Selepas perbualan Gopal dengan Egos,dia kembali ke Royal Mafioso. Tetapi....
Ruby: Kenapa tuan nampak macam resah je?
Guarder berasa bimbang melihat tuan mereka duduk di singgahsana dengan memegang kepala. Sudah tiga hari sejak perbualan dia dengan Egos,dan dia langsung tak bergerak dari situ sejak dia kembali.
Bronze: Apa yang tuan sedang fikirkan?
Sebastian: Mungkin ia perkara yang serius. Mungkin melibatkan Administrator.
Saber: Pelik betullah. Korang bertiga berlatih dengan dia dia kan? Ada perasan apa-apa yang tak kena?
Matthias: Tak. Tak ada apa yang berbeza dengan tuan.
Sebenarnya,Gopal masih terkejut dengan maklumat mengejut yang Egos beritahu dia. Kemunculan Chronomage menghentikan perbualan mereka dan tentang kewujudan Council Of Primordial, mereka yang memerhatikan Dimension Hopper dan Dimension Guardian,membuat dia lagi pening.
Gopal: "Jadi...mula-mula Calamities lahir dari dalam planet...kejap,bukan mereka lahir dari dalam telur ke? Lepas menetas,mereka makan planet dan jadi Dimension Hopper. Ke mereka serap tenaga dari planet?"
Selama tiga hari dia duduk di bilik takhta,menghadam maklumat yang dia dapat dari Egos. Para Guarder berasa risau melihat dia tak berganjak dari bilik takhta.
Niko: Apa kita nak buat? Tuan nampak macam sedang fikirkan sesuatu yang serius.
Bronze: Apa kata....kita ajak tuan Zero tengok kita berlatih di Arena? Mungkin itu boleh bantu dia hilangkan masalah dia?
Matthias: Boleh juga. Atau kita minta tolong pemain lain untuk bantu tuan selesaikan masalah dia.
Saber: Kau nak cakap kita lemah ke?!?
Matthias: Bukanlah! Maksud aku,kita biarkan tuan berbual dengan pemain lain untuk tenangkan diri dia.
Sebastian: Lepas tu,baru kita tanya dia tentang perkara yang merunsingkan dia. Bagus juga idea tu.
Caramel: Siapa kita nak panggil...?
SKIP TIME
Zappa: Jadi....kami kena bercakap dengan dia? Itu je?
Sebastian memanggil Zappa dan Zalarea ke bilik takhta untuk bantu sedarkan Gopal yang dah tiga hari tak bergerak.
Sebastian: Ya. Kami harap kamu berdua boleh bantu tuan selesaikan masalah yang merungsingkan dia.
Sebastian berjalan keluar dari bilik takhta,meninggalkan mereka berdua bersama Gopal.
Zalarea: Apa kita nak buat sekarang?
Mereka memandang Gopal yang duduk di singgahsana dengan tangannya memegang kepala. Zappa mendekati Gopal dan ketuk kepalanya perlahan.
Zappa: Gopal? Kau dengar kitorang tak?
Tiada respon. Zappa memandang Zalarea dan dia keluarkan kuku cakarnya yang tajam dan bersinar.
Zappa: Leopard Blow!!
Zappa menyerang Gopal namun pertahanannya lebih kuat dari serangan Zappa jadi serangannya tidak mendatangkan sebarang kesan.
Zappa: Tak jadi apa pun.
Zalarea: Ke tepi.
Lantai di bawah mereka bersinar. Zappa segera berundur ke belakang dan Zalarea gunakan skill dia untuk kejutkan Gopal.
Zalarea: Holy Sanctuary: Purge Of All Drought!!
Sinaran yang terang memenuhi bilik takhta. Pedang cahaya terhasil dan menikam badan Gopal. Tetapi,sebaik saja pedang cahaya mengena badannya,ia hancur menjadi partikel dan menghilang.
YOU ARE READING
GOPAL: GAMES OF KING
FanfictionGopal bermain permainan Virtual Reality (VR) bila dia secara tak sengaja termasuk dunia lain. Gopal: Aiyoyo!! Dengan bantuan NPC dan pengalaman dia,Gopal memulakan perjalanan menuju ke puncak sebagai raja teragung dan terhebat. Idea dari: Overlord