cp 96

42 10 1
                                    

Krek... Prak!

Kedengaran kuat bunyi retakan daripada dinding penyihir itu. Draven mula menoleh ke belakang dan alangkah terkejutnya dia melihat dinding sihirnya telah pecah. Lelaki tua itu kemudian memandang jauh ke gerbang desa yang kelihatan ada sosok seorang lelaki berdiri.

Siapa sosok lelaki itu? Bagaimana lelaki itu boleh hancurkan dinding sihir yang dia buat?

Dinding sihir itu bukanlah dinding sihir biasa melainkan dinding yang kuat sehingga boleh melindungi desa ini daripada pelbagai bencana mahupun serangan anasir jahat. Hancurnya dinding itu bermakna sosok lelaki tadi bukanlah orang biasa.

"Tak sangka dengan sihir begitu, kau boleh kalahkan tentera aku," sosok itu bersuara.

Sikit demi sedikit sosok itu berjalan mendekati Draven. Seketika itu dia mula melihat sosok tersebut yang merupakan sosok lelaki berkulit gelap dengan memiliki badan yang tegap serta lebih besar daripada orang biasa. Wajahnya penuh dengan parut membuat lelaki itu kelihatan sungguh menakutkan.

"Mungkin tentera itu masih lemah untuk berada di medan perang ini," kata lelaki itu.

Mata Draven dan lelaki itu saling menatap. Seketika itu, Draven dapat merasakan satu perasaan gelisah atau lebih tepatnya takut akan lelaki di hadapannya. Aura yang lelaki keluarkan terasa sungguh berbeza dengan manusia biasa.

Auranya seakan aura yang mahu membunuh atau tidak takut membunuh. Draven sedar lelaki itu bukanlah manusia biasa dan dia mungkin tidak setanding dengannya tetapi demi menjaga desa itu dia harus berdepan dengan lelaki itu.

Kalau sahaja desa ini bukan desanya, sudah pasti dia akan memilih untuk melarikan diri daripada berhadapan dengan lelaki itu.

"Aku beri kau satu lagi peluang. Ikut arahan aku untuk jadikan desa ini markas kami atau kau dan semua penduduk di sini mati pada malam ini juga," kata lelaki itu.

Draven meneguk air liurnya. Mana mungkin dia akan biarkan desa ini menjadi milik mereka tetapi dia juga tidak mahu penduduk di desa ini diapa-apakan. Kalau desa ini menjadi milik mereka nanti pengaruh Sullivan akan mula berkembang di negara ini.

Jadi apa yang patut dia lakukan?

"Jangan harap kami mahu serahkan desa ini kepada penjajah seperti kau," tiba suara kuat kedengaran dari belakang.

Draven menoleh dan melihat Peter berjalan sambil membawa pedang miliknya. Bukan sahaja Peter malah semua penduduk desa juga mula keluar dari rumah sambil membawa senjata mereka.

"Apa kau buat? Mereka bukan lawan kita," Draven berkata kepada Peter.

"Tuan, kami lebih rela mati daripada mengkhianati negara ini. Kami mungkin lemah tetapi kami tidak akan terima untuk dijadikan hamba kepada mereka," tegas Peter.

Semua penduduk yang turut berdiri di situ juga bersetuju dengan kata lelaki itu. Mendengar kata tersebut membuat hati Draven sedikit gembira. Sesungguhnya kesetiaan penduduk desa ini terhadap Evosthil sangatlah tinggi.

Rasanya dia sudah tahu jawapan yang akan diberikan. Mungkin mereka akan kalah tetapi itu lebih baik daripada menjadi hamba kepada musuh mereka.

"Rasanya kau sudah tahu jawapannya," ujar Draven sambil tersenyum.

Tongkatnya mengetuk tanah dua kali membuat tanah di sekitar mereka mula menjadi tanah jelus yang cuba memerangkap lelaki tadi. Namun dengan pantasnya, dia sempat berundur sebelum ditangkap.

"Kau memang orang tua tak sedar diri. Kalau itu pilihan kau maka aku juga tidak akan menolak. SERANG!" Jerit lelaki itu lalu muncul pulahan tentara yang datang memasuki desa tersebut.

Servant of EvilWhere stories live. Discover now