Sesuana di dalam ruang persidangan itu bising dengan bunyi bisikan para bangsawan yang mendengar pertanyaan lelaki tua tadi. Semua mata mereka memandang ke arah lelaki tersebut.
"Tolong senyap!" Arah hakim lalu semua terus berdiam diri.
"Kamu katakan wasiat ini palsu, tetapi bagaimana kamu tahu ini adalah palsu?" Soal hakim.
Lelaki tua tadi berjalan sedikit di hadapan lalu dia mengeluarkan beberapa helai kertas yang dia bawa bersama sekali.
"Ini adalah kertas wasiat yang sebenar. Kertas ini mempunyai tanda tangan mendiang Merquees dan juga saya boleh jadi saksi bahawa saya melihat mendiang Merquees menandai wasiat ini."
Kertas tadi diberikan kepada hakim lalu dia membacanya. Betul apa yang dikatakan oleh lelaki tua tadi bahawa di kertas itu ada tanda tangan mendiang Merquees namun itu tidak mempunyai bukti yang kukuh.
"Count dan Countess, adakah anda berdua tahu akan wasiat ini?" Soal hakim.
Pasangan itu gelisah saling memandang satu sama lain. Dia tidak tahu mahu mengatakan apa kerana itu memang wasiat yang sebenar.
Sebelum ini wanita itu pernah cuba mencari kertas wasiat itu di bilik kerja Rowan tetapi dia tidak menjumpai, jadi waktu itu dia berfikir mungkin kertas itu sudah hilang. Tetapi tidak sangka kertas itu tisak hilang ada pada tangan lelaki tua itu.
"Kami-"
"Yang arif, adanya kertas itu, tidak bermakna wasiat ini adalah palsu. Mungkin itu wasiat yang palsu sebenarnya," tiba peguam menjawab.
Lydia terkejut dengan balasan peguam tadi namun dia berterima kasih. Dia tahu peguam itu tolong kerana tidak mahu kehilangan duit yang dia janjikan selama ini.
"Itu mustahil. Kertas itu saya jumpa di bilik ayah saya sendiri," suara budak kedengaran.
Mata hakim mula memandang ke arah belakang lelaki tua tadi. Dia sedar ada seorang budak lelaki juga ikut hadir bersama kepala pelayan itu.
"Siapa kamu dan bagaimana kamu menjumpai kertas ini?"
"Sa-saya Ryzel Rosaine. Saya menjumpai kertas itu ketika saya membaca buku di bilik ayah saya. Kertas itu tersembunyi di belakang rak buku," balas budak itu.
Hakim tadi mengangguk faham. Kini persidangan ini menuju ke arah titik buta. Tidak tahu yang mana benar dan yang mana palsu.
Kedua kertas wasiat itu kelihatan hampir sama dan yang membezakannya hanyalah isi wasiatnya. Kalau dilihat isi surat daripada Count ini lebih munasabah kerana jarang orang mahu membuat penangguhan gelaran.
Apatah lagi kalau gelaran itu gelaran yang mempunyai hak penting salam wilayah. Itu akan membuat ke kacau kalau berlaku penundaan.
"Yang arif, selain tentang wasiat itu, saya juga ingin yang arif mempersidang isi kematian mendiang Marchioness," pinta lelaki tua tadi.
Semua orang yang ada di dalam ruang itu terkejut. Mereka tahu Ryna sudah mati bulan lepas dan kematian itu telah disahkan sebagai kemalangan kerana diserang oleh para penyamun. Tetapi kenapa tiba mahu membangkitkan isu tersebut kembali.
"Apa maksud kamu? Itu tidak ada kena mengena dengan kes ini," Soal hakim itu
"Ada kena mengena. Kematian mendiang Marchiones bukan kemalangan tetapi telah dirancang oleh mereka!" Tangan dia menunjuk ke tepat ke atau pasangan tadi.
"Apa?" Hakim itu juga turut terkejut mendengar kenyataan itu.
Manakala pasangan tadi telahpun berpeluh ketakutan apabila dituduh begitu.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...