cp 108 (End Of Season 1)

73 10 6
                                    

"Jadi macam mana dengan dia?" Soal Fero melihat ke arah pintu bilik Aries.

Sejak dia datang ke desa itu, belum pernah lagi dia melihat Aries keljar daripada biliknya. Agak risau juga dirinya.

"Hah... Macam itulah. Makan tak nak, keluar dari bilik tu tak nak, apatah lagi nak bercakap dengan aku. Aku ni sudah cuba macam-macam untuk bercakap dengan dia, tapi dia hanya balas sepatah dia kata sahaja," balas Dekis.

Sudah 3 hari sejak kehadian itu dan Aries tetap masih begitu. Dia tahu Aries sedang berduka tetapi kalau dia tidak makan itu akan memudaratkan tubuh lelaki itu. Hal itu telah membuat Dekis menjadi sungguh risau. Dia cuba untuk menasihati Aries namun hanya diendahkan oleh Aries.

Kadang-kala Dekis mahu menyerah kalah namun Aries rakannya. Dia tidak boleh membiarkan rakannya terus berduka begitu sahaja.

"Aku harap dia boleh buka hati dengan kau," ujar Fero kesian melihat dua orang itu.

Seorang sedang menghadapi ujian berat dan seorang lagi harus menjaga yang tersakiti itu. Biasanya Aries yang akan menjaga Dekis kerana Dekis ini seorang yang ceroboh tetapi sekarang semuanya terbalik.

Dekis menjadi seorang bertanggungjawab menemani rakannya yang dalam kesusahan itu. Dia fikirkan Dekis akan membiarkan sahaja Aries tetapi rupanya salah. Persahabatan antara mereka berdua memang kuat.

"Dan satu lagi, persiapan pengebumian sudah hampir selesai. Esok kita sudah boleh mulakan upacara pengebumian. Kau sudah tanya Aries pasal benda tu?"

Dekis terdiam. Dia belum lagi bertanya akan hal itu kerana keadaan sekarang membuat Aries sukar berbicara dengannya.

"Kau mesti belum tanyakan? Tak apa, kau cuba tanya dulu. Kalau dia tak jawab, pandai-pandailah kita uruskan hal ini."

Dekis mengangguk perlahan. Melihat Dekis begitu membuat Fero mengeluh pasrah lalu dia mula keluar daripada rumah tersebut.

Keluar sahaja Fero, kaki Dekis mula melangkah ke hadapan pintu bilik Aries. Dia menarik nafas perlagan lalu menghembusnya. Dia cuba mengambil keberanian untuk mula berbicara dengan Aries.

Setelah itu, pintu bilik Aries diketuk dua kali lalu dibuka olehnya. Masuk sahaja Dekis ke dalam bilik itu, dia melihat Aries duduk di meja sambil menuliskan sesuatu di atas kertas.

"Umm... Aries, aku ada sesuatu nak tanya kau," ujar Dekis namun tiada sahutan kedengaran.

Dekis yang sudah agak semua itu hanya boleh menahan sahaja semua perasaan janggal itu.

"Esok, kami akan adakan hari pemakaman untuk orang desa ini, tapi aku fikir nak bawa mayat tuan Draven ke ibu kota untuk bersemadi di sana sebagai tanda hormat negara ini kepada dia. Kau setuju ke?"

Beberapa saat berlalu namun tidak ada balasan kedengaran. Dekis sudah mula tidak senang hati. Apa itu maksudnya setuju atau tidak?

"Kalau-"

"Tak perlu. Da- guru aku lebih suka bersemadi di tempat asal dia. Aku tak rasa dia akan suka kalau jasad dia berjauhan dengan tempat kelahiran dia. Biarkan dia bersemadi bersama orang desa ini," Aries membalas.

Dekis terdiam sejenak mendengar balasan itu. Terkejut dia mendengar suara Aries membalas pertanyaan. Dia fikirkan Aries akan mengendahkannya lagi.

"Ka-kalau begitu, aku akan lakukan hal itu," ujar Dekis lalu mula berjalan keluar daripada bilik itu. Dia agak senang mendengar suara Aries setelah sekian lama.

"Dan satu lagi, upacara pemakaman itu akan diadakan esok hari. Kalau kau nak pergi, tempat dia di tebing hujung desa ini," ujar sayunya.

Kali ini tiada sahutan kedengaran dan Dekis sudah mengagak semua itu. Dia kemudian terus keluar daripada bilik itu tanpa berkata sepatah pun.

Servant of EvilWhere stories live. Discover now