Pada malam yang sunyi itu, seorang lelaki kelihatan sedang berjalan masuk ke dalam sebuah kota. Dia cuba menghindari setiap tatapan mata penduduk yang masih lagi belum masuk ke alam mimpi. Dia juga cuba berjalan dengan senyap tanpa mengeluarkan satu pun bunyi.
Apabila langkah kakinya tiba di sebuah penginapan, dia terus bersedia dengan alatan yang telah dia bawa bersama. Matanya memandang sekeliling dahulu untuk memastikan tiada sesiapa yang melihat dia.
Selepas itu, dia terus membaling tali ke tingkat dua bangunan itu dan apabila hujung tali itu terikat dengan kayu di sana, dia mula menggunakan tali itu untuk mendaki ke tingkat dua.
Dia tidak boleh guna pintu utama kerana ianya terkunci dan peluang untuk kehadiran dia dikesan sangatlah tinggi.
Tambah lagi dengan lokasi bilik yang dia tuju berada di hujung korido. Kalau dia pakai pintu utama dia akan dapat dikesan dengan mudah hanya dengan mendengar bunyi hentakan kakinya.
Setelah dia mendaki naik ke tingkat dua, dia berhenti di sebuah tingkap yang terbuka luas. Sudah menjadi kebiasaan untuk orang kota ini membuka tingkap pada waktu malam kerana suhu di sini agak panas walaupun pada waktu malam.
Dan itu telah memudahkan kerjanya. Dia tidak perlu bersusah payah untuk membuka tingkap itu. Lelaki tadi, mula memasuki bilik tadi menggunakan tingkap tersebut lalu matanya memandang ke arah sebuah katil.
Di atas katil itu kelihatan seorang lelaki berambut perang sedang berbaring tidur dengan sungguh tenang. Itukah komander yang dikatakan seseorang yang sangat hebat.
Bagaimana seorang yang sangat hebat itu boleh tidur dengan nyenyak di waktu perang begini. Malah jejak langkahnya tidak disedari oleh orang itu.
Dia jangkakan bahawa akan ada situasi dimana dia akan tertangkap membuat dia telah bersedia jiwa dan raga untuk melakukan misi ini. Tetapi nampaknya misi ini lebih mudah daripada apa yang dia jangkakan.
Lelaki tadi mula mengeluh sebilah pisau kecil yang dia bawa lalu dia berjalan mendekati katil itu. Beberapa saat dia menatap tubuh yang tertidur itu sambil tangan menggenggam kuat pisau tadi.
"Selamat tinggal, putera sialan!" Katanya lalu dia mula menikam pisau tadi tepat ke kepala lelaki itu.
Namun tanpa dia sedar, pisau tadi terhenti tepat di hadapan muka mangsanya. Dia terkejut kerana sekarang tangannya memang tidak dapat bergerak. Dia cuba menekan pisau tadi dan ianya tidak dapat.
Apa sudah terjadi?
"Aku takut putera yang kau cari sudah pergi dari sini," tiba mata lelaki yang tertidur tadi terbuka.
Kelihatan jelas mata merah milik lelaki yang berbaring itu. Sekali lagi dia terkejut. Itu bukan mata milik putera mahkota Evosthil.
Daripada apa yang dia dengar, putera itu memiliki nama hijau yang indah berkilat seperti permata. Tetapi siapa gerangan lelaki bermata merah itu sekarang.
"Siapa-"
Tidak sempat dia mengatakan ayatnya secara tiba tangannya bergerak sendiri membuat pisau tadi terus menghiris kulit pipinya.
Brak!
Lelaki itu terus terjatuh ke lantai dengan diri yang sungguh terkejut. Dirinya bahkan sampai terkaku di sana melihat gerangan lelaki bermata merah tadi mula berdiri dati katil itu.
Mata merah itu menatap dirinya seperti sedang melihat mangsanya. Sesiapa yang melihat tatapan mata itu di tengah malam, sudah pasti mereka tidak akan melupakannya.
Mustahil untuk melupakan perasaan takut yang hadir apabila melihat mata yang merah darah serta senyuman seakan meraikan kematian yang mendatang itu.
"Maaf kalau kau tak dapat jumpa putera tu," langkah kaki lelaki itu semakin menghampirinya.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...