cp 109

112 11 4
                                    

Suasana pagi yang tenang di desa begitu menyejukkan hatinya. Matahari baru saja terbit, menyebarkan cahaya lembut yang menyentuh permukaan bumi.

Udara segar dan sejuk, dengan aroma tanah basah dan bunga-bunga yang mulai mekar. Kicauan burung yang merdu menjadi musik alami, menyambut datangnya hari baru. Semuanya terasa damai, seolah dunia sedang menikmati masa rehat sebelum kesibukan hari dimulai.

Dekis duduk dengan tenang sambil memandang keluar tingkap. Pagi itu terasa sungguh sunyi dengan tidak kedengaran satu pun suara yang menyapa dirinya. Namun hal itu tidak membuatnya tenang sekali pun selagi sosok rakannya yang terkurung di dalam bilik itu tidak keluar.

Sudah seminggu berlalu sejak kejadian itu, tetapi Aries tetap tidak mahu bercakap dengannya dan disebabkan itu jugalah kenapa dia memilih untuk menjadikan desa ini sebagai markas sementara tenteranya.

Itu bukanlah alasan pertama tetapi disebablan sekarang semua sudah ada di sini, jadi dia tidak mahu gerakan tenteranya ke tempat lain selagi tiada arahan lanjut daripada pihak istana.

Dia sudah menghantar laporan ke istana dan sekarang hanya menunggu balasan daripada pihak istana sebelum boleh bergerak. Dia hanya boleh berharapa arahan seterusnya bukanlah arahan yang melampau-lampau.

Dekis tahu bagaimana ayahandanya memberikan arahan tetapi walaupun begitu bukan semua arahan akan diberikan ayahandanya kerana ibundanya lebih berkuasa. Walaupun ayahandanya seorang raja tetapi beliau sungguh takutkan isterinya sehingga Dekis kadang kala terfikir siapa yang mengawal siapa sekarang.

Tok! Tok! Tok!

Pintu rumah itu diketuk kuat seakan mahu tercabut pintunya. Dengan pantas Dekis berlari membuka pintu itu. Takut nanti memang tercabut pintu itu.

Pintu dibuka dsn kelihatan sosok Noah, Fero dan Cain berada di hadapan rumah. Dekis memandang pelik ke arah mereka yang kelihatan cemas itu.

"Kenapa-"

"Dekis, surat daripada istana sudah sampai," Fero memotong kata Dekis.

Dekis terkejut lalu menjemput mereka semua masuk ke dalam rumah. Fero menyerahkan surat tadi kepada Dekis. Mata Dekis menatap surat yang mempunyai cop istana itu lalu dengan perlahan dia membuka surat tersebut.

Beberapa minit lelaki itu membaca isinya. Manakala rakan-rakannya hanya menanti Dekis habis membaca untuk mengetahui isinya. Muncul perasaan gelisah di dalam diri mereka kerana surat itu menentukan masa depan mereka kini.

Setelah beberapa minit berlalu, Dekis mula meletakkan surat itu ke aras meja. Air wajahnya kelihatan agak tidak baik.

"Jadi apa yang ditulis dalam surat itu?" Soal Cain.

Dekis terdiam sejenak sambil memandang ke arah rakannya itu. Wajahnya kelihatan serius.

"Yang Mulia mahu kita mulakan peperangan dengan Sullivan sebagai tanda balasan Evosthil terhadap penyerangan desa ini."

Seketika itu mereka semua terdiam. Apa yang dikatakan oleh Dekis tadi membuat mereka semua terkejut tidak berkata.

Mulakan peperangan.

Itu bermaksud, kini mereka pula yang akan cuba menjajah tanah Sullivan. Itu sama sahaja seperti mereka menjadi tentera musuh kepada negara musuh mereka. Kini posisi mereka sudah terbalik. Daripada mempertahankan menjadi penyerangan.

"Yang Mulia nampaknya sungguh murka dengan penyerangan desa ini oleh tentera Sullivan. Katanya dia akan mulakan serangan menjajah terhadap Sullivan atas kejadian itu dan dia akan menghantar tentera untuk membantu kita."

Melalui penulisan tersebut, Dekjs tahu ayahanda sangat memaksudkan semua itu. Itu bukan paksaan ibundanya tetapi diri ayahandanya sendiri. Hubungan rapat antara ayahandanya dengan Draven membuat ayahanda tidak dapat memaafkan Sullivan.

Servant of EvilWhere stories live. Discover now