cp 67

63 8 0
                                    

"Argh!" Caze menjerit menahan kesakitan.

Tangannya serta kakinya yang terluka parah itu dirawat dengan hati-hati namun tetap terasa rasa sakit itu. Mustahil untuk dia lawan rasa yang seakan menusuk ke jiwanya tersebut.

"Bagaimana markas utama kita boleh diserang?" Soal seorang lelaki.

Lelaki itu adalah Remus, komander yang menjaga markas Argena di pembatasan Delcan. Selepas mendengar berita bahawa markas utama mereka telah diserang, dia agak terkejut.

Markas itu bukannya markas kecik tetapi markas besar. Markas yang menyimpan banyak tentera yang juga senjata. Akan tetapi bagaimana markas begitu boleh diserang begitu sahaja dan membuat Caze tercedera parah begitu.

"Aku akan ceritakan nanti, sekarang lebih baik kau arahkan tentera kau untuk berhenti menyerang gerbang Delcan. Kau mesti bersedia menerima serangan daripada tentera Evosthil."

Mendengar semua itu membuat Remus sedikit hairan. Kerusi di sampingnya di ambil lalu dia duduk menghadap Caze.

"Orang yang ketuai Evosthil tu, putera mahkota tu kan? Dia tu masih budak, tak kan kau takut dengan serangan dia. Lemah sangat ke tentera kita untuk lawan balik."

"Aku juga berfikir begitu dulu tetapi kalau kau sudah berhadapan dengan budak tu, kau akan faham apa yang aku maksudkan."

Mengingatkan bagaimana dirinya hampir terbunuh hari tu memang membuat dia trauma. Setiap malam dia akan bermimpi dirinya dibunuh dengan pelbagai cara oleh Dekis.

Selama ini dia memang terlalu merendahkan lelaki itu sehingga dirinya diajar begitu sekali. Mungkin sudah tiba untuk dia ambil serius akan budak tersebut.

"Tentera mereka kuat ke?" Soal Remus.

"Tentera mereka tidak kuat tetapi otak mereka kuat. Mereka tidak memilih untuk melakukan serangan begitu sahaja sebaliknya mereka membuat rancangan terlebih dahulu bagaimana untuk menyerang dan mereka juga tahu bagaimana untuk membuat perangkap. Itulah kenapa markas kita boleh diserang dengan mudah."

Senjata mungkin tajam dengan bilahnya tetapi otak sekiranya diasah, boleh menjadi lebih tajam daripada segala senjata.

Dan di sanalah kekuatan sebenar Evosthil. Mereka tidak perlu menjadi terpaling kuat kerana otak mereka ada. Setiap yang kuat mesti akan kalah dengan pengetahuan semula jadi.

"Kalau begitu, kita dalam bahaya sekarang. Kebanyakan tentera kita tekah terbunuh di markas utama dan tentera di sini tidak banyak. Apa kita boleh minta bantuan Sullivan?"

Mengingatkan Sullivan adalah rakan seperjuangan Argena, membuat Remus berfikir meminta bantuan mereka. Tidak tahu dapat atau tidak tetapi mereka harus mencuba.

"Cuba minta bantuan tentera daripada mereka secepat mungkin. Kita tidak tahu bila budak tu akan mula bergerak."

"Baiklah, aku akan hantar pesanan sekarang," balas Remus lalu mula berdiri.

Caze hanya dapat mengangguk perlahan sambil merawat lukanya dengan ubat yang telah disediakan.

"Remus, tolong panggilkan doktor untuk aku," pintanya sebelum sempat Remus terkeluar.

Remus mengeluh perlahan melihat Caze begitu. Sungguh dia tidak percaya bahawa lelaki yang kuat seperti Caze boleh menerima luka parah sebegitu sekali.

Ketika awal dia mendengar bahawa Caze datang ke situ dalam keadaan teruk, dia tidak percaya tetapi selepas melihatnya dengan mata sendiri, akhirnya dia percaya. Susah untuk dia menafikan semua itu setelah melihat buktinya dengan mata sendiri.

"Aku akan panggil doktor dan penyihir untuk cepatkan proses rawatan kau," kata akhirnya sebelum keluar daripada khemah tersebut.

.
.
.
.
.

Servant of EvilWhere stories live. Discover now