"Upacara itu akan diadakan esok, kau okay ke?" Noah menyoal kepada Dekis.
Kejadian yang terjadi beberapa hari lepas memang menggemparkan semua orang dia sana. Bukan sahaja mereka, malah satu negara kerana Calen bukanlah orang biasa.
Calen adalah penyihir agung menara sihir kesucian, jadi sekiranya dia mati, negara akan kehilangan seorang yang sungguh penting dan menara sihir juga turut menanggung kehilangan satu-satunya ketua mereka.
Jadi atas sebab itu sekarang Evosthil menjadi sungguh kecoh atas kematian Calen. Awal Dekis menghantar berita tersebut kepada sang raja, sang raja ingin mengadakan hari pengebumi khas untuk Calen namun Dekis menolak atas sebab permintaan Calen yang dahulu dimana Calen mahu mayatnya dibakar dan abunya dia buang ke tasik Artika.
Kalau hendak tunggu upacara pengebumian seperti yang raja katakan, mesti akan mengambil masa yang lama dan mayatnya nanti akan membusuk, jadi lebih baik dia cepatkan sahaja proses itu dengan melakukan semua proses pengebumian bersama ahli tentera sahaja.
"Aku okay sahaja tapi Aries..." mata Dekis melihat ke arah bilik Aries.
Sejak kejadian itu, jarang sekali mereka melihat Aries keluar dari bilik itu. Kadang kala mereka langsung tidak melihat Aries seakan Aries tidak pernah keluar pun dari sana.
Mereka sedar Aries juga mengalami hari yang sukar kerana Calen sudah umpama datuk kepada lelaki itu, namun mereka juga risau akan keadaan Aries. Mereka takut sekiranya ada apa-apa terjadi padanya.
"Mungkin kita patut berikan dia masa," balas Noah. Dia faham perasaan itu.
Dekis hanya dapat bersetuju dengan keputusan itu. Matanya memandang ke arah pintu kayu yang sentiasa tertutup itu. Jauh di hatinya risau akan keadaan Aries namun apa sahaja yang mampu dia lakukan.
Sejujurnya dia memang tidak memahami isi hati Aries. Kadang kala dia merasakan Aries itu kelihatan seperti sosok yang sungguh misteri namun dia tidak mahu mempersoalkan hak tersebut kerana dia tidak mahu merosakkan hubungan persahabatan mereka.
"Mari pergi, kita masih ada banyak kerja yang patut diselesaikan," ujar Dekis lalu mula melangkah pergi.
Matanya sempat memandang sekilas pintu bilik Aries sebelum bayangan mereka berdua menghilang, akan tetapi tanpa mereka sedari, bilik yang mereka sangkakan berpenghuni rupanya kosong.
Kosong tanpa ada sesiapa pun dan hanya tersisa tingkap yang terbuka luas.
.
.
.
.
.Langkah kaki aku berhenti apabila mata aku sudah dapat melihat sebuah tasik yang luas terbentang. Beberapa minit aku memerhati tasik tersebut sambil kepala aku memikirkan perkara yang akan aku lakukan selepas ini.
Setelah itu, tangan kiri aku terus diangkat menghala ke arah tasik tersebut manakala tangan aku satu lagi diangkat sambil aku membawa sebelah pisau kecil. Kemudian dengan seta merta aku menghayunkan pisau itu terus ke lengan kiri ini.
Darah mengalir laju dari kesan luka akibat pisau tadi terus ke dalam air tasik tersebut. Melihat darah itu sudah mula mengotori tasik itu, mulut aku kemudiannya terus membaca satu mantera sihir.
"Engkau penguasa kegelapan, sekiranya engkau mendengar panggilan aku, datanglah ke mari. Akan aku beri darah ini sebagai timbalan, jadi hadirlah sang raja kegelapan, Alver!"
Seketika aku membaca itu, darah yang mengalir tadi mula berubah hitam dan air tasik yang tenang itu mula bergelora seakan ada sesuatu yang akan keluar dari dalamnya.
Bukan itu sahaja, hutan yang tadinya tenang mula bergerak dengan hadirnya angin kuat secara tiba-tiba. Aku meneguk air liur aku menahan segala ketakutan ini.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...