Di tengah malam yang sejuk dan bulan yang masih tegak di langit, aku bersama beberapa orang tentera bergerak laju menyelusuri hutan ini. Hutan yang awalnya sunyi menjadi riuh-rendah dengan suara hentakan kaki kuda yang kedengaran begitu ramai.
Sekarang, aku dan Dekis bersama beberapa orang tentara laju bergerak menuju ke markas tentera yang terletak di barat Astea. Menurut Dekis, markas di sana mendapat serangan hendap pada petang tadi dan disebabkan surat lambat sampai ke kami, membuat kami agak lambat untuk bergerak ke sana.
Katanya juga serangan tersebut terjadi secara tiba-tiba kerana mereka juga tidak sedar kehadiran musuh berdekatan. Setahu mereka musuh belum sempat memasuki bahagian barat Astea tetapi tiba-tiba sahaja mereka menerima serangan.
Musuh itu nampaknya pandai mencari helah untuk bersembunyi lalu menyerang mereka. Mungkin keberadaan musuh di sana sudah lama dan hanya mereka yang tidak sedar.
"Dekis, sana!" Kata aku lalu menunjuk ke arah satu kawasan yang bercahaya terang akibat api.
Dapat dilihat keadaan markas itu dimana banyak khemah dibakar dan para tentera juga banyak yang telah rebah ke tanah.
Mereka sudah bertahan sejak petang tadi, jadi tidak hairanlah kenapa banyak tentera yang mula rebah pada waktu ini.
"Rancangan kita, bawa tentera yang masih boleh diselamatkan untuk berundur," unar Dekis.
"Kita akan berundur?"
"Ya, kita harus berundur dulu. Mustahil untuk menang dalam bilangan kita hanya begini dan juga kita kena fikir keselamatan tentera yang lain. Kalau kita lawan, mereka mungkin tidak sempat dapatkan rawatan."
Aku memgangguk faham rancangan itu. Setelah beberapa saat berbincang, kami terus bergerak menuju ke markas itu. Sesampai di sana, Dekis terus turun dari kuda lalu mengangkat pedangnya. Musuh yang ada di hadapan dilibas tanpa rasa belas kesian oleh pedang itu.
Manakala aku pula, mula mengeluarkan sihir yang menembakkan lembing hitam ke musuh dari pelbagai arah. Setiap musuh yang berada di dalam lingkaran sihir itu mula mendapatkan serangan daripada aku sehingga ada segelintir daripada mula sedar untuk tidak mendekati lingkaran itu.
Namun aku tidak berhenti di situ, aku mula membuat sihir baru di tanah yang ada di hadapan aku mula mencair menjadi jerlus. Apabila ada tentera yang terperangkap dengan tanah jerlus itu, aku mula mengarahkan akar hitam untuk menusuk mereka tepat ke jantung membuat mereka terus mati.
"Sihir yang sama?"
Kedengaran suara asing dari belakang aku. Aku menoleh ke belakang dan tiba-tiba...
Tang!
Hadir satu pedang yang dihalakan ke arah aku namun sempat aku tangkis mengguna perisai sihir. Mata aku melihat lelaki yang cuba menyerang aku itu.
Lelaki yang berkulit gelap dan tinggi. Rambutnya berwarna hitam dan wajah yang tersenyum itu membuat aku terasa seakan pernah melihat sosok lelaki ini. Mukanya kelihatan tidak asing.
Krek...
Dalam aku mengelamun melihat muka lelaki itu, tiba perisai sihir aku mula meretak. Dengan pantas aku, berundur ke belakang sebelum perisai itu pecah. Aku terkejut aku melihat perisai itu boleh pecah.
Selama ini tidak ada apa-apa pun serangan boleh memecah sihir perisai aku. Malah letupan sihir juga tidak bisa memecahkannya. Jadi bagaimana lelaki itu boleh dengan hanya pedang itu.
"Aku memang pernah lihat sihir kau. Tapi dimana ya?" Soal lelaki itu.
Aku terdiam melihat dirinya yang kelihatan tidak takut itu. Dia musuh tetapi kenapa dia kelihatan begitu tenang seakan sekarang tidak berlakunya perang.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...