Administrator menawarkan peluang untuk mereka kembali ke dunia asal mereka. Namun,Gopal menolak tawaran Administrator dan serang dia.
Administrator: ....
Gopal: Kami takkan terima tawaran kau!
Administrator cabut duri ais yang menikam badannya.
Administrator: Jadi....kau berniat nak hentikan aku tak kira apa?
Gopal: Hm. Dan....
Gopal masukkan tangan dalam badan dan keluarkan segugus kunci emas.
Administrator: Oh.....
Scurra: Itulah...
Gopal: Sphinx Guidance. Aku selesaikan cabaran di tingkat dua lepas aku keluar dari Phantom Forest.
Gopal lambung kunci ke udara dan rantai yang melilit badan mereka hilang.
Zappa: Kita dah bebas...!
Administrator: Tak semudah itu.
Administrator keluarkan tukul dan hentam lantai bilik takhta. Seluruh bilik berubah menjadi sangkar yang terbalik.
Zalarea: Apa yang...
Administrator: Tak sia-sia aku pilih pemain ni. Dia ada class [Knight] dan [Blacksmith]. Menarik....
Zappa: Kalau macam tu,kita kena keluar dari sini!
Scurra: Tapi macam mana? Pintu dan tingkap dah hilang sebab dia gunakan skill [Blacksmith] untuk ubah tempat ni!
Administrator: Cuba je. Kau semua takkan dapat keluar dari sini!
Gopal: Siapa kata?
Gopal sarungkan Colossal Destroyer dan tumbuk dinding sampai hancur. Sebahagian istana turut dimusnahkan disebabkan impak tumbukan dia.
Scurra: Itu bijak....rasanya...
Gopal: Mari!!
Mereka lompat keluar dari situ. Gopal keluarkan lendir dari tangannya dan hasilkan kusyen untuk mereka mendarat.
Zalarea: Oof!
Zappa: Lembut betul lendir ni.
Sebaik saja mereka mendarat,Gopal serap lendir tu dan mereka lari keluar dari Zankro Theocracy. Administrator memandang mereka melarikan diri dari situ. Sebaik saja mereka melangkah keluar...
Administrator: Pergi.
Mereka berempat berada agak jauh dari Zankro Theocracy. Zappa melihat keadaan istana yang musnah melalui teropong. Dia lihat Administrator meninggalkan bilik takhta dan pergi ke tempat lain.
Zappa: Dia dah pergi tempat lain...
Zalarea: Fuh. Mujur kita berjaya keluar.
Scurra: Ya....tapi tak bermakna kita selamat. Dia masih ada naga hitam. Korang lupa ke?
GRAAAAAAAAA!!
Adamant Dark Dragon terbang ke arah mereka dengan badan berapi.
Gopal: Dia nak kita mati ke apa?
Adamant Dark Dragon mendarat dan sembur api ke arah mereka. Mereka mengelak dan serang dari pelbagai arah.
Zalarea: Holy Purifier!!
Zalarea hentam kaki naga hitam dan api di kakinya terpadam. Zappa keluarkan kuku cakar dan serang kakinya.
Zappa: Heh!
Scurra terbang ke arah sayapnya. Dia nampak ada kesan potong seperti ada seseorang cuba memotong sayapnya. Scurra terbang ke arah sayap dan....
Scurra: Arctic Polearm!
YOU ARE READING
GOPAL: GAMES OF KING
FanfictionGopal bermain permainan Virtual Reality (VR) bila dia secara tak sengaja termasuk dunia lain. Gopal: Aiyoyo!! Dengan bantuan NPC dan pengalaman dia,Gopal memulakan perjalanan menuju ke puncak sebagai raja teragung dan terhebat. Idea dari: Overlord