Tok! Tok!
Tiba kedengaran bunyi ketukan perlahan daripada tingkap biliknya. Ciro dengan pantas membuka tingkap itu dan kelihatan ada seekor burung merpati putih yang hadir.
Mata Ciro diturunkan melihat ke arah kaki burung itu lalu dia melihat ada satu kertas terikat pada kaki itu. Tangannya dengan pantas mengambil surat kecil tersebut dan terus membukanya.
"Lapor."
Hanya satu tulisan itu tertera pada kertas sebenar jari ibu tersebut, namun Ciro faham maksudnya.
Dia tahu surat itu datang daripada Caze yang meminta dia melaporkan keadaan di Evosthil. Rasanya ini kali pertama mereka berhubung semula selepas kejadian hari tu.
Ada banyak sebab mereka terputus hubungan dan itu membuat Ciro sedikit ketakutan. Dia takut sekiranya Caze berniat mengkhianati dirinya selepas apa yang mereka janjikan.
Sekiranya Caze khianati dia, itu sama sahaja bermaksud segala yang dia lakukan selama ini hanya sia-sia dan dia juga mungkin akan ketahuan sebagai perisik Argena. Dia tidak mahu mati dan Caze harus tunaikan apa yang dijanjikan selama dia mempertaruhkan nyawa berada dalam kalangan musuh itu.
Selepas membaca pesanan tadi, Ciro terus mengambil satu kertas dan menulis segalanya di atas kereta situ. Setelah selesai, dia meletakkan kertas tadi di belakang burung itu. Akibat besarnya kertas itu, dia terpaksa mengikatkan di badan burung.
Selesai sahaja kertas itu diikat, tingkap tadi dibuka luas lalu burung tadi terus dilepaskan keluar. Mata Ciro melihat burung itu terbang ke langit sehingga sosoknya hilang.
Dia juga ingin memastikan bahawa tidak ada sesiapa melihat kehadiran burung tersebut. Kalau tidak, nanti akan ada orang mencurigai perbuatannya itu. Apatah lagi sekarang dia sudah tidak berkuasa seperti dulu lagi.
Apabila burung tadi sudah terbang jauh dari tempatnya, dia mula berasa sedikit lega. Ciro akhirnya menutup kembali tingkap tersebut.
Manakala burung tadi terus terbang ke langit menuju ke destinasi seterusnya tanpa memikirkan apa-apa yang akan datang namun tiba-tiba...
Shak!
Satu anak panah terus meluncur laju menembak ke arah burung tadi. Burung yang terbang bebas tadi mula jatuh ke tanah dengan serta merta tidak bernyawa lagi.
"Kerja yang bagus untuk pengkhianat, bukan?" Satu suara mula kedengaran lalu kelihatan seorang lelaki berambut hitam berjalan mendekati burung yang telah mati itu.
Mulutnya tersenyum sambil matanya melihat ke arah bangkai yang sudah tidak bernyawa itu. Badannya mula ditundukkan lalu tangannya mencapai kertas yang terikat sama tubuh burung itu. Mulutnya tersenyum apabila membaca isi surat tersebut.
"Rasanya keraguan aku selama ini sudah terbukti. Hanya tinggal membuktikan sahaja sekarang."
Mata merah lelaki itu memandang kembali ke arah bangkai burung terbaring di tanah. Tiba otaknya memikirkan sesuatu.
Tangannya lalu menyentuh tubuh burung tadi dan seketika sahaja burung itu terbangun. Namun kali ini burung itu kelihatan berbeza dengan sebelum ini. Ia kelihatan seperti tidak bernyawa tetapi tetap masih terjaga.
Kertas yang diambil oleh lelaki tadi mula diubah olehnya lalu diikat kembali ke kaki burung itu.
"Hantarkan ini sebagai hadiah terakhir aku untuk dia," arah lelaki itu sebelum melepaskan burung itu untuk terbang pergi.
Setelah melihat kepergian burung tadi, lelaki tadi mula melangkah pergi menghilang dalam bayangan malam yang gelap itu.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...