menara sihir itu sendiri. Aku tidak sabar melihat kehebatan sihir mereka yang mungkin aku sendiri akan tercabar nanti.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...