Gopal: Apa??! Power sfera?!?
Egos: *nod*
Gopal: Macam...Macam mana kau dapat power sfera tu?
Egos: Di dunia tempat aku datang, power sfera merupakan sumber kuasa yang berharga dan senjata yang merbahaya.
Diagram di hadapan mereka menghilang dan imej galaksi mini muncul.
Egos: Sejak aku berevolusi menjadi Dimension Hopper,aku masih tak tahu apa yang patut aku buat. Jadi aku mengembara,dari satu planet ke planet lain. Tetapi...
Galaksi mini di hadapan mereka menunjukkan planet yang dilawati Egos. Ada sesetengah planet yang berperang sesama sendiri demi merebut power sfera.
Egos: Konflik tak pernah berhenti. Semuanya disebabkan power sfera yang direbutkan ramai.
Imej berubah menunjukkan beberapa power sfera. Ada juga power sfera yang Gopal kenal.
Gopal: Itu...Ochobot!
Egos: Ochobot? Di dunia aku dia dipanggil Portalbot.
Gopal: Oh....
Egos: Apapun,aku rampas power sfera yang menjadi rebutan ramai bangsa. Kumpulkan setiap power sfera yang aku temui dan akhirnya, sesuatu yang menggerunkan dilahirkan.
Imej berubah lagi. Kali ni,Gopal lihat power sfera yang dikumpulkan diceraikan kepada beberapa bahagian dan dia bereksperimen dengan menggabungkan bahagian tertentu.
Gopal: Kau kejam...
Egos: Mungkin perbuatan aku terlihat kejam. Tapi aku hanya mahu semua orang berhenti membunuh sesama sendiri.
Gopal: Dengan hapuskan power sfera?! Kau gila ke?!?
Egos: *scoff* Aku sudah terbiasa dengan kata-kata tu. Aku kumpulkan power sfera dan gabungkan bahagian power sfera dengan power sfera lain.
Gopal: Kau...!!
Egos: Dan akhirnya,power sfera yang tak sepatutnya wujud,tercipta.
Imej power sfera dipecahkan kepada beberapa bahagian dan digabungkan menjadi satu power sfera. Saiz power sfera itu sebesar bola sepak namun, ia membesar menjadi sebesar gunung.
Egos: Power sfera yang terhasil dari gabungan Portalbot,Gigabot,Timebot, dan power sfera lain; Spacebot.
Egos keluarkan bebola hitam dari tangannya. Bebola itu ada mata kuning emas dan terdapat bintang-bintang bersinar di badannya,seolah-olah ia mengandungi galaksi di dalamnya.
Egos: Inilah dia Spacebot. Satu-satunya power sfera dengan kuasa untuk hancurkan seluruh galaksi.
Gopal memandang Spacebot dengan rasa gerun. Mata mereka bertembung dan...
SHRAAK!
Gopal rasakan kepalanya dipotong dan tercabut dari badannya. Dia menyentuh lehernya dengan tangan yang sedikit menggigil.
Egos: Kuasa Spacebot datang dari power sfera yang digabungkan menjadi satu. Dengan Spacebot ni, aku dapat lihat menerusi ruang dan masa,apa yang akan terjadi,sedang terjadi dan bakal terjadi
Spacebot terapung dan menunjukkan dunia paralel pada Gopal. Dunia di mana dia masih seorang manusia dan bersama kawan-kawan yang lain.
Gopal: Macam mana...
Egos: Dengan Spacebot,aku dapat lihat apa yang bakal terjadi. Dan aku saksikan sendiri,kehancuran aku.
Spacebot menunjukkan Egos dikalahkan seseorang.
Egos: Aku rasa aku tahu siapa. Dan bagaimana aku dikalahkan,aku biarkan masa yang menentukan.
Gopal: Tapi....dengan Spacebot ni, kaulah makhluk paling berkuasa di dunia kau. Kau boleh takluk dunia lain kalau kau nak.
YOU ARE READING
GOPAL: GAMES OF KING
FanfictionGopal bermain permainan Virtual Reality (VR) bila dia secara tak sengaja termasuk dunia lain. Gopal: Aiyoyo!! Dengan bantuan NPC dan pengalaman dia,Gopal memulakan perjalanan menuju ke puncak sebagai raja teragung dan terhebat. Idea dari: Overlord