cp 63

54 9 1
                                    

Shak!

Secara tiba-tiba muncul beberapa anak panah yang dipanahkan tepat mengena tubuh kuda tadi membuat kuda itu terluka parah sehingga hilang keseimbangan juga. Caze turut terjatuh akan sebab itu.

"Kau tak apa-apa?" Hadir satu suara di belakang Dekis.

"Kau lambat Noah."

"Maaf, terlalu banyak tikus yang cuba melarikan diri tadi, jadi aku ambil masa untuk bunuh mereka."

Tugas pasukan Noah adalah untuk membantu Dekis tetapi sebelum itu, mereka juga mempunyai tugas untuk menghalang para tentera untuk melarikan diri melalui mana-mana jalan yang ada.

Penyerang kali ini, Dekis tidak mahu ada sesiapa boleh melarikan diri kerana penyerang ini boleh menjadi kemuncak perang ini untuk berakhir.

"Bagaimana yang lain?"

"Kumpulan Cain dan Fero telah memasuki gerbang utama. Aries pula kau tahu sendirikan," lapor Noah.

Dekis mengangguk faham. Semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.

"Noah, bantu yang lain. Yang ini, aku boleh uruskan sendiri," Dekis mula mengarahkan pedangnya ke arah Caze yang mula bangkit semula itu.

Noah memahami arahan tadi lalu mengarahkan ahli kumpulannya yang laian untuk membantu menyerang tentera yang lain. Sementara itu, Caze yang sudah berdiri itu mula menetap bibirnya geram.

Pedangnya diangkat lalu dia laju berlari ke arah Dekis dan terus dia cuba menghayun pedangnya ke arah kepala.

Dengan pantas Dekis menahan pedang tersebut dengan pedangnya. Tangannya menahan kuat pedang yang hanya sejangkal jauh dari matanya itu. Jujur dirinya tidak terdaya untuk menahan pedang itu lama.

Caze yang berada di hadapan sungguh kuat mengalah dirinya tetapi dia tidak boleh memperlihatkan dirinya yang menjadi semakin lemah kini. Dia mesti buat Caze berfikir dirinya kuat agar itu boleh melemahkan mental lelaki itu.

"Kau budak, jangan tunjuk kuat depan aku," ujar Caze dan secara tiba kakinya menendang kaki Dekis.

Dekis terjatuh ke tanah lalu tepat masa itu Caze mengambil peluang untuk menikam Dekis namun sekali lagi Dekis sempat mengelak lalu membuat serangan berupa sihir api ke arahnya membuat dirinya terhempas ke sebuah pokok.

"Kau gunakan sihir..." Caze menatap Dekis yang mula bangkit itu.

Dia tidak tahu selama ini bahawa putera mahkota itu boleh menggunakan sihir. Sihir ini bukan orang biasa boleh lakukan. Bahkan dirinya tidak dapat melakukan sihir begitu.

"Itu bukan sesuatu yang kau patut terkejutkan. Aku keturunan diraja Evosthil, jadi sudah pasti aku dapat gunakan sihir," balas Dekis seakan menyindir Caze.

Dekis memang dapat gunakan sihir tetapi ianya jauh daripada mahir. Hanya pandai sahaja dan disebabkan itu kenapa dia jarang menggunakan sihir. Dia hanya gunakan jika perlu sahaja.

"Rasanya sampai di sini sahaja riwayat kau," Dekis mula mengangkat pedangnya sambil dirinya cuba memasuki mana ke dalam pedang itu untuk menguatkan serangannya nanti.

Permata di pedang itu bersinar bermaksud dia sedang mengaktifkan kekuatan pedang sihir tersebut. Melihat semua itu, membuat Caze menjadi semakin gerun.

Dia salah menganggap Dekis sebagai budak hinggusan. Tetapi sebenarnya Dekis adalah seorang yang sangat bahaya yang boleh menghantar nyawanya ke neraka.

Dia harus mencari jalan keluar dari sini jika dia tidak mahu mati tetapi bagaimana. Dia tidak dapat bangkit akibat serangan tadi dan tempat ini dikempung oleh tentera Evosthil.

Servant of EvilWhere stories live. Discover now