Gopal,Scurra,Zappa dan Zalarea berada di balkoni istana,bersama secawan teh dan sedikit biskut.
Scurra: Schwarzes,dia kawan baik aku. Aku kenal dia sejak sekolah menengah dan kami bersahabat sehingga ke universiti.
Gopal: Jadi kau berdua main F.L.O.W bersama jugak?
Scurra: Ya. Sehinggalah,kejadian tu terjadi....
FLASHBACK
Undur masa ke saat Scurra di dunia lain bersama ahli clan Void Scavenger. Dia begitu terkejut melihat dunia yang berbeza dari dunia game.
Scurra: Apa yang dah jadi...!!!?
Seluruh clan Void Scavenger menjadi panik. Namun,sebagai Clanmaster Scurra mesti bertenang dan berfikiran positif. Dia tenangkan ahli Void Scavenger yang panik dan mengubah keadaan panik jadi teratur.
Ahli Void Scavenger yang terdiri dari 20 orang pemain,mula mengembara, mencari maklumat tentang dunia asing itu. Mereka berpisah mengikut haluan masing-masing.
Scurra setia menunggu di clan, menunggu ahli clan yang keluar mencari maklumat,kembali. Malangnya,antara 20 orang pemain yang datang,dua daripada mereka mati.
Diserang? Kemungkinan. Dibunuh? Itu juga satu kemungkinan. Tapi tidak. Realitinya,dua pemain telah dibunuh oleh pemain lain yang lebih tinggi level mereka.
Ahli Void Scavenger yang mati ditanam di kawasan perkuburan clan. Ahli Void Scavenger jadi tak keruan. Ada yang nak membalas dendam untuk ahli clan yang dibunuh dan ada yang tak nak keruhkan keadaan.
Scurra: "Macam mana boleh jadi macam ni? Siapa yang buat begini?"
Maka,Scurra bertindak dengan menyebarkan nama Joker Alliance dengan harapan dia dapat temui pemain yang lain.
Masa berlalu seperti arus sungai. Kebanyakan ahli Void Scavenger sudah tiada kerana mereka dah tak tahan dan bertindak mengambil nyawa sendiri. Mereka dikebumikan di kawasan perkuburan clan.
Ada kalanya,pemain yang turut dihantar ke dunia itu bertemu mereka dengan sebab yang berbeza. Malangnya,masa yang berdetik tak dapat dihentikan.
Satu persatu pemain mati. Setiap kali ada pemain mati,mereka akan dibawa ke kawasan perkuburan clan Void Scavenger untuk ditanam. Dan mereka akan tinggalkan katalog supaya pemain yang mungkin masih ada di luar sana,tahu tentang perjalanan mereka sepanjang mereka berada di dunia asing.
Satu persatu pemain mula pergi. Ahli Void Scavenger juga turut pergi meninggalkan Scurra. Hanya dia dan Schwarzes saja yang tinggal.
Semasa di saat akhir,Schwarzes mengajak Scurra untuk minum bersama. Mereka berdua memandang tiga bulan dunia itu bersama minuman di tangan.
Schwarzes: Cantik bulan malam ni...
Scurra: Kenapa kau ajak aku minum?
Schwarzes: Aku dah tak lama.
Schwarzes mengusap senjatanya dengan rasa hiba.
Scurra: *minum* Aku akan ingat kau sampai bila-bila.
Schwarzes: *chuckle* Aku tahu.
Selepas menghabiskan segelas air,Schwarzes mengambil senjatanya dan...
Schwarzes: Aku tinggalkan anak buah aku untuk kau. Jaga diri.
BAM!
Badannya terbaring di sebelah Scurra. Scurra habiskan airnya dan angkat Schwarzes dan letakkan dia dalam keranda. Dia memandang tiga NPC yang ditinggalkan pemain untuknya.
Scurra: Sekarang,hanya tinggal kita saja.
Selepas Schwarzes ditanam dan katalog dia diletakkan di atas kubur, Joker Alliance mula diam dan tidak melakukan apa-apa sehinggalah, Scurra dapat tahu tentang sebuah istana yang muncul di tengah kawasan gersang. Dia mengarahkan patung-patung dia menyiasat dan ternyata,itu adalah clan pemain.
YOU ARE READING
GOPAL: GAMES OF KING
FanfictionGopal bermain permainan Virtual Reality (VR) bila dia secara tak sengaja termasuk dunia lain. Gopal: Aiyoyo!! Dengan bantuan NPC dan pengalaman dia,Gopal memulakan perjalanan menuju ke puncak sebagai raja teragung dan terhebat. Idea dari: Overlord