Mata aku memandang sekeliling yang aku tidak faham sedang berlaku apa. Sekarang aku dimana dan apa yang mereka sedang lakukan?
"Apa lagi kau buat dekat sana? Datanglah ke sini," suara Noah yang berkata kepada aku sambil dia berjalan menuju ke ungun api itu.
Aku yang tidak tahu apa-apa ini hanya mengikuti sahaja ajakan Noah. Kaki aku melangkah mendekati ungun api tadi dan di sana aku melihat Cain duduk sambil membersihkan pedangnya.
"Apa ini?" Soal aku dengan penuh kehairanan.
"Ini hanya pertemuan kecil antara kita," Fero menjawab.
"Pertemuan?"
"Ya, pertemuan untuk kita berkumpul dan berehat daripada segala tugasan kita," tiba aku terdengar suara yang tidak asing di belakang aku.
Aku menoleh dan melihat Dekis berjalan ke arah sini sambil tersenyum. Rasanya aku sudah sedikit faham situasi ini.
Mereka berempat berkumpul di sini secara senyap tanpa pengetahuan yang lain kerana ingin meluangkan masa bersama tanpa perlu memikirkan tentang kerja masing-masing.
Kalau difikirkan kembali 4 orang itu adalah budak remaja yang tidak jauh beza umur mereka. Mesti kadang-kala mereka ingin merasakan hidup bebas yang lari daripada tugas yang menumpuk.
Sama seperti aku. Dulu aku tidak pernah terfikir untuk datang ke sini dan menjadi orang kanan putera mahkota. Tetapi tanpa aku sedar aku terpaksa menghadapi semua itu.
"Marilah duduk," pelawa Dekis untuk duduk di tempat yang telah tersedia.
Semua yang berdiri tadi mula duduk lalu Fero membahagikan air yang telah di bawa tadi. Aku turut mendapat air tersebut hang merupakan air kopi hangat.
Dengan suasana sujuk pada malam ini, memang sangat sesuai untuk minum air panas dan duduk di hadapan ungun api.
"Kalau difikirkan balik, kami tak tahu sangat tentang kau, Aries," ujar Fero secara tiba.
"Aku?" Mata aku memandang ke arahnya.
Memanglah mereka tidak tahu. Aku baru sahaja berkenalan dengan mereka dalam sebulan yang lalu dan aku juga tidak pernah ingin bicara mengenai diriku. Tidak berminat untuk mendedahkan diri aku pada orang yang baru aku kenal.
"Ya, aku kenal kau sebagai pelajar tuan Draven tetapi aku tak pernah tahu hal lain selain itu."
"Aku pun sama," Noah bersetuju.
Kali ini semua mata memandang ke arah aku. Tatapan itu seakan mereka sungguh meminta kepada aku untuk membuka mulut mengenai diri ini.
"Aku yang kau nak tahu?" Aku mula menyerah. Tidak dapat untuk aku terus berdiam diri.
"Umur kau berada sebenarnya?" Soalan pertama keluar dari mulut Dekis.
Agak terkejut aku bahawa dia orang pertama yang akan tanya. Tadi dia diam sahaja.
"15 tahun."
"15 tahun! Seriuslah, umur kau 15 tahun. Muda betul kau," Noah terkejut.
Itu adalah reaksi biasa yang akan diberikan oleh orang apabila mendengar umur aku. Mereka mesti akan fikir aku terlalu muda untuk datang ke medan perang.
Tempat ini had umur yang boleh pergi adalah 15 tahun dan itu adalah aku. Orang termuda di sini namun sudah menjawat jawatan yang sangat tinggi.
"Kau tak macam umur 15 tahun pun," tiba Cain berkata.
Mata aku menoleh ke arah lelaki yang memegang pedang itu dengan tatapan yang menyampah.
"Memang budak 15 tahun kau fikir macam mana?" Nada aku sedikit marah.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...