Semasa Gopal,Zappa,Zalarea dan Scurra berbincang tentang surat yang dikirimkan kepada mereka bersama sebiji dadu,Gopal terima mesej dari Violet yang Matthias dalam keadaan kritikal.
Gopal: Korang,aku tahu ini bukan masa yang sesuai,tapi salah seorang Guarder aku dalam keadaan kritikal.
Scurra: Kenapa...?
Gopal: Aku hantar dia ke Zankro Theocracy lepas peperangan sebelum ni,sebab aku curiga kenapa Zankro Theocracy sanggup bantu La-Ritas Empire?
Zappa: Dan,apa yang kau dapat?
Gopal: Raja Zankro Theocracy arahkan askarnya datang bantu La-Ritas Empire dengan harapan, mereka boleh bekerjasama di masa akan datang.
Scurra: Jadi mereka cuma nak kukuhkan negara mereka dengan saling bantu membantu? Boleh tahan...
Zappa: Tapi.....siapa yang boleh cederakan NPC kau?
Gopal: Siapa lagi,kalau bukan Administrator tu sendiri. "Dr.Green, kita perlu sediakan rawatan untuk Matthias secepat mungkin!"
Dr.Green: "Baiklah tuan! Berikan saya masa untuk bersedia!!"
Gopal: "Kenapa saya dengar bunyi macam kamu sedang berlawan?"
Para Guarder berhenti berlawan sebaik saja Dr.Green bercakap dengan Gopal. Dr.Green tengok mereka dan letak jari di mulut, menyuruh mereka diam.
Dr.Green: "Tiada apa yang perlu dirisaukan tuan. Saya akan uruskan sebaik saja dia kembali."
Gopal: "Hm." Baiklah. Apa rancangan kita sekarang? Kita nak pergi ke sana dan lihat apa yang ada,atau kita terus berperang dengan mereka?
Zalarea: Aku rasa....mungkin lebih baik kita pergi dan jumpa dengan Administrator ni.
Scurra: Kalau macam tu,kita kena bersedia untuk sebarang kemungkinan. Bagaimana dengan item korang?
Gopal: Aku ada banyak item kat dalam Vault aku.
Scurra: Sama.
Zappa: Item eh....
Zalarea: Majoriti item kami dalam bilik simpanan clan jadi kami takde banyak item yang mungkin berguna.
Scurra: Takpe. Aku boleh pinjamkan pada korang berdua.
Gopal: Macam mana dengan kad dan medal?
Zappa: Kad dan medal?
Gopal tunjukkan kad dan medal yang terkumpul dalam inventori dia pada mereka.
Gopal: Aku kumpulkan semua kad dan medal yang ada sebagai persediaan,kalau-kalau kita dalam masalah.
Scurra: Aku setuju. Kita perlukan beberapa keping kad dan medal sebagai langkah berjaga-jaga.
Zappa: Berapa banyak kad dan medal yang kau nak bagi?
Gopal: Hm......sorang 50 boleh? Nanti aku bagitahu macam mana nak guna.
Zalarea: Bolehlah.
Gopal pindahkan kad dan medal dalam inventori dia ke inventori Zalarea dan Zappa. Scurra kembali ke Calamity Fortress untuk mengambil item untuk diberikan pada Zappa dan Zalarea.
Scurra berjalan ke titik teleportasi dan dapati Anais,Johan,Barry dan Winton sudah berada di situ dan menunggu dia. Yang peliknya,mereka nampak macam baru lepas habis berlawan.
Scurra: Apa yang terjadi semasa saya berbincang?
Winton: Kami.....cuba berkenalan dengan mereka dan...
Johan: Ada sedikit perselisihan antara kami...
Scurra: ...??
SKIP TIME
YOU ARE READING
GOPAL: GAMES OF KING
FanfictionGopal bermain permainan Virtual Reality (VR) bila dia secara tak sengaja termasuk dunia lain. Gopal: Aiyoyo!! Dengan bantuan NPC dan pengalaman dia,Gopal memulakan perjalanan menuju ke puncak sebagai raja teragung dan terhebat. Idea dari: Overlord