"Aries."
Kepala aku terus menoleh ke belakang apabila aku mendengar nama dia dipanggil dan alangkah terkejut aku melihat tuan Calen berada di belakang aku dengan wajah yang agak risau.
"Kenapa-"
"Saya tidak apa-apa," potong aku lalu terus berdiri. Aku tahu apa yang dia ingin tanyakan.
Tuan Calen melihat aku dari atas sampai ke bawah seakan cuba memeriksa dirinya. Aku pula cuba menyembunyikan apa yang telah terjadi tadi.
"Apa kau buat di sini?"
"Saya hanya berjalan-jalan melihat kawasan ini," tipu aku.
"Tuan pula?" Tanya aku balik.
"Aku..." matanya mula memandang ke arah lain. Dia kelihatan seperti sedang mencari alasan.
"Aku hanya berjalan-jalan. Aku akan pergi sekarang," balasnya lalu mula membuka langkah meninggalkan aku.
"Tu-tunggu dulu!" Kata aku memberhentikan langkahnya.
Tuan Calen menoleh lagi ke arah aku sementara aku cuba mencari kekuatan untuk mengeluarkan suara aku.
"Saya dengar tuan akan dipanggil pergi ke markas di pembatasan Delcan," ujar aku.
"Jadi kau sudah tahu. Aku fikir akan beritahu kau esok tapi baguslah kau sudah tahu dan rasanya kau juga sudah tahu tugas kau kalau aku sudah tidak ada nanti."
Nampaknya aku memang sudah ditetapkan untuk ganti posisi dia nanti. Berat hati aku untuk menerima tetapi kalau bukan aku siapa lagi. Hanya aku yang berpengalaman hal ini.
"Saya tahu dan saya juga ingin ucapkan terima kasih pada tuan."
"Terima kasih? Untuk apa?"
Mata aku melihat ke arah lelaki tua tersebut. Wajahnya kelihatan datar seakan tidak faham apa yang aku ingin katakan.
"Sebab selama ini tuan sudah jaga saya di sini dan beri sedikit tunjuk ajar."
"Aku lakukan sebab arahan daripada orang tua itu. Jadi tak-"
"Saya tahu tuan lakukan semua itu bukan sebab tuan Draven," potong aku.
Tuan Calen terkejut mendengar balasan aku itu. Matanya menatap tepat ke arah aku.
Dia memang tidak aku menafikan bahawa selama ini dia lakukan semua itu kerana dirinya sendiri bukan sebab arahan datuk.
Kalau aku kenalkan diri aku bukan sebagai pelajar datuk, dia tetap akan layan aku baik kerana dia melihat aku sebagai orang yang dia kenal.
"Selama ini tuan menjaga saya dan beri tunjuk ajar pada saya kerana itu apa tuan sendiri yang mahu lakukan. Malah tuan juga telah menyelamatkan banyak kali serta beri rawatan walaupun saya tidak minta. Rasanya kalau guru saya minta tuan untuk jaga saya, tuan tak akan buat sampai begitu sekali malah mungkin tuan akan biarkan saya. Tetapi kenyataannya tidak."
Tuan Calen terdiam mendengar semua itu. Nampaknya kali ini aku harus bongkarkan segalanya untuk membuat lelaki itu membuka mulutnya.
Aku tahu ini bahaya kerana sekarang aku berhadapan dengan salah seorang orang terkuat di negara ini. Kalau dia murka maka aku boleh menjadi sasaran kemarahannya.
"Kenapa kau kata begitu?"
"Kerana tuan tidak melihat saya sebagai anak murid kepada guru saya tetapi tuan melihat saya sebagai seseorang yang tuan rindu sekarang," aku tersenyum.
Lelaki itu sedikit terkejut namun dia akhirnya menghela nafas seakan sudah menyerah untuk menafikan semua itu.
"Kadang kala aku iri dengan Draven sebab ada cucu seperti kau."
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...