Tok! Tok!
"Masuk," kata Aries apabila mendengar bunyi ketukan itu.
Pintu dibuka dan kelihatan 4 orang jejaka memasuki bilik itu mendekati dirinya. Aries mengangkat kepalanya melihat 4 orang itu. Kesemuanya dia kenal kecuali seorang.
Dia pernah melihat muka orang itu kemarin tetapi dia tidak sempat menanya namanya mahupun nemperkenalkan dirinya.
"Jadi kenapa kau panggil aku?" Soal Dekis.
Aries bangkit dari bangkunya lalu dia berjalan ke tengah bilik itu yang terdapat satu katil yang diselimutkan. Tangannya menarik selimut itu dan terus kelihatan mayat tentera kemarin.
"Mayat ini?" Fero bertanya.
"Ada sesuatu yang aku ingin beritahu tapi sebelum itu..." mata Aries memandang ke arah lelaki asing yang berada di hujung katil tersebut.
"Oh ya, aku lupa mahu perkenalkan dia. Aries, ini Cedric, komander di kem ini dan Cedric, ini Aries, komander baru kita. Dia mungkin masih muda tapi jangan tertipu dengan kehebatan dia," ujar Dekis yang berakhir dengan gurauan.
"Salam perkenalan, Aries. Tidak perlu formal sangat dengan aku, jadi kau bebas untuk panggil aku apa," Cedric berkata sambil memandang ke arah Aries yang tersenyum ke arahnya. Sejujurnya kemarin dia hampir mengatakan bahawa Aries merupakan seorang perempuan.
Hal itu kerana semasa Aries tiba, Aries menutup seluruh wajahnya membuat dia tidak tahu bagaimana muka Aries. Tambah pula suara Aries yang lembut seperti perempuan. Mungkin sebab Aries masih dalam proses tumbesaran menyebabkan suaranya masih belum bertukar sangat.
Tetapi kemarin memang dia sudah fikir Aries perempuan. Kalau tidak disebabkan ada angin yang meniup jubah Aries sehingga menampakkan wajahnya mesti dia akan ingat Aries itu perempuan sehingga kini.
"Jadi kenapa dengan mayat ini?" Soal Noah yang tidak sabar.
"Sebelum itu, korang pernah dengar tentang mayat hidup?"
"Mayat hidup?"
"Ya, mayat yang sudah mati tetapi dihidupkan kembali menggunakan sihir."
Mereka semua terdiam sambil saling memandang sesama sendiri. Aries tahu mereka mesti tidak sangka ada sihir sebegitu kerana sihir tidak sepatutnya tidak boleh membatasi alam kehidupan dan alam kematian.
Itu apa yang mereka diajari tetapi sebenarnya ada sihir sebegitu. Sihir yang cukup kuat untuk membatasi alam kematian.
"Memang ada ke sihir begitu?" Soal Dekis.
"Ada dan apa yang korang lihat pada mayat ini adalah contoh kesan sihir itu."
Seketika itu semua orang terkejut. Mata mereka tidak terlepas daripada melihat mayat yang berbaring di hadapan mereka.
"Dekis, tentera yang kau lawan semalam bukanlah manusia sebenar melainkam mayat hidup. Jadi sebab itu kau lihat tempat mayat ini bertukar dari kedudukan asalnya."
"Maksudnya tentera yang aku bunuh semalam hidup kembali untuk bunuh aku."
"Tidak, dari awal lagi mereka sudah mati. Malah hampir 70 peratus tentera yang korang lihat semalam merupakan mayat hidup yang digerakkan menggunakan sihir. Korang tidak berlawan dengan manusia sebenar."
Sekali lagi mereka terkejut besar. Tidak sangka rupakan semalam mereka berlawan dengan makhluk lain. Dari jauh mereka memang kelihatan seperti manusia yang lengkap memakai baju besi.
"Tunggu dulu, tujuan mereka pakai baju besi satu badan bermakna Argena cuba menyembunyikan bahawa mereka ini bukan manusialah," Fero berkata.
"Itu boleh jadi alasannya tapi alasan utama mereka memakai zirah mungkin sebab untuk menjaga keadaan mayat mereka," tangan Aries menyentuh tangan mayat itu.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...