Musim sejuk sudah berganti musim bunga. Salji yang dulunya lebat turun kini sudah sedikit mereda namun tidak dengan perang yang sedang berlaku di wilayah tersebut.
Sejak mula hangatnya perang di musim sejuk tahun lalu, wilayah tersebut telah menjadi kuncar-kancir dengan banyak pertarungan serta pembunuh yang terjadi.
Tiga orang bangsawan yang menjaga wilayah itu telah ditangkap dan ada yang telah dibunuh oleh para musuh untuk mereka memperolehi wilayah itu sepenuhnya. Sekarang Argena telah mengusai hampir seluruh wiliyah Nervin dan hanya sekejap lagi satu wilayah ini berjaya dikuasai sepenuhnya oleh mereka membuat mereka mudah untuk memasuki pembatasan Delcan.
Bagaimana dengan tentera Evosthil?
Sudah semestinya mereka cuba untuk mempertahankan wilayah itu akan tetapi dengan jumlah tentera yang sedikit itu, mereka agak sukar untuk melawan. Kini mereka hanya dapat menjaga kawasan pergunungan yang merupakan markas mereka.
Dekis yang menjadi komander perang pada waktu itu juga sedang cuba mencari cara untuk mendapatkan kembali kawasan yang telah diambil. Untuk dia mengalahkan Argena, dia harus merampas kembali kawasan itu namun sekarang mereka kekurangan tentera kerana separuh daripada tentera itu telah dihantar ke pembatasan Delcan yang sedang mengalami pertempuran hangat.
"Apa yang patut kita lakukan sekarang, tuanku? Kalau kita terus begini, markas kita juga boleh di kepung oleh mereka," soal Calen kepada Dekis yang sedang menatap peta itu.
Dekis terdiam. Kepalanya sedang memikirkan apa yang patut dia lakukan sekarang. Disebabkan sekarang dia kekurangan tentera, dia perlu mencari cara untuk menggunakan tentera yang ada sebaik mungkin.
"Tuanku!" Tiba hadir satu suara yang memasuki khemah tersebut.
Semua mata menoleh ke arah suara itu yang merupakan seorang tentera. Mukanya berpeluh seakan dia berlari kencang ke sini tadi.
"Patik ada laporan terkini," ujarnya.
"Apa dia?"
"Berlaku penyerangan dia sebuah kota di wilayah ini. Kota tersebut dibakar dan penduduk di sana ditangkap. Tentera Argena juga ada membunuh beberapa orang penduduk serta bangsawan yang menjaga kota itu."
"Apa!" Dekis terkejut.
Baru beberapa bulan lepas wilayah di timur Nervin telah ditawan dan bangsawan yang menjaga sana di bunuh dan sekarang hal yang sama terjadi lagi.
Itu sudah melampau kalau sudah sampai membunuh. Penduduk yang tidak bersalah itu telah menjadi tumbal untuk Argena cuba menakutkan Evosthil. Dia memang tidak boleh biarkan semua itu lagi.
Kalau dia terus melihat sahaja, mungkin lebih banyak penduduk yang menjadi mangsa dan negara ini juga akan berada dalam bahaya.
"Tuanku, kita mesti arahkan tentera kita ke sana," cadang Cain yang turut berada di dalam khemah tersebut.
"Berapa jumlah tentera kita sekarang?"
"Kurang daripada 300 orang."
Itu jumlah yang sangat sedikit untuk dibawa ke medan pertarungan. Nampaknya dia tidak ada pilihan lain kecuali menggunakan cara itu.
Tangan Dekis mengambil beberapa buah catur berwarna putih lalu dia letakkan di beberapa tempat di atas peta. Setiap catur itu mewakili markas tentera Argena yang terletak di tempat yang mereka kuasai.
Terdapat tiga catur putih yang diletakkan di barat dan selatan Nervin. Melalui apa yang dia tahu, markas terbesar mereka terletak di selatan bermaksud markas itu markas utama Argena.
Dia tidak boleh menyerang di sana dahulu kerana di sana pengawal tentera mereka mesti cukup ketat. Dia boleh menyerang markas yang kecil sahaja tapi itu tidak cukup untuk mengalahkan mereka.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...