cp 1

286 13 0
                                    

"Iblis adalah makhluk yang dilaknat oleh para dewa kesucian. Jadi segala yang mengena dengan iblis ataupun sihir kegelapan adalah salah di negara ini," suara guru yang mengajar di hadapan aku kedengaran.

Tangan aku sibuk menulis nota di atas kertas tentang pelajaran hari ini. Biasanya aku tidak berapa suka untuk belajar tetapi apabila pembelajaran itu ada kena-mengena dengan iblis aku mula tertarik.

Tidak tahu kenapa tetapi dari dulu lagi aku sudah tertarik dengan semua itu. Banyak buku sudah aku baca mengenai sihir haram itu dan banyak juga yang aku tahu tentang makhluk bernama iblis ini.

"Kalau para dewa melaknat iblis, jadi kenapa mereka biarkan iblis hidup?" Soal aku kepada guru tersebut.

"Walaupun mereka membenci iblis tetapi para dewa tidak dapat membunuh mereka. Para iblis ini hidup di bawah kekuasaan dewa kegelapan atau kita boleh panggil sebagai raja iblis. Tidak ada dewa yang berani mahu mencari masalah dengan raja iblis itu."

Aku mengangguk faham. Jadi dari dunia kegelapan juga ada dewa yang memerintah sehingga membuat para iblis itu dapat hidup sampai sekarang.

"Tuan muda kelihatan sungguh tertarik dengan pembelajaran tentang iblis ini ya. Jarang untuk kanak-kanak seperti tuan muda berminat dengan iblis yang menakutkan itu," puji guru tersebut.

Aku tersenyum tersipu malu. Aku mengaku di umur aku yang baru 10 tahun ini adalah sangat pelik untuk meminati hal mengenai iblis.

Biasanya kanak-kanak seumur aku meminati cerita dogeng atau benda lain tetapi aku tidak. Bagi aku iblis ini lebih menarik untuk dipelajari.

"Kalau tuan muda sudah besar nanti, saya yakin tuan muda akan jadi
Marquess hebat seperti ayah tuan muda dan tuan muda dapat membasmi iblis yang cuba mengganggu kehidupan para manusia."

Aku hanya tersenyum mendengar semua itu. Aku tidak tahu bagaimana masa hadapan, jadi aku hanya boleh berharap sahaja.

Lagipun menjadi anak pertama dalam keluarga Marquess Rosaine mempunyai satu tanggungjawab dimana dia harus mewaris gelaran ayahnya dan menjadi Marquess bila sudah sampai masanya nanti.

Oleh sebab itu, dia mesti banyak belajar tentang semua benda supaya tidak memberi malu nama keluarganya kelak.

Ding! Dong!

Jam dinding berbunyi menandakan sudah masuk jam 12 tengah hari. Itu juga bermaksud kelasnya pagi sudah selesai.

"Kelas hari ini sampai di sini sahaja. Saya minta diri dulu, tuan muda," guru tadi mula menutup buku dan beredar keluar.

Aku juga mula mengemas semua hasil pembelajaran aku tadi dan mula keluar dari bilik belajar tersebut. Sudah tengah hari bermaksud aku harus pergi ke ruang makan utnuk menjamu selera sebelum aku masuk ke kelas seni bela diri pada belah petang nanti.

Kaki aku melangkah menuju ke tangga untuk turun dan seketika aku turun, pintu utama rumah ini terbuka. Mata aku melihat gerangan yang datang sambil membawa beberapa beg besar tersebut.

"Ayah!" Panggil aku dengan riang.

Aku berlari turun dari tangga lalu mendekati ayah aku yang baru balik daripada kerja tersebut.

"Ryzel, sudah lama ayah tak jumpa kamu," lelaki itu mula memeluk aku.

Kami berdua sudah tidak berjumpa selama sebulan kerana ayah terpaksa pergi bekerja ke ibu kota. Hanya surat yang menjadi perantara untuk kami bertanya khabar.

"Kenapa ayah tidak beritahu akan balik hari ini?" Soal aku.

"Ayah mahu buat kejutan untuk kamu tapi nampaknya tidak menjadi, kamu sudah tahu dahulu," lelaki itu tertawa.

Servant of EvilWhere stories live. Discover now