Game 27

20 4 0
                                    

Gopal sekarang berada di petempatan baru untuk Fairy,Woodrieg dan Lizardman. Dia melihat rumah baru mereka yang dibina di kaki gunung.

Gopal: Boleh tahan.

Paya buatan yang dihasilkan dengan kad dari Card Gacha Tablet dan skill Guarder.

Lubang yang besar digali dan dipenuhi air menjadi tasik. Pokok-pokok yang ada mengeluarkan hasil yang banyak untuk mereka makan. Rumah dibina dengan bata untuk memastikan  tempat tinggal yang lebih kukuh.

Sirith,Akaris,Narina dan Argut mengucapkan terima kasih kepada Gopal kerana membantu mereka bina tempat tinggal baru.

Gopal: Tiada masalah.

Gopal kemudian pergi ke Arena. Dia nampak semua hamba yang dibawa lari dari La-Ritas Empire kini dilatih oleh Zappa dan Zalarea. Mereka berdua bantu semua hamba mempertahankan diri dan belajar gunakan senjata.

Gopal: "Baiklah,semuanya berjalan dengan baik setakat ni. Seterusnya..."

Gopal berada di tanah lapang jauh dari Royal Mafioso bersama Bronze, Gamma,Ruby,Saber,Carla dan Caramel.

Ruby: Boleh tuan beritahu kami, kenapa kita berada di sini?

Gopal: Saya terfikir. Sepanjang kita di dunia ni,kita gunakan skill berdasarkan peraturan dunia game. Bagaimana kalau,kita lihat sejauh mana kebolehan kita pergi di dunia ni?

Ruby: Ohh! Jadi tuan nak lihat sama ada skill kami berpotensi untuk berkembang! Baiklah!

Bronze: Apa patut kita lakukan tuan?

Gopal: Senang saja. Kamu semua, serang saya serentak. Dan saya akan bertahan dan serang balas.

Saber: Ribbit. Takpe ke kami buat macam tu?

Gopal: Sudah tentu. Lagipun,saya ada beberapa idea tentang penggunaan skill saya. Seperti ini.

Gopal rapatkan tangan. Tangan kanan ke atas dan tangan kiri ke bawah.

Gopal: Domain Expension.

Kubah berwarna ungu gelap terhasil dan memerangkap mereka semua.

Carla: Skill class [Spatial Mage] boleh digunakan begini?!

Gopal keluarkan Injustice Of Ruin King dari dalam badannya dan halakan ke arah mereka.

Gopal: Serang saya sesuka hati kamu! Saya nak lihat sejauh mana kebolehan kamu boleh pergi!!

Tercetuslah pertarungan di dalam kubah tersebut. Sebastian yang melihat dari dalam istana mengukir senyuman tipis.

Sebastian: Tuan Zero kelihatan lebih bersemangat. Rasanya sebab dia boleh kawal skill dia dengan bebas.

Sebastian ambil kerusi dan duduk di sebelah Margaret.

Margaret: Maaflah awak tak boleh sertai mereka.

Sebastian: Saya tak kisah. Keadaan awak lebih penting sekarang ni.

Sebastian memeriksa keadaan Margaret dan pastikan dia lebih bertenaga.

Sebastian: Keadaan awak dah semakin baik. Nampaknya awak cuma perlu banyak berehat.

Margaret: *nod*

Sebastian: Lepas keadaan awak dah baik,awak nak buat apa?

Margaret: Saya......Saya mungkin nak bantu awak.

Sebastian: Bantu saya? Macam mana?

Margaret: Saya....nak pastikan saya boleh bantu awak,dan saya boleh pertahankan diri saya supaya awak tak risau.

GOPAL:  GAMES OF KINGWhere stories live. Discover now