Game 23

21 4 0
                                    

Carla dan Caramel dijemput ke rumah Akaris untuk bercakap secara aman. Sementara Frenzy Bear dan Ripper Wolf duduk menunggu di luar kampung.

Akaris: Inilah tempat saya. Silakan masuk.

Mereka berdua masuk ke dalam rumahnya. Rumah Akaris agak luas dan tak banyak perabot. Cuma kerusi kayu,meja dan almari. Ada juga pinggan dan cawan diperbuat dari kayu.

Mereka berdua memandang keadaan sekeliling dan ternampak sebuah patung kayu yang mereka kenal.

Caramel: Kakak...! Itukan...

Carla: Ya. Tak syak lagi.

Akaris: Hm? Ada apa?

Mereka berdua berjalan ke arah patung tu dan melutut sebelah kaki. Akaris terkejut dan bingung melihat perbuatan mereka bertanya.

Akaris: Apa yang kamu buat?

Carla: Kamu tahu siapa dia ni?

Carla tunjukkan patung kayu yang diukir cantik itu.

Akaris: Ya. Itulah tuan kami, pelindung kami sejak nenek moyang kami. Tuan Gaia.

Caramel: Jadi betullah ini...ukiran tuan Gaia.

Akaris: Kamu berdua tahu siapa dia?

Carla: Ya. Atau lebih tepat,kami pernah berkhidmat untuk dia.

Akaris tergamam. Dia pula sujud pada mereka berdua.

Akaris: Anak muda yang berkhidmat untuk tuan Gaia,saya sangat berbesar hati dapat bertemu kamu di sini.

Carla dan Caramel bangun begitu juga Akaris. Mereka duduk berhadapan satu sama lain dan memulakan perbincangan.

Akaris: Ini kali pertama saya dengar tentang orang lain selain kami yang tahu siapa tuan Gaia. 

Caramel: Kami pun terkejut bila melihat patung tu.

Akaris: Kamu cakap kamu datang ke sini atas arahan tuan kamu bukan?

Carla: Ya. Dan saya rasa,kita boleh mencapai persefahaman antara satu sama lain.

Akaris: Ya.

Perbualan mereka diperhatikan oleh Zero. Dia menggunakan World Mirror untuk memantau mereka dan dapati ia berjalan dengan lancar.

Gopal: "Nampaknya keadaan berjalan dengan lancar setakat ni. Nasib baik tak payah lawan."

Matthias: Tuan Zero.

Zero: Kenapa?

Matthias: Saya perhatikan keadaan sekeliling kita dan dapati,ada perkampungan lain berada berdekatan.

Zero: Itu mesti kampung yang ada hubungan dengan mereka. Kamu tahu siapa yang mendiami kampung tu?

Matthias: Tuan! Mereka semua terdiri dari Fairy,Woodrieg dan Lizardman.

Gopal: "Apa?! Biar betul?!! Mereka semua tu karakter game untuk kawasan tertentu!!"

SKIP TIME

Dua jam kemudian,Carla dan Caramel kembali dan beritahu Zero tentang apa yang terjadi.

Carla: Tuan! Kami dah selesai bercakap dengan mereka!

Gopal: Jadi? Apa mereka nak?

Caramel: Mereka mahu berjumpa tuan dan nak bercakap dengan tuan.

Gopal: "Mereka nak bercakap dengan aku? Mesti ada perkara penting ni." Baiklah,saya akan pergi berjumpa mereka.

Gopal bangun dan Niko jatuh terbaring setelah lama Gopal duduk atas dia.

GOPAL:  GAMES OF KINGWhere stories live. Discover now