Setiba aku di hadapan rumah penginapan itu, aku terus membuka pintunya. Langit sudah menunjukkan sudah masuk larut malam, jadi mesti tentera yang lain sudah masuk tidur. Tadi aku keluar dari rumah ini juga sudah ada sebilangan tentera yang pergi berehat.
Jadi atas sebab itu, aku mesti masuk dengan senyap tanpa mengeluarkan suara dan apabila aku masuk ke dalam penginapan itu, aku terus berjalan menuju ke bilik yang sudah disediakan untuk aku. Kali ini aku sedikit beruntung kerana aku tidak perlu berkongsi bilik.
Dengan cara itu, senang untuk aku menyimpan rahsia aku ataupun membuat kerja aku tanpa perlu aku risau akan ada orang yang memerhati gerak geri aku.
"Kemana kau pergi larut malam ni?" Tiba aku terdengar suara menegur aku.
Mata aku menoleh ke belakang melihat ada seorang lelaki yang baru keluar dari biliknya menatap tepat ke arah aku.
"Dekis..." panggil aku.
Aku tidak terkejut kerana aku keluar dari sini juga bukan secara senyap-senyap. Aku tidak ada niat untuk keluar secara senyap, hanya sahaja aku keluar tanpa beritahu dia ataupun orang lain.
"Aku tak rasa kau pergi keluar ke tempat biasa kalau kembali dengan pakaian yang kotor begitu," dia datang mendekati aku melihat ke arah pakaian aku.
Aku juga melihat ke pakaian aku dan aku baru sedar bahawa pakaian aku terdapat kesan darah yang mengotorinya. Disebabkan pakaian aku berwarna gelap, jadi tadi aku tidak melihat kesan darah itu.
"Jadi kemana kau pergi?" Dia berhenti tepat di hadapan aku.
Aku diam sejenak memikirkan jawapan yang patut aku berikan. Aku malas untuk memanjangkan cerita tetapi aku juga malas untuk menipu.
"Aku pergi menangkap tikus," balas aku.
"Apa? Tikus?" Dia kebingungan.
"Ya, tikus liar yang pandai menyorok."
Dekis terdiam. Dia memandang aku dengan tatapan yang tidak percaya. Aku tidak menipu dia. Memang betul aku pergi menangkap tikus tadi lalu membunuhnya.
"Oh ya, sebelum aku lupa, ini untuk kau," aku memberikannya beberapa surat yang aku ambil tadi.
"Surat apa ini?"
"Itu kau boleh baca sendiri," aku mula mencapai tangan Dekis dan meletakkan surat itu di telapak tangannya.
Lelaki itu mengambil salah satu daripada surat tadi lalu dia terus membaca isinya. Tidak sampai beberapa saat dia membaca, matanya terus terbeliak besar. Rasanya dia sudah tahu itu surat apa.
"Aries, ini-"
Bab!
Belum sempat dia ingin mengatakan sesuatu kepada aku, aku telah menutup dahulu pintu bilik aku serta menguncinya. Aku terlalu malas aku berbincang akan isi surat itu sekarang. Biarlah dia fikirkan sendiri ataupun biar esok dia bawa isi surat itu dalam mesyuarat. Sekarang aku mahu rehatkan diri setelah penat memburu tadi.
.
.
.Keesokan harinya
Tok! Tok!
Pintu bilik tersebut diketuk oleh aku dahulu sebelum aku membukanya. Masuk sahaja aku di bilik itu, aku melihat Dekis bersama Noah dan Cain telah duduk di meja yang tersedia.
Hari ini seperti biasa akan mengadakan mesyuarat di sini untuk membincangkan hal mengenai perang ini dan itulah kenapa aku harus berada di sini.
Sepatutnya hari ini aku harus pergi ke pasukan penyihir untuk melihat perkembangan mereka. Sudah beberapa hari aku tidak bersama mereka sejak aku datang ke sini, jadi aku agak risau sekiranya mereka endahkan segala latihan yang pernah aku beri.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...