cp 95

55 9 1
                                    

"Mana ketua desa ini? Bawa dia sekarang!" Suara kuat memanggil keberadaan ketua desa tersebut.

Lelaki yang lengkap memakai zurah itu memandang ke arah gerbang hadapannya yang terdapat beberapa orang kampung yang kelihatan ketakutan. Dia sedar bahawa orang tersebut telah lama menunggu ketibaan dirinya di desa itu kerana mereka telah berdiri di gerbang desa sebelum dirinya tiba lagi.

Rasanya orang desa itu mungkin sudah tahu kedatangan dirinya ke sana membuat mereka tetap di sana. Baginya itu sangat membantu. Tidak perlu dia mengarahkan para tenteranya yang lain untuk pergi rumah ke rumah mencari ketua desa.

"Kau! Panggil ketua kau," arah lelaki itu kepada salah seorang yang berdiri menjaga gerbang itu.

Dapat dilihat wajah lelaki itu penuh dengan reaksi yang takut namun lelaki itu harus melawan perasaan takut itu.

"Apa lagi kau tunggu? Bawa dia depan aku atau kau nak aku hajar dulu baru kau ikut arahan aku," marahnya melihat orang itu tidak berganjak sedikit pun.

Tangannya mula menyentuh pedang di pinggang membuat lelaki dihadapinya kecut perut.

"Kau jangan apa-apa dia!" Baru sahaja pedang ingin diangkat tiba kedengar suara lelaki tua menjerkah.

Semua tatapan beralih ke lelaki tua yang bertongkat itu. Begitu juga dengan lelaki tadi yang mula melangkah mendekati lelaki tua tersebut.

"Aku Draven. Ketua desa ini. Kau siapa datang cuba nak kacau ketenteraman desa ini?" Marah Draven.

"Aku Rion. Komander perang Sullivan," lelaki itu mula memperkenalkan diri.

Draven tidak terkejut mendengar kedatangan Rion itu. Dia tahu kedatangan tentera Sullivan ini sejak awal tadi dan sudah menjangka mereka akam buat kekacauan ini.

Mata Draven seterusnya memandang ke belakang Rion yang terdapat tentera Sullivan yang tidak terkira banyaknya. Dengan jumlah begitu, sudah pasti mereka ingin mengambil alih desa ini.

"Apa tujuan kau datang ke sini?"

Rion mengangkat tatapannya melihat ke arah desa yang cukup besar itu. Rumah juga banyak bermakna jumlah penduduk di sana cukup banyak dan keperluan harian mereka sudah pasti mencukupi.

"Aku nak jadikan desa ini sebagai markas tentera Sullivan," ujar Rion.

"Apa?" Draven sedikit terkejut.

"Kau faham maksud aku, orang tua. Desa ini mulai sekarang akan jadi markas tentera Sullivan. Jadi semua penduduk yang ada di desa akan jadi hamba kepada kami."

Sukar mahu mempercayai kata yang keluar daripada mulut lelaki itu. Draven sampaikan tidak terkata mendengar arahan yang tidak masuk akal itu.

Lelaki itu bersama para tentera masuk ke desa itu tanpa kebenaran, membuat kacau dan sekarang mengarahkan supaya desa itu menjadi kem tenteranya. Sungguh tidak masuk akal. Datang tidak diundang, masuk membawa sial.

"Kalau aku tak nak?" Dengan berani Draven menyoal.

Rion terdiam sejenak lalu tertawa yang turut diikuti oleh para tentera di belakangnya.

"Hah, kau tak nak?" lelaki itu terus tertawa dan seketika kemudian pedangnya dihalakan ke arah Draven.

"Kalau kau tak nak bermakna kau dan semua penduduk desa ini harus bersedia terima akibatnya," Rion tersenyum sinis.

Draven mengetap bibirnya geram melihat pemuda itu. Matanya memandang tajam pedang yang dihalakan. Kalau orang lain, sudah pasti mereka akan kecut perut. Tetapi bukan dirinya. Mana mungkin dia menyerahkan desanya kepada orang asing yang sudah pasti musuh kepada negara ini.

Servant of EvilWhere stories live. Discover now