Sejak serangan Adamant Dark Dragon tempoh hari,para Guarder berlatih bersungguh-sungguh untuk memahiri skill mereka dan bantu Gopal kalahkan Administrator.
Gopal pula menyusun kad dan medal dalam inventori dan memastikan protokol Stampede Armada berjalan lancar. Dia juga berlatih dengan Zappa dan Zalarea dari semasa ke semasa.
Suatu hari,Gopal berada di pejabat, memikirkan apa yang patut dilakukan untuk kalahkan Administrator.
Gopal: "Hm...aku tahulah aku kena kalahkan Administrator ni. Tapi persoalannya,macam mana?"
Dia terdengar ketukan di tingkap. Dia bangun dan berjalan ke arah tingkap dan buka. Clob melompat masuk ke dalam dan Gopal segera tutup tingkap.
Clob: Hai..!
Gopal: Kau lagi!! Apa kau buat kat sini?
Clob: Takde apa. Saja aku datang singgah tengok apa kau buat. Kenapa semua orang nampak sibuk je ni?
Gopal: *sigh* Kau tahukan macam mana clan aku kena serang hari tu?
Clob: Jadi...??
Gopal: Semua orang kerja keras untuk pastikan kemenangan kami.
Clob: Tapi....Administrator tu pembuat game ni. Macam mana kau nak kalahkan dia?
Gopal: Dengan kalahkan dia dalam permainan dia sendiri.
Clob: Persoalannya,macam mana?
Gopal terdiam. Dia cuma terfikir untuk kalahkan Administrator tapi dia tak fikir nak buat macam mana.
Gopal: Err....
Clob: Nasib baik aku tanya. Nah.
Clob berikan buku tebal dengan kulit warna hijau lusuh pada Gopal. Gopal ambil buku tu dari tangan Clob dan baca.
Gopal: Ini...
Clob: Yep. Maklumat tentang Dimension Hopper dan kategori mereka.
Gopal: Mana kau dapat ni!?!
Clob: Bos aku yang bagi.
Gopal: Hebatlah! Dengan maklumat ni,Administrator dapat dikalahkan!
Clob: Betul tu! Tapi....aku ada benda nak tanya kau.
Gopal: Apa dia?
Clob: Kau.....buat apa sebenarnya kat bawah tanah? Aku dengar bunyi besi dan mesin macam banyak je.
Gopal: Kau boleh dengar bunyi mesin bawah tanah dari sini!!!?
Clob: *nod* Anggaplah telinga aku sensitif dengan bunyi.
Gopal: Hmm....macam mana aku nak cakap? Aku ada rancangan aku sendiri. Tapi aku boleh tunjuk kalau kau nak tengok.
Clob: Kebetulan aku tengah lapang jadi bolehlah.
Gopal: Okey! Kau datang balik esok!
Clob melompat keluar dari tingkap dan tinggalkan clan.
Gopal: Kejap,macam mana dia boleh lepas perisai clan?
Gopal tertanya-tanya macam mana Clob boleh lepasi pertahanan clan dan terus masuk macam tu je.
KEESOKANNYA~
Para Guarder berkumpul di bilik takhta setelah dipanggil Zero untuk diberitahu sesuatu.
Zero: Guarder,saya tahu yang kamu semua dah banyak berlatih sejak beberapa hari ni. Dan saya kagum dengan kemajuan kamu semua.
Ruby: *smile*
Saber: Ribbit.
Zero: Jadi....saya rasa tak apa untuk berikan kamu semua.....cuti sementara.
YOU ARE READING
GOPAL: GAMES OF KING
FanfictionGopal bermain permainan Virtual Reality (VR) bila dia secara tak sengaja termasuk dunia lain. Gopal: Aiyoyo!! Dengan bantuan NPC dan pengalaman dia,Gopal memulakan perjalanan menuju ke puncak sebagai raja teragung dan terhebat. Idea dari: Overlord