"Dekis, itu kuda Aries," ujar Cain apabila melihat seekor kuda di hadapan sebuah gerbang.
Dekis yang melihat kuda itu, mula memberhentikan kuda mereka di saja juga. Selepas itu mereka terus turun untuk memasuki desa itu. Setelah melihat Aries dengan tergesanya tadi meninggalkan markas tanpa mengatakan apa-apa, Dekis dan Cain terus mengambil keputusan untuk mengikuti Aries kerana risau.
Mana mungkin mereka tidak risau melihat Aries yang tiba-tiba sahaja berlari meninggalkan markas selepas mendengar berita tadi.
Dekis dan Cain membuka langkah mereka memasuki desa asing tersebut. Seketika mereka masuk, mereka dikejutkan dengan keadaan desa yang sudah hancur dimana rumah-rumah penduduk telah terbakar dan kelihatan juga mayat manusia di mana-mana.
Suasana itu kelihatan sungguh menyedihkan dan kejam. Dia sendiri tidak sangka bahawa musuh sanggup melakukan penduduk di sini begitu.
"Mayat ini kelihatan sudah mati beberapa hari," ujar Cain melihat kondisi mayat tersebut.
Dekis terdiam. Dia sedar kawasan desa ini kelihatan sungguh sunyi bermakna semua penduduk desa ini mungkin sudah tiada.
"Mari kita cari Aries," Dekis mula berjalan mencari sosok lelaki itu.
Beberapa minit dia berjalan sepanjang desa ini, akhirnya Dekis melihat sosok manusia berjubah hitam terduduk melutut di atas tanah. Baru sahaja dia ingin membuka langkah kakinya mendekati sosok itu, tiba-tiba tangannya ditarik oleh Cain.
"Biarkan dia bersendirian dahulu," ujar Cain perlahan.
Dekis terdiam dan hanya mengikut arahan Cain itu. Mereka berdua berdiri jauh beberapa meter daripada Aries sambil mata mereka menatap sosok yang terikat pada tiang itu.
Mereka sedar semuanya sudah terlambat. Mereka juga sedar bagaimana perasaan Aries sekarang. Orang kampungnya sudah mati dibunuh dan paling penting sekali gurunya yang telah menjaga dia selama ini telah mati dibunuh dengan kejam.
Sungguh melihat suasana itu membuat hati Dekis panas. Sungguh dia tidak percaya bahawa musuh mereka sungguh kejam sehingga sanggup membunuh orang yang tidak bersalah.
Memikirkan hal itu membuat dia berasa bersalah kepada Aries kerana dia tidak sempat menyelamatkan penduduk desa ini. Dia tahu bukan salahnya tetapi melihat Aries begitu membuat dia berasa sungguh bersalah.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana hancurnya hati Aries sekarang. Sudah pasti lelaki itu cuba menafikan semua ini. Kalau dia ada di tempat Aries juga, dia akan cuba menafikan semua ini.
Dekis hanya boleh berharap agar Aries dapat melawan perasaan itu. Dia juga tidak mahu Aries terus bersedih.
.
.
.Keesokan harinya
Sehari berlalu sejak mereka bertiga tiba di desa itu dan sejak semalam jugalah mereka tidak kembali lagi ke markas mereka.
Dekis memutuskan untuk menetap di sana bersama Aries untuk menjaga lelaki itu. Takut Aries melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya nanti. Tambahan pula, Dekis berfikir untuk mengadakan hari pengebumian untuk orang desa ini.
Tidak boleh biarkan orang desa ini begitu sahaja. Mereka layak menerima pemakaman yang sepatutnya. Setelah apa yang mereka lalui, sekurangnya mereka boleh mendapat pemakaman yang indah untuk dijadikan tempat mereka berehat.
Tok! Tok!
Dekis mengetuk pintu bilik tersebut. Selepas tidak mendengar apa-apa sahutan, dia cuba membuka pintunya dan hanya melihat sosok seseorang terbaring di atas katil sambil menyelimuti dirinya.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...