Tang!
Bunyi pedang ditangkis oleh sesuatu kedengaran. Cedric membuka matanya dan dia terkejit melihat terdapat satu dinding sihir melindungi dirinya.
"Jadi kau ada permata pelindung," ujar Remus memandang ke arah Cedric.
Cedric tidak faham apa yang dikatakan lelaki itu namun tiba matanya disilaukan dengan cahaya metah datang dari permata pemberian Aries.
"Jadi ini pelindungan yang kau katakan," menolong hatinya.
Cedric tersenyum lalu dia mula mengambil kembali pedangnya yang jatuh dan melibas pedang itu ke arah kaki kuda Remus. Kuda itu mula menjerit kesakitan membuat Remus juga hilang kawalan terhadapnya kudanya.
Dia mula terjatuh ke tanah dan melihat peluang itu, Cedric mula menyerang Remus. Pedangnya melibas laju namun sekali lagi ditahan oleh Remus.
Kali ini Remus mula berasa geram terhadap Cedric. Dari tadi segsla serangan yang dia bagi tidak berkesan malah dibalas kembali sehingga membuatnya sebegini.
Remus dengan kasar menakis pedang Cedric membuat Cedric sedikit berundur namun itu tidak menghalang Cedric untuk terus menyerang dirinya.
Kini bunyi pedang mereka tidak henti kedengaran. Setiap serangan yang tiba akan ditangkis dan serangan balas akan diberikan. Perlawanan itu kelihatan sungguh sengit dimana kedua pihak tidak mahu mengelah.
Mereka saling menatap dengan pandangan tajam, mata mereka berkilat dengan determinasi dan tekad yang kuat. Angin berhembus pelan, menggerakkan rambut dan pakaian mereka dengan gemulai, seakan mempersiapkan panggung bagi pertempuran yang akan datang.
Dengan gerakan yang cepat, mereka berdua melangkah maju, pedang mereka bersinar terang di bawah cahaya matahari. Suara logam bersentuhan menggema di udara saat kedua pedang bertemu, menciptakan dentingan yang memenuhi telinga.
Gerakan mereka cepat dan lincah, seperti tarian yang indah namun mematikan. Setiap kali pedang bertemu, percikan api menyala di sekitar mereka, menambah intensitas pertarungan.
Keringat mengalir deras di wajah mereka, tetapi mereka tidak mempedulikannya, terlalu fokus pada pertarungan yang sedang berlangsung.
Di tengah gemuruh dan kekacauan medan perang, dua prajurit itu terus bertarung, tidak menyerah pada kelelahan atau ketakutan, melainkan terus maju dengan tekad yang tidak tergoyahkan.
"Kau budak rendahan, tidak layak berada di sini. Dasar sampah!" Remus mula mengutuk Cedric.
Cedric hanya terdiam mendengar segaka kutukan yang diberikan. Sebenar dia sakit hati namun dia tidak boleh membiarkan hati dan perasaan mengawal dirinya sekarang.
"Sampah tidak layak berada di sini!"
Kutukan itu tiba mula menusuk tajam ke hatinya. Kutukan itu persis dengsn kutukan yang pernah dia terima satu ketika dahulu. Dia ingat lagi, disebabkan dia tidak boleh menggunakan sihir, dia dikutuk teruk oleh para bangsawan lain sehingga membuat dirinya kemurungan.
Untungnya dia ibu bapa yang tetap bersamanya walaupun dia cacat cela sebegitu. Dia juga ingat kata ayahnya...
"Dalam perlawanan pedang kamu mesti berlawan secara adil tetapi dalam pertarungan sebenar perkataan adil itu tidak wujud. Maka lawanlah dengan apa cara sekali pun."
Cedric tersenyum lalu tangannya mula menjatuhkan pedangnya. Kepenatan sudah terasa apabila tangannya melepaskan pedang itu.
"Hah! Kau sudah mengaku kalah ke," Remus tersenyum sinis.
"Kau tahu antara sebab seseorang itu bergerak lambat adalah kerana dia membawa benda berat," ujar Cedric sambil dia membuka sarung tangannya.
"Apa dia-" belum sempat Remus menghabiskan ayatnya tiba dia melihat Cedric berlari pantas ke arahnya dengan tangan kosong.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...