Game 3

52 5 0
                                    

Gopal: Macam mana....keadaan boleh jadi macam ni?

Gopal berada di satu perkampungan, melihat pertarungan antara seorang lelaki memakai baju besi dengan sekumpulan orang berjubah hitam.

Kita undur masa sebelum semua ini terjadi.

Gopal duduk dalam pejabat,sedang meneliti maklumat yang diperolehi.

Gopal: Jadi.....kerajaan terdekat dengan kita adalah Melbar Kingdom.

Melbar Kingdom,kerajaan terdekat dengan mereka. Selain Melbar Kingdom,ada lagi kerajaan dan empayar lain.

La-Ritas Empire,empayar besar bermusuhan dengan Melbar Kingdom. Di sebelah barat empayar adalah Terto Kingdom,Wymas Kingdom,Zankro Theocracy di sebelah timur,Dragconic Independent Nation dan Joker Alliance di sebelah utara.

Gopal: "Macam mana aku nak ingat semua ni??!"

Sebastian: Tuan Zero. Saya ada bawa item yang tuan minta.

Sebastian masuk dengan membawa sebuah cermin. Gopal menutup dokumen yang dipegangnya dan mengambil cermin itu dari tangan Sebastian.

Gopal: Terima kasih Sebastian.

Sebastian: Saya tak berhak mendapat penghargaan tuan.

Gopal memandang cermin itu dengan rasa nostalgia.

Gopal: "Tak sangka cermin ni masih ada. Ingatkan BoBoiBoy dah buang."

World Mirror
Mythical Grade Item
A mirror that can see the world no matter where

Cermin tu terapung dan Gopal dapat lihat dunia luar. Ekosistem dan haiwan yang sangat berbeza dari game yang dia main.

Gopal: Ekosistem dunia ni agak berbeza. Tetapi,ada beberapa haiwan yang saya kenal.

Sebastian: Ya tuan. Kami rasa makhluk ni datang dari dunia game.

Gopal: Hm.....huh?

Gopal nampak sebuah kampung yang diserang oleh sekumpulan orang berbaju besi dengan mantle. Mereka membunuh orang kampung secara rambang dan bakar rumah mereka.

Gopal: Kenapa tu?

Sebastian: Kelihatannya seperti serangan ke atas kampung. Apa patut kita lakukan tuan?

Gopal nak abaikan kalau boleh sebab dia rasa macam menyusahkan. Tapi...

Gopal: Panggil Saber dan Ruby.

Sebastian: Baiklah!

Sebastian meninggalkan Gopal. Gopal terus tepuk kepala kuat,menyesal kata-katanya sebentar tadi.

Gopal: Kenapa aku cakap macam tu?!! Alamak!!

Gopal nak abaikan mereka tapi dia teringat akan BoBoiBoy yang selalu membantu orang ramai.

Gopal: Nampaknya penyakit suka bantu orang kau dah menjangkiti aku BoBoiBoy.

Saber dan Ruby masuk dalam pejabat. Gopal berdiri dan tunjukkan mereka berdua situasi kampung yang dalam bahaya.

Gopal: Saya rasa perbuatan mereka sangat tak adil. Dan saya nak ajar mereka supaya jangan terlalu berlagak.

Ruby: Baiklah tuan! Kami akan laksanakan perintah tuan!

GOPAL:  GAMES OF KINGWhere stories live. Discover now