Game 31

21 4 0
                                    

Saber: Ha~

Para Guarder sedang berehat dari kerja pengubahsuaian clan. Gopal masih tidak berhenti dan terus menjalankan kerja pengubahsuaian.

Bronze: Tugas kita dah hampir siap. Hanya sedikit saja lagi dan clan kita akan bertambah kuat.

Saber: Ya! Tapi tak ada makna kalau kita membebankan tuan Zero. Kota juga kena berusaha dan jadi lebih kuat.

Gamma: Aku tak perlu risau tentang perkara tu. Dr.Green adalah jurutera yang boleh bantu aku menaiktaraf kebolehan aku.

Ruby: Jangan lupa,kita masih jalankan rancangan kita untuk menakluk dunia.

Gopal angkat plat besi gergasi dan letak di sebelah gudang. Kemudian dia terbang ke udara dan perhatikan keadaan Royal Mafioso dari atas.

Gopal: Hahahaha! Cantiklah! Macam aku bayangkan! Menjadi jugak idea aku ni!!

Gopal mendarat dan berjalan ke arah Tempest Rhino dan usap dagunya lembut. Tempest Rhino jilat Gopal manja tapi Gopal biarkan saja.

Gopal: "Lepas ni,kita kena fokus pada pembangunan bandar untuk Woodrieg,Fairy dan Lizardman yang tinggal berdekatan. Lepas tu,tentang pembangunan bandar baru."

Sebastian: "Tuan Zero,saya ada perkara yang nak dibincangkan dengan tuan."

Gopal: "Perkara apa Sebastian?"

Sebastian: "Saya terima laporan dari Hanabi tentang sekumpulan makhluk berada berdekatan kampung di bawah perlindungan tuan."

Gopal: "Kampung tu. Dan? Kenapa dengan tempat tu?"

Sebastian memandang laporan yang diterimanya dari Hanabi dan beritahu Gopal satu persatu perkara yang penting.

Sebastian: "Nampaknya mereka sedang memerhatikan kampung itu, menunggu masa untuk menyerang."

Gopal: "Begitu ya. Ada apa-apa lagi?"

Sebastian: "Ya tuan. Berdasarkan laporan Hanani,kampung tersebut akan meluaskan lagi kawasan mereka."

Gopal: Jadi mereka nak buka tanah. "Akan ada lebih banyak perkara yang menarik berlaku di  situ. Perhatikan dari jauh. Kalau ada apa-apa yang mengancam tempat tu,saya nak ia diuruskan dengan segera."

Sebastian: "Saya faham."

Sebastian berpusing menghadap Hanabi dan Violet.

Sebastian: Tuan Zero berikan keizinan untuk hapuskan ancaman terhadap kampung tu. Sementara itu, perhatikan dari jauh.

Hanabi: Baiklah!

Violet: Baiklah!

SKIP TIME

Jessica mengarahkan beruang membawa kayu balak ke tempat lain sementara Kull dan goblin lain mengukur tanah dan melakar reka bentuk rumah yang akan dibina.

Dolph masih melatih orang kampung menggunakan pedang dan panah manakala Dian membantu menuai sayur di kebun dan menternak haiwan.

Jessica duduk berehat sebentar di bawah pokok. Dia memandang troll yang diselamatkan mendengar cakap Kull sebab dia yang paling garang antara semua goblin.

Jessica: Orang kampung nampak ceria. Mesti mereka gembira kerana dapat luaskan kampung ni.

Dian: Mestilah.

Dian mengambil tempat di sebelah Jessica.

Dian: Kalau bukan sebab kamu, kampung kita dah lama diserang raksasa lain. Semuanya sebab kamu Jessica.

Jessica: Ehehehehe. Terima kasih. Tapi....

Dian: Tapi kenapa?

Jessica: Saya risau. Saya tak tahu apa yang menyebabkan semua troll tu cedera teruk masa kita mula-mula jumpa mereka.

GOPAL:  GAMES OF KINGWhere stories live. Discover now