Tang! Tang! Tang!
Kedengaran bunyi lagaan pedang di tempat latihan tersebut. Semua parajurit yang ada di sana sibuk dengan latihan pagi mereka. Tidak ada satu pun yang ponteng dan semuanya bersemangat berlatih walaupun matahari membara di langit.
Dan begitu juga aku. Pedang kayu yang ada di tangan ini dihayunkan banyak kali untuk latihan. Jadual pembelajaran aku pada hari ini adalah latihan seni bela diri. Aku mesti lakukan latihan setiap hari sekurang-kurangnya 4 jam.
Memang memenatkan tetapi kalau aku tidak lakukan, aku akan kelihatan lemah. Seorang pewaris keluarga ini tidak boleh kelihatan lemah dan harus sempurna dalam semua hal.
"Maafkan saya, tuan muda," tiba aku terdengar suara pelayan rumah ini memanggil aku.
Tangan aku berhenti menghayunkan pedang sebelum aku menoleh ke arah lelaki tersebut.
"Ya?"
"Tuan muda ada tetamu sekarang," ujarnya.
"Tetamu? Siapa?"
"Countess Lydia."
Mak cik aku? Kenapa dia nak jumpa aku pula ni? Jarang dia mahu berjumpa dengan aku dan kalau datang ke sini pun biasanya dia akan berjumpa dengan ayah aku sahaja.
"Baiklah, bawa dia ke bilik tetamu dahulu," arah aku.
Pelayan tadi mula meninggalkan aku lalu aku mula bergerak pergi untuk bersiap bertemu dengan wanita itu.
Setelah beberapa minit, aku mula berjalan menuju ke bilik khas untuk para tetapi yang hadir. Di sana aku melihat mak cik aku itu sudah duduk sambil menghirup air yang disediakan.
"Selamat datang, Countess," ucap aku.
Wanita itu tersenyum lalu aku terus duduk di hadapannya. Mata aku memandang ke arah wanita itu yang berpakaian sungguh mewah serta dengan perhiasan yang kelihatan berat sahaja apabila dibawa.
Tidak hairanlah dia berpakaian begitu. Dia adalah Countess dari keluarga Count yang boleh dikatakan cukup kaya dan dia juga adalah adik kepada ayah aku memerangkap makcik aku.
Jadi dia mesti sudah hidup dengan kekayaan sejak kecil lagi sehingga membuat sifatnya begitu.
"Countess sihat?" Soal aku membuat perbicaraan.
"Saya sihat sahaja tapi saya datang sini bukan untuk bertanya khabar. Saya datang sini untuk bertanya tentang masa depan kamu."
"Masa depan?" Aku tidak faham.
Kenapa dia mahu bertanya tentang masa depan aku secara tiba-tiba? Ayah aku pun tidak pernah bertanya.
"Ya, masa depan kamu sebagai pewaris ayah kamu."
"Kenapa dengan semua itu?" Aku masih tidak faham.
Wanita itu mengeluh lalu dia mengambil kipas tangan yang dibawanya tadi. Kipas itu dimainkan olehnya sambil dia memandang aku tajam. Aku ada buat salah ke?
"Kamu faham tak sekarang kedudukan kamu sedang terancam," katanya.
"Terancam? Maksud Countess?"
"Ibu tiri kamu tu sedang mengandungkan anak ayah kamu. Kalau anak tu lahir, ada kemungkinan anak tu akan cuba rampas tempat kamu. Kamu mahu ke semua itu?"
Itu rupanya.
Sebenarnya aku sudah lama memikirkan hal itu sejak aku tahu bahawa ibu tiri aku itu mengandung lagi tetapi aku tidak kisah kerana aku yakin bahawa ayah tidak akan berubah fikiran untuk jadikan aku sebagai pewarisnya. Jadi sebab itu aku tidak perlu risau.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...