Masa berlalu dengan pantas. 3 tahun sudah berlalu setelah Gopal bertemu Scurra.
Kini,sebuah bandar dibangunkan berdekatan dengan Royal Mafioso dan majoriti penduduknya terdiri dari bekas hamba yang diajar Zappa dan Zalarea untuk hidup sendiri.
Royal Mafioso terletak di tengah, bandar berada di sebelah kanan, hutan buatan dan hutan tempat tinggal Woodrieg,Fairy dan Lizardman berada di belakang. Kawasan tersebut berkembang sebagai sebuah kerajaan yang baru.
Gopal memandang keadaan bandar dari atas bumbung istana. Dia lihat penduduk bandar menjalani kehidupan seharian seperti biasa.
Gopal: "Tak sia-sia aku suruh mereka ajar hamba tu semua untuk hidup sendiri!!"
Selepas kekalahan La-Ritas Empire terhadap Royal Mafioso,semua hamba yang ada diserahkan pada mereka. Ada sekumpulan bangsawan yang membantah tindakan tersebut tapi mendengar laporan dari Sarvina dan Whizel tentang kekuatan Zero, mereka diamkan diri dan tak berani bersuara.
Melbar Kingdom juga dalam situasi yang sama. Semua hamba diserahkan pada Zero dengan harapan kerajaan mereka selamat.
Kini,semua hamba hidup bebas seperti rakyat biasa di bawah pentadbiran Royal Mafioso. Ada juga yang berkhidmat sebagai ejen rahsia untuk mereka.
Gopal teleport ke luar istana dan berjalan menuju ke kandang. Dia tarik Tempest Rhino keluar dan tunggang ia menuju ke bandar.
Sebaik tiba,semua orang memberhentikan kerja mereka untuk sambut Gopal.
Gopal: "Kenapalah mereka selalu buat macam ni?!!"
Gopal turun dari Tempest Rhino dan disambut meriah oleh semua orang. Muzik turut dimainkan oleh penyanyi jalanan untuk memeriahkan lagi suasana.
Gopal berjalan di sekitar bandar, melihat keadaan bandar yang aman dan lebih maju dari kerajaan lain.
Gopal: "Tak sia-sia kita guna reka bentuk rumah moden. Selesa sikit mereka tinggal."
Gopal perasan akan seseorang berpakaian butler berjalan beriringan bersama seorang wanita. Mereka berdua keluar membeli barang dan menghabiskan masa bersama di situ.
Gopal: "Woah! Sebastian dan Margaret dah dating! Aku bila lagi?!?!!!"
Setelah puas melihat keadaan bandar, Gopal kembali ke clan dan pergi ke pejabatnya. Dia duduk dan membaca dokumen yang diletakkan atas meja.
Gopal: Satu lagi hari untuk bekerja. Dah macam kerja pejabat aku rasa.
Gopal kini terpaksa berurusan dengan kertas kerja sebagai seorang pemimpin kerajaan. Dia memandang timbunan kertas di sebelahnya.
Gopal: "Nampaknya aku kena duduk sini sampai esok. Nasib baik aku tak boleh tidur sejak aku jadi macam ni."
Sementara itu,Ruby berada di bar di tingkat 4. Dia minum arak yang ada bersama Gray dan Saber.
Ruby: *minum* Korang macam mana? Dah sesuaikan diri dengan tugas baru korang?
Gray: *nod* Kerja aku tak susah mana.
Saber: Haaa~ Kalaulah aku boleh pergi ke bandar dan makan mereka.
Ruby: Jangan merepek! Manusia tu semua hak milik tuan Zero!
Saber: Haaaa~~!
Gray: Macam mana keadaan di Zoo?
Zoo adalah tempat untuk raksasa yang diciptakan tinggal dan Saber bertanggungjawab menguruskan Zoo agar tiada raksasa terlepas.
Saber: Boleh je. Seronok main dengan mereka! Tapi,aku nak dekat dengan tuan Zero!!
Ruby: Kita kena laksanakan tugasan yang diberikan pada kita oleh tuan Zero! Kau nak melawan cakap tuan Zero ke?!
YOU ARE READING
GOPAL: GAMES OF KING
Fiksi PenggemarGopal bermain permainan Virtual Reality (VR) bila dia secara tak sengaja termasuk dunia lain. Gopal: Aiyoyo!! Dengan bantuan NPC dan pengalaman dia,Gopal memulakan perjalanan menuju ke puncak sebagai raja teragung dan terhebat. Idea dari: Overlord