Game 14

24 4 4
                                    

Kita undur sikit masa. Sebelum Niko bertembung dengan Barry.

Sebastian berada di Vasdian, menyamar sebagai seorang pembantu kepada seorang janda yang kaya.

Sebastian pergi ke pusat penjualan barangan untuk beli beberapa benda. Dia minta katalog barangan untuk dilihat seketika. Dia pakai cermin mata dan menyelak halaman katalog. Gadis yang berada di situ semuanya menjerit melihat Sebastian kacaknya bak seorang putera.

Selesai membeli barangan yang diperlukan,Sebastian kembali ke rumah agam. Dia disambut oleh maid dan butler yang mengikutinya.

Sebastian: Saya dah balik. Dan saya ada beberapa barangan untuk disimpan dan diperiksa nanti. Tolong simpankan untuk saya.

Sebastian serahkan barangan yang dia beli pada mereka dan berlalu ke biliknya. Dia duduk di meja dan mula menulis laporan untuk dihantar kembali ke clan Royal Mafioso.

Sebastian: "Di sini takde apa yang agak luar biasa. Semuanya kelihatan normal. Tapi,sejak akhir-akhir ni, banyak khabar angin tentang organisasi gelap muncul."

Sebastian menulis laporan dan berikan pada butler di luar untuk dihantar kembali. Dia duduk membaca buku bersama secawan teh herba untuk menemaninya.

KEESOKANNYA

Sebastian berjalan di sekitar Vasdian. Dia melewati kawasan terpencil dan jarang digunakan dan mencatat peta bandar dalam kepalanya. Dia lalu di kawasan sunyi yang agak kotor dan sempit. Ada satu karung guni berada di hadapan sebuah bangunan yang nampak macam rumah tumpangan.

Sebastian: *sigh* Tak elok buang sampah merata macam tu.

Sebastian pergi dekat guni itu dan buka ikatan guni. Ternyata,ada seorang gadis yang cedera parah di dalamnya. Lebam,kesan calar,gigi patah dan pelbagai jenis kecederaan fizikal dialaminya.

Sebastian: Apa? Bagaimana?

Sebastian jelas terkejut melihat kecederaan yang dialaminya.

Sebastian: "Apa patut saya buat? Patut ke saya bawa dia balik? Tapi,itu mungkin menjejaskan rancangan tuan."

Sebastian agak keliru. Dia tak tahu apa yang patut dibuatnya. Pintu di belakangnya dibuka. Sebastian tak fikir panjang,dia terus lompat ke atas dan berlari balik ke rumah agam.

Sesampai di sana,Sebastian serahkan maid dan butler menyediakan air panas untuk bersihkan gadis itu. Dia juga suruh mereka sediakan pakaian bersih dan ubat untuk merawatnya.

Sebastian: "Saya.....Saya dah buat kesilapan besar. Tidak,ini satu pengkhianatan."

Sebastian duduk dalam biliknya seorang diri. Dia hilang pertimbangan dan perbuatan dia menjejaskan rancangan.

Sebastian: Saya patut dihukum...

Salah seorang maid yang mengikuti Sebastian mengetuk pintu biliknya.

Hanabi: Tuan Sebas,kami sudah mandikan dia. Dan kami dah rawat luka dia.

Sebastian: Baiklah. Saya akan melawat dia.

Sebastian berjalan ke bilik gadis itu berada dengan perasaan bercampur baur. Dia masuk dan dapati gadis itu duduk atas katil,keliru dengan apa yang sedang terjadi.

Sebastian mengambil kerusi dan duduk di sebelahnya.

Sebastian: Apa khabar? Bagaimana dengan keadaan kamu?

Gadis itu diam membisu. Dia hanya merenung dinding tanpa bercakap sepatah pun.

Sebastian: Saya Sebastian. Seorang pembantu rumah. Saya yang bawa kamu ke sini?

GOPAL:  GAMES OF KINGWhere stories live. Discover now