cp 30

81 13 6
                                    

Tap! Tap! Tap!

Kedengaran bunyi tapak kaki berlari laju menuju ke khemah tersebut. Beberapa minit kemudian, muncul seorang lelaki yang datang dalam keadaan yang gelisah.

"Tuanku, kami mendapat laporan bahawa tentera Argena sudah mula bergerak," lapornya.

"Apa!" Fero yang turut ada di dalam khemah itu terkejut.

Dia tidak menjangka bahawa tentera itu sudah mula bergerak. Baru beberapa hari lepas tentera itu sudah dapat menawan timur Nervin dan sekarang mereka sudah mula bergerak. Bukankah itu terlalu cepat. Apa tentera mereka tidak pernah penat selepas berjaya menawan kawasan itu.

"Sekarang mereka menuju ke mana?" Soal Dekis.

"Melalui laporan, tentera mereka terpecah dua. Satu menuju ke arah kita dan satu lagi menuju ke pembatasan Nervin dan Delcan."

Itu bermaksud ada satu pasukan tentera yang ada untuk menahan pergerakan mereka. Kalau pasukan Evosthil tidak dapat melawan pasukan tentera yang menuju ke situ, maka pasukan satu lagi akan berjaya untuk melalui pembatasan itu.

"Tuanku, kita mesti bersiap sedia sekarang. Mereka memang sudah merancang untuk menahan kita."

Dekis terdiam seketika sambil matanya memandang peta Evosthil. Dari peta itu dia dapat tahu bahawa tentera dia mendapat satu kesukaran untuk berpindah dengan cepat ke pembatasan Delcan kerana bentuk muka bumi yang kelihatan tidak elok itu.

Namun berbeza tentera Argena yang mempunyai jalan lain menuju ke pembatasan tersebut. Kalau dia mahu arahkan tentera untuk melawan tentera turnersia, mereka tidak akan sempat itu bergerak ke pembatasan itu.

"Tuan Calen, bagaimana keadaan markas tentera di pembatasan Delcan?" Soalnya melihat ke arah tuan Calen.

"Sekarang mereka sedang cuba membaiki jumlah tentera. Markas di sana agak lemah kerana tentera kita banyak yang berada di sini. Komander lain juga rasanya sedang cuba mempertahan markas di sana."

"Kalau begitu, hantar pasukan tentera pertahanan di sana. Hantar mungkin dalam 3 pasukan kumpulan tentera dan 2 pasukan kumpulan penyihir pertahanan. Arahkan mereka untuk mempertahan pembatasan sebaik mungkin."

Rancangan Dekis adalah untuk mempertahankan pembatasan itu. Dia tidak ada niat untuk menyerang balik ketuaan baginya itu akan merugikan sahaja. Tentera Argena sekarang kuat dalam pertempuran, jadi mungkin agak mustahil untuk dia menang.

Jadi selama itu, dia hanya akan arahkan mereka untuk mempertahankan pembatasan itu. Sementara itu, pasukan tentera yang ada di sini akan cuba melawan kemasukan tentera musuh untuk menolak mereka pergi.

"Kalau kita hantar pasukan pertahanan banyak ke sana, bagaimana kalau tentera itu menyerang kita di sini? Kita mungkin akan kekurangan tentera," ujar Fero.

"Itu tak perlu dirisaukan. Kita akan gunakan kelemahan tempat ini perangkap mereka."

"Kelemahan?"

Dekis tersenyum lalu dia menunjuk satu kawasan yang merupakan laluan utama menuju ke markas tersebut. Laluan itu adalah laluan yang penuh dengan gunung dan bukit yang tinggi membuat kawasan itu sukar untuk dimasuki olah ramai orang.

"Kita akan buat formasi tentera yang baru. Beta akan ubah semua formasi lama dah kita akan mula bergerak dengan cara yang lebih senyap tetapi mematikan."

Rancangan dia kata ini adalah untuk membuat pertarungan dari jarak jauh. Dia akan gunakan gunung yang tinggi untuk menyembunyikan tentera yang akan menyerang dari jauh. Mungkin dia perlukan lebih banyak orang yang mahir dalam pertarungan jarak jauh.

"Tuan Calen, beritahu pasukan tadi untuk bergerak dengan segera. Kalau boleh malam ini mereka mesti bergerak dengan senyap dan pesan pada mereka untuk terus mempertahan pembatasan sana."

Servant of EvilWhere stories live. Discover now