Game 58

16 2 0
                                    

Chronomage memandang dunia Gopal berada bersama pemain lain. Dia dan ahli Council Of Primordial yang lain berbincang tentang nasib Gopal dan hukuman yang perlu diberikan kepada Dimension Hopper Administrator #113423.

Chronomage: Memandangkan Dimension Hopper #113423 sedang sibuk kumpulkan semula sistem dia, aku rasa elok kita bincang tentang hukuman dia.

Archioze: Kau ada idea?

Chronomage: Kalau aku,macam biasa, aku akan campak dia ke dalam Istana Infiniti.

Ozmos: Bagaimana.....kalau kita berikan dia kuasa #113423?

Ozmos tunjuk Gopal yang sedang menyusun kad dan medal di dalam biliknya.

Chronomage: Hm.....kau pasti?

Ozmos: Aku rasa dia berhak untuk dapat kuasa #113423 selepas semua yang dia lalui.

Chronomage: Macam mana dengan korang berdua...?

Chronomage memandang dua individu di sebelah kirinya.

Archioze: Kau berdua setuju untuk berikan kuasa #113423 pada dia?

!!!: Kalau dia berjaya kalahkan #113423.

###: Tapi....kalau dia mengganas selepas dia dapat kuasa yang tak sepatutnya ada pada makhluk biasa, aku sendiri akan habiskan dia.

Chronomage: Hm. Kalau kau cakap macam tu,baiklah.

Sementara itu,Gopal yang baru saja selesai menyusun kad dan medal pergi ke kandang. Dia tarik Tempest Rhino keluar dan tunggang ia menuju ke pelabuhan.

Tempest Rhino berhenti di luar pintu masuk pelabuhan dan dijaga oleh dua pengawal keselamatan dan Gopal berjalan masuk ke dalam. Dia lihat bengkel di mana bot dan kapal yang digunakan disimpan dan diselenggara.

Gopal masuk ke dalam bengkel dan semua orang berhenti bekerja dan melutut di hadapannya.

Gopal: "Kenapa?!?!?!?!" Bangun,saya ada perkara nak cakap dengan ketua kamu.

Salah seorang dari mereka,yakni ketua mereka,berjalan ke arah Gopal. Tingginya lebih kurang 2 meter setengah,dengan kulit biru cair dan tanduk di dahinya. Dia memegang spanar untuk ketatkan skru pada badan bot.

Ogre Shipwright Gargus
Level: 700
Class:
[Blacksmith][Carpenter][Craftsman][Berserker]

Gargus: Tuan Zero! Terima kasih banyak kerana sudi datang ke sini!!

Gopal: Mm. Bagaimana dengan kapal perang kita?

Gargus: Kapal perang kita dah berada di luar seperti yang diminta.

Gopal memandang ke arah lautan. Dia nampak beberapa kapal perang dilengkapi senjata terletak tak jauh dari situ.

Gopal: Bagus! Saya ada sedikit penambahbaikan yang nak dibuat. Kalau kamu tak kisah...

Gargus: Sudah semestinya tuan! Silakan!

Gopal terapung dan terbang ke arah kapal perang di lautan luas. Dia sentuh tepi kapal dan puluhan kad dan medal terbang keluar dari badannya dan masuk ke dalam kapal. Semua kapal perang berubah menjadi lebih besar dan senjata yang ada bertambah.

Gopal: Selesai pun. Harap-harap idea aku menjadi.

Gopal terbang kembali ke pelabuhan. Dia mendarat dan keluarkan sepuluh keping kad dan berikan pada Gargus.

Gopal: Ini ganjaran untuk kamu. Sebab kamu bersusah-payah bina kapal perang.

Gargus: *bow* Terima kasih banyak tuan!!!

GOPAL:  GAMES OF KINGWhere stories live. Discover now