Hari ini adalah hari dimana peguam itu akan datang ke sini. Aku yang sedang bersiap ini sibuk memikirkan akan hal tersebut. Aku takut akan terjadi sesuatu yang tidak aku jangkakan.
Aku yakin bahawa ayah bukanlah seorang yang akan serahkan gelarannya pada orang yang dia tidak percayai tetapi aku tetap tidak yakin kalau gelaran itu akan selamat.
Diri ini masih lagi berumur 10 tahun dan mustahil untuk budak berumur 10 tahun mendapat gelaran tersebut. Paling tidak pun, seseorang itu harus berumur 18 tahun dahulu. Aku masih ada 8 tahun sebelum mencapai umur tersebut dan dalam 8 tahun itu banyak perkara boleh jadi.
Count dan Countess itu juga rasanya tidak akan biarkan aku hidup dengan tenang selama 8 tahun itu. Mereka pasti akan lakukan sesuatu agar gelaran itu kekal pada mereka.
Tok! Tok!
"Tuan muda..." suara ketua pelayan itu memanggil aku.
"Masuk."
Pintu dibuka dan kelihatan muka lelaki itu. Dia datang mendekati aku lalu dia cuba membantu aku dalam membetulkan pakaian aku.
"Peguam itu sudah tiba dan semua sudah berkumpul di ruang tamu," ujarnya.
"Baiklah."
Kaki aku mula melangkah menuju ke ruang tamu dan sesampai di sana aku sudah melihat sosok peguam lelaki yang duduk bersama Count serta Countess. Mereka mesti sangat menanti ketibaan peguam tersebut.
Itu juga sebab kenapa mereka tidak balik selepas hari pengebumian ayah. Sanggup tinggal di sini selama satu minggu.
"Selamat datang, tuan Charles," ucap aku lalu mengambil tempat duduk di hadapannya.
"Terima kasih sudah menjemput saya, tuan muda. Saya turut berduka cita atas kepergian Merquess Rowan. Saya harap tuan muda bertabah."
Aku hanya tersenyum kecil membalas ucapan duka tersebut. Aku sebenarnya sudah lalu mendengar segala ucapan duka cita itu. Mendengarnya membuat aku teringat akan hari pengembumi yang berlaku.
"Teruskan sahaja kepada warisan itu. Aku nak tahu," tiba Countess mula memotong. Sungguh tidak ada adab.
Peguam tadi lalu membuka sampul surat berwarna coklat tersebut lalu membacanya secara senyap. Tatapan mata itu seakan membaca semua aksara dengan sungguh teliti.
Setelah beberapa minit, peguam tadi mula menurunkan kertas tersebut lalu matanya melihat ke arah Count dan Countess.
"Menurut warisan ini, dikatakan bahawa tuan muda Ryzel adalah pewaris yang layak mendapat gelaran itu dan segala harta milik Merquess."
Aku tersenyum mendengar semua itu. Aku tahu bahawa ayah tidak akan biarkan sesiapa mengambil gelaran itu selain aku.
"Tetapi tuan muda Ryzel hanya boleh mendapat semua itu apabila umurnya mencapai 18 tahun."
Senyuman yang aku tadi terus menghilang mendengar semua itu. Aku tidak salah dengarkan?
"Apa?"
"Merquess ada mengatakan bahawa gelaran ini hanya akan diberikan apabila tuan muda cukup umur," peguam itu melihat aku.
Aku tidak percaya dengan apa yang dia katakan. Kenapa ayah tiba-tiba meletakkan warisan begitu? Siapa yang akan ambil gelaran itu kalau aku masih belum cukup umur.
"Kalau begitu, siapa yang akan ambil gekaran itu untuk sementara?" Soal kepala pelayan yang berada di belakang aku. Dia juga kelihatan terkejut dengan hal itu.
"Di sini dikatakan bahawa sekiranya terjadi apa-apa di masa hadapan, maka gelaran dia akan diberikan kepada keluarga Count untuk sementara dan keluarga Count akan menyerahkan gelaran itu kembali kepada tuan muda apabila sampai masanya."
Aku sekali lagi terkejut. Mata aku memandang ke arah Count dan Countess yang tersenyum mendengar semua itu. Aku tidak percaya akan warisan tersebut.
Mana mungkin ayah akan lakukan warisan begitu. Ayah sendiri mengatakan bahawa dia tidak mempercayai orang lain selain aku di dunia ini. Jadi kalau begitu kenapa tiba sahaja warisan itu diberikan kepada mereka bukan pada aku.
Aku tahu umur aku masih tidak cukup tetapi ayah boleh buat warisan untuk menangguh gelaran itu sampai aku cukup umur. Manakala untuk pekerjaan, banyak orang boleh menolongnya seperti kepala pelayan.
Pembatun ayah yang selama ini menolongnya juga ada. Aku yakin orang itu dapat membantu wilayah ini selama ayah tidak ada. Bukannya ayah tidak pernah serahkan kerja begitu pada mereka. Malah selalu dia lakukan jikalau ada kerja di luar. Jadi kenapa sekarang...
"Saya tidak percayakan semua itu. Saya yakin hari itu, saya ada bersama Merquess ketika dia menulis warisan dan saya tidak ada dengar bahawa ada warisan begitu," kepala pelayan bersuara.
"Maafkan saya, tetapi Merquess telah menukarkan warisan itu bulan lepas dan ini buktinya," peguam itu menunjukkan kertas warisan tersebut.
Kepala pelayan mengambil kertas tersebut lalu dia membacanya. Aku juga turut membaca bersamanya dan memang betul apa yang dikatakan oleh peguam itu.
Di sini mengatakan bahawa ayah telah memberikan hak sepenuhnya kepada Count untuk mengambil gelaran serta wilayah ini selama aku belum cukup umur.
Aku tidak mempercayai bahawa ayah memang membuat semua ini? Apa yang ayah fikirkan ketika ingin menukar warisan tersebut?
"Kalau begitu terima kasih, tuan Charles," ucap Count.
Mata aku memandang ke arah dua orang itu yang sedang tersenyum gembira. Aku yakin memang ada yang tidak kena di sini.
"Sama-sama. Saya akan uruskan segala tentang penyerahan gelaran itu kepada Count. Jadi saya harap Count dan Countess boleh hadiri persidangan bangsawan nanti," ucapnya.
Mata aku tajam melihat peguam itu. Kenapa dia kelihatan sungguh akrab dengan mereka berdua sedang mereka baru bertemu?
Banyak persoalan bermain di kepala aku kini. Dan antaranya kenapa ayah menukar warisan itu? Peguam itu mengatakan bahawa ayah menukar segala warisan pada bulan lepas.
Tetapi bukankah bulan lepas ayah pergi ke ibu kota. Dia berada di sana hampir sebulan, jadi bagaimana dia ada masa untuk menukar warisan sama peguam ini.
Jarak ibu kota dan wilayah ini sangat jauh, jadi mustahil untuk ayah bertemu dengannya dalam masa yang sekejap. Tak kan ayah bawa dia pergi ke ibu kota. Itu lagi pelik kerana aku tahu ayah hanya pergi bersama ibu tiri aku.
Dan kalau peguam itu ikut ayah pada hari yang lain maka dia tidak akan tiba di sini dalam masa yang sama ayah mati. Hanya ada satu jawapan dalam persoalan itu.
Peguam ini telah menukar sendiri kertas warisan ini. Tidak ada cara lain untuk menukar warisan secepat itu kecuali peguam itu menukarnya sendiri.
Aku sangat yakin itulah jawapannya tetapi aku tidak boleh mengatakan semua itu sekarang. Aku tidak ada bukti dan ada kemungkinan bahawa aku dua pasangan itu akan membuat sesuatu kalau tahu aku mengetahui semua ini.
Aku mesti cari bukti itu sendiri. Aku yakin ayah mesti ada tinggalkan beberapa kertas warisan lama dan aku akan cari untuk ambil kembali hak aku.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...