Di bawah matahari yang terik itu, aku mula mengajari para penyihir lain akan sihir untuk meningkatkan keupayaan sihir mereka. Dan daripada apa yang aku lihat, hampir semua penyihir ini adalah penyihir yang berbakat.
Hanya saja tidak ada yang memberontak perintah aku dan melakukan hal mereka sendiri.
"Sudahlah! Aku nak berhenti!" Hadir satu suara yang akan memulakan hari aku.
Aku menarik nafas perlahan lalu menoleh ke arah Ciro. Ya, tidak ada orang lain selain dia. Aku sebenarnya agak kagum dengan lelaki itu kerana dia masih bertahan untuk tidak menerima aku sebagai komander yang baru.
Rakannya yang lain sudah pun menerima aku dan dia masih lagi dengan sikap pemberontakan dia. Aku sampaikan tidak hairan lagi kalau dia akan mula membuat masalah.
"Tidak ada guna lakukan semua ini," ujar Ciro lagi. Semua mata memandang dirinya yang menghempas tongkat sihirnya itu.
"Tidak guna atau kau tidak mampu lakukannya," aku cuba memprovok dirinya.
Aku melihat dia selama latihan ini berjalan dan dia cuba melakukan sihir yang aku ajar namun dia tidak berjaya melakukan sihir itu sedangkan yang lain dengan mudah melakukannya.
"Kau!" Dia mula mendekati aku dengan wajah yang kelihatan sungguh marah.
"Jangan fikir kau komander kau boleh arah aku begitu saja."
"Bukankah itu tugas komander. Mengarah bawahannya untuk melakukan sesuatu kerja."
Mendengar balasa aku itu mula membuat lelaki tadi terdiam. Aku mengatakan perkara yang betul dan yang salah disini bukanlah aku tetapi dia.
Tidak mengikuti arahan aku dan tidak menerima aku sebagai komander walaupun Dekis sendiri yang melantik aku.
"Ka-kalau kau tak suka latihan ini, kau boleh pergi. Jangan ganggu orang yang nak belajar," tiba Elvin bersuara walaupun aku tahu dia takut.
Kali pertama aku lihat dia berani menjawab Ciro. Selama ini aku hanya melihat dia menerima segala kutukan Ciro itu.
"Ya, betul! Kami tak perlukan orang macam kau," balas yang lain pula. Rasanya semua berada di pihak aku.
Aku memberi senyuman sinis keoada Ciro yang kelihatan mula malu dengan perbuatannya tadi. Percaya atau tidak sekarang tiada siapa mahu berpiha kepadanya. Malah kawannya dulu juga sudah memilih untuk berdiam diri.
Mereka tahu bahawa menolak arahan aku akan membawa kesan yang buruk di pandangan putera mahkota. Kalau tidak mahu hidup dipandang rendah oleh Dekis maka jangan cari masalah dengan aku.
"Jangan fikir semua ini akan berakhir. Kau akan terima akibatnya," ujar akhir Ciro sebelum meninggalkan tempat ini.
Mata aku memandang sosok lelaki itu sebelum dia hilang dari pandangan aku. Memang seseorang yang degil. Sayang ada bakat tetapi mempunyai hati hitam begitu.
Setelah kepergian Ciro tadi, latihan ini disambung semula dan selepas beberapa jam aku mula mengakhiri latihan ini. Hari sudah mahu gelap, jadi lebih baik bawa mereka kembali ke kem sekarang. Harap sahaja kerja Fero dan Dekis itu sudah selesai.
Rasanya mereka jumpa tak hadiah aku tu. Aku tersenyum seorang diri memikirkan apa yang telah aku lakukan tadi.
Semua para penyihir mula bergerak kembali kem dan apabila kami tiba, aku melihat ramai para tentera sedang berkumpul di hadapan kem penyihir. Ini pemandangan yang sangat langka.
Jarang untuk tentera biasa ada di kem penyihir kerana jaraknya yang agak jauh. Rasanya ini mesti kerja Dekis. Mesti mereka sudah tahu segalanya.
"Kenapa banyak tentera di kem kita?" Soal salah seorang penyihir.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...