cp 112

80 9 2
                                    

Di malam yang sejuk itu, semua tentera berdiri tegak mengikut posisi mereka. Dalam gelap mereka menanti arahan untuk mula bertindak. Hanya bulan menjadi cahaya mereka kerana mereka dilarang membawa obor-obor agar tidak menarik perhatian musuh.

Noah yang berada di barisan depan itu hanya diam menanti isyarat yang dikatakan akan tiba pada malam tersebut. Kalau diikutkan rancangan, apabila kumpulan Cain sudah berada di posisi mereka, kumpulannya akan maju menyerang kota Mayte.

Penyerangan kali ini harus dilakukan pada waktu malam untuk kerana mengikut kata Aries kawalan di kota itu tidak ketat pada waktu malam. Lagi pula, disebablan malam merupakan waktu berehat sudah pasti banyak tentera musuh sedang berleka.

"Tuan, asap tu!" Tegur seorang ahli kumpulannya.

Noah memandang ke langit dan dia melihat terdapat satu asap berwarna merah berkepul-kepul di langit. Itulah isyarat yang dinantikan.

Isyarat yang digunakan oleh mereka adalah asap berwarna. Asap itu diperbuat daripada ramuan herba yang boleh membuat asap berwarna. Apabila asap tersebut sudah kelihatan itu bermakna kumpulan Cain sudah berada di posisi mereka dan kini pasukannya sudah boleh bergerak.

"Isyarat sudah diberikan bermakma kita akan bergerak sekarang. Ingat kita tidak boleh membunuh penduduk sana mahupun merosakan harta benda mereka. Tujuan kita adalah menawan kota itu dengan menangkap pemimpin mereka. Kita boleh membunuh musuh sekiranya mereka melawan. Ingat jangan membunuh orang yang tidak bersalah," ucap Noah.

Semua tentera yang sudsh siap bersedia dengan pelengkap perang mereka menjawab dengan semangat akan arahan tersebut.

Setelah mendengar balasan daripada tenteranya, Noah mula bersedia untuk bergerak. Dia menarik nafas panjang lalu menghembusnya.

Gementar? Takut?

Mustahillah dia tidak merasai semus itu. Wajar untuk seorang manusia merasai perasaan gementar dan takut pada waktu itu. Dia tidak tahu adakah rancangan ini berjaya atau tidak tetapi dia percaya kepada Aries kerana Aries bukan seorang yang akan salah membuat keputusan.

Setelah beberapa saat, Noah mula menarik tali kudanya lalu melibaskan tali tersebut membuat kuda itu mula bergerak. Dengan kelajuan yang cukup pantas, kuda itu membawa Noah menyelusuri hutan tersebut diikuti dengan para tenteranya.

Bunyi hentakan kaki kuda tentera ktu kedengaran sungguh kuat sehingga sesiapa yang berdekatan boleh merasakan gegaran akibat gerakan kuda tadi.

Hanya mengambil masa beberaoa minit untuk kuda itu membawa Noah keluar daripada hutan tersebut dan kini di hadapannya dapat dia lihat satu penempatan seakan kota yang cukup besar. Itulah kota yang dimaksudkan oleh Aries.

Jarak antara kota itu dengan hutan tadi tidak berapa jauh membuat Noah melajukan lagi gerakan kudanya. Dia tidak mahu para musuh sempat bersiap melawannya. Lebih baik mereka leka daripada mereka bersedia. Itu akan lebih memudahkan kerjanya.

Sementara itu, di menara loceng kota itu duduk dua orang tentera yang sedang mabuk sambil bermain kartu. Dalam sibuk mereka bermain, tiba salah seorang daripada mereka terdengar sesuatu yang kuat datang mendekat.

"Kau dengar tak tu?" Soalnya. Rakannya yang sudah mabuk itu tidak menjawab membuat dia mengeluh.

Tentera itu menggelengkan kepalanya lalu mengambil keputusan melihat arah bunyi datang menggunakan teleskop. Apabila matanya memandang ke arah bunyi tadi, alanglah terkejutnya dia melihat sekumpulan tenteta sedang maju ke arah kota itu.

Jumlah tentera itu cukup banyak dan dia pasti itu bukanlah tentera mereka. Mustahil untuk tentera mereka kembali ke sini pada waktu malam begini, jadi itu sudah pasti tentera musuh.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 13 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Servant of EvilWhere stories live. Discover now