Cp 85

61 10 1
                                    

Tap... Tap... Tap...

Kedengaran bunyi tapak kaki seseorang berlari laju menuju ke khemah tersebut lalu beberapa saat kemudian kain khemah itu diselak oleh seorang tentera.

"Tuan, mereka mula bergerak," lapor tentera tersebut.

Caze yang duduk tadi mula berdiri lalu mengambil teleskopnya. Dia keluar dari khemah cuba melihat tentera Evosthil melalui teleskop tersebut.

Dia mula tersenyum. Seperti yang dia jangka bahawa mereka akan mula bergerak secepat ini. Sudah lama dia menanti untuk pasukan tentera itu bergerak untuk mulakan serangan.

Dia tahu bahawa pasukan Evosthil tidak ada cara lain untuk menolak Argena pergi melainkan dengan memulakan serangan. Tapi tanpa Evosthil tahu, itulah sebenarnya rancangan Caze, komander utama Argena.

Rancangan dia ialah ingin membawa tentera Evosthil menyerang mereka dahulu untuk mengurangkan bilangan tentera tersebut. Kalau tentera Evosthil berkurang maka semakin senang untuk dia lawan pada mada hadapan.

Selama ini serangan kecil yang dia lakukan hanya untuk menarik tentera Evosthil menyerang mereka dan kalau mereka menyerang maka rancangan seterusnya akan bermula.

"Itu bukan putera mahkota tu ke?" Remus menyoal apabila melihat sosok yang mengetuai kumpulan tentera tersebut.

Caze memandang ke arah yang dikatakan dan memang betul bahawa putera mahkota itu ada di sana menjadi ketua. Sekali lagi, Caze tersenyum.

"Nampaknya serangan kali ini akan menjadi serangan besar. Arahkan semua tentera bersedia. Kita akan menyerang sehabis mungkin," arahnya.

Remus menerima arahan itu lalu terus pergi. Manakala Caze hanya menatap lelaki berambut perang itu. Dia ingat lagi bagaimana terkejutnya dirinya apabila mengetahui bahawa Ciro sudah mati di tangan lelaki itu. Sungguh dia tidak menyangka.

Sebenar dia tidak kisah mana pun tentang Ciro itu. Walaupun Ciro memberi banyak maklumat tentang tentera Evosthil kepada mereka tetapi maklumat itu tidaklah berapa sangat. Malah Caze pernah berfikir untuk membunuh Ciro sendiri selepas perang ini selesai kalau dia tidak mati kerana bantuannya sudah tidak diperlukan lagi.

Tapi untung Dekis sudah membunuh Ciro maka dia tidak perlu melakukan itu lagi.

"Kau masih boleh gunakan sihir itu ke?" Caze menyoal kepada seorang lelaki berjubah hitam.

"Aku masih dapat. Kau mahu gunakan ke?"

Caze berfikir sejenak melihat ke arah tenteranya yang bersiap.

"Aku nak kau gunakan sihir itu untuk banyakan bilangan tentera kita. Selebihnya jadikan sebagai penjaga tempat ini. Kau pula akan berada di sini bersama aku."

Lelaki berjubah itu tersenyum lalu mengangguk perlahan. Dia mula berjalan ke arah lambakan mayat di hujung khemah dan dia terus memulakan sihirnya.

Sekelip mata mayat yang terbaring tadi mula bangkit semula seperti manusia biasa. Caze yang melihat sihir itu sungguh kagum walaupun dia agak tidak berapa suka akan tentera mayat itu.

Bau mayat itu sungguh kuat jadi dia kurang suka untuk mendekati mereka. Dia lebih suka lihat dari jauh.

"Oh ya, kau pernah lihatkan penyihir Aries tu? Bagaimana dengan dia?" Soal penyihir tersebut, Zilan.

"Aku tak tahu bagaimana nak terangkan pada kau, tapi satu aku tahu, kau jangan pandang rendah pada dia. Dia boleh jadi seorang yang bahaya kalau kau tidak berjaga-jaga," Caze mengingat memori lampaunya.

Zilan yang mendengar itu hanya berfikir remeh akan Aries. Sukar mahu mempercayai kata Caze tersebut. Selama dia hidup, dia belum pernah melihat penyihir yang boleh menandingi sihir kegelapan miliknya.

Jadi baginya Aries itu bukanlah siapa-siapa mahu melawan sihir kegelapan. Sihir kegelapan tidak mudah dilawan dengan sihir biasa. Sudah pasti mudah melawan budak tersebut.

.
.
.

"Dekis, mereka sudah mula bergerak," ujar Cedric apabila melihat bayangan kuda berlari menghampiri mereka.

Dekis memandang sekumpulan kuda dan juga tentera yang ada di hadapan mereka. Perlahan dia menarik nafasnya lalu di hembus.

Pedang yang tersimpan kemas di pinggangnya diambil lalu diarahksn ke udara.

"Ingat! Kita di sini demi Evosthil, maka segala yang berlaku di sini merupakan satu pengorbanan yang suci!" Ucap Dekis kuat.

Para tentera yang ada mula menyahut kuat setuju dengsn ucapannya. Kini perasan mereka mula berkobar-kobar. Bukan perasaan takut atau sedih melainkan perasaan yang jelas inginkan kemenangan demi negara tercinta mereka.

"SERANG!" Jerit Dekis lalu semua tenteranya mula maju ke hadapan.

Para tenteranya dibahagikan kepada dua kumpulan pada waktu tersebut. Satu kumpulan Cedric, di mana kumpulan itu diarahkan untuk menarik perhatian para tentera musuh menyerang mereka sehingga dapat membuka jalan kepada kumpulan Dekis. Kumpulan Dekis pula akan bergerak menuju ke markas Argena untuk menyerang di sana.

Cedric yang laju berkuda itu mula menyerang satu persatu musuh yang dia lihat. Tangannya laju melibas para musuh untuk mencari cara membuka jalan kepada Dekis. Matanya pula memandang sekeliling dan tiba matanya terhenti ke arah seorang lelaki lengkap berzurah yang sedang memberikan arahan.

Dia kenal lelaki itu siapa. Lelaki itu adalah Remus, salah seorang komander perang Argena. Seketika itu, Cedric mula berfikir bahawa kalau dia menyerang Remus maka oara tentera Argena akan hilang petunjuk mereka yang menyebabkan serangan menjadi bercelaru. Dengan menyerang Remus juga boleh menyebabkan banyak tentera akan tertumpu ke arah Remus untuk menyelamat Remus.

Hal itu boleh membuka jalan luas kepada Dekis untuk pergi ke markas Argena. Cedric menoleh ke arah Dekis lalu mereka berdua saling mengangguk bermakna mereka faham apa yang ingin disampaikan.

Dengan pantas, Cedric mula bergerak ke arah Remus lalu menghalakan pedangnya ke arah sana namun pedangnya sempat dihalang oleh pedang Remus.

"Kau budak rendahan! Ada hati nak lawan aku," kata Remus marah lalu menakis kuat perang Cedric.

Cedric pula tidak berlengah mula menghayunkan kembali pedangnya lalu dari situ bermulakan sesi berpedang yang tidak kalah bunyi sengitnya. Tidak ada siapa yang berani mengalah.

Neigh!

Kuda Cedric tiba menjerit kesakitan. Lelaki itu memandang ke arah kudanya yang kelihatan sudah tercucuk oleh panah musuh membuat kuda itu mula hilang kawalan. Remus yang melihat kejadian itu mula mengambil peluang melibas pedangnya ke arah Cedric namun berjaya dielak menyebabkan pedang itu mengena kepala kuda Cedric.

Kuda itu sekali lagi hilang kawalan sehingga membuat Cedric terpaksa turun serta merta sebelum kuda itu rebah ke tanah. Seketika dia turun dari kuda, dia tiba dikejutkan dengan kehadiran pedang dari belakang kanannya. Terdapat seorang musuh cuba menikamnya dari belakang.

Cedric pantas melibas pedang ke arah musuh lalu dia menendang tubuh musuhnya ke tepi namun tiba-tiba...

Bruk!

Dirinya mula dilanggat kuat oleh kuda Remus membuat dia terpelanting ke tanah. Cedric mula bangkit dan dia tiba dihadiahkan dengan pedang laju melibas ke kepalanya membuat dia tidak sempat mengelah. Matanya tertutup namun tiba-tiba...

Tang!

Tang!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Servant of EvilWhere stories live. Discover now