Game 84

17 2 0
                                    

Matahari terbit. Langit yang gelap bertukar cerah. Cahaya matahari terbit menembusi masuk ke dalam bilik seseorang dengan ekor musang.

Zalarea: *mengeliat* Nggh~ Dah pagi rupanya....

Zalarea bangun dan berjalan ke arah tingkap dan buka. Dia menghirup udara pagi dan sembilan ekornya mengembang dan bersinar.

Zalarea: Harinya dah tiba.

Hari yang dinanti-nantikan oleh semua orang sudah tiba. Hari di mana penubuhan kerajaan baru akan dirasmikan oleh Gopal sebagai raja yang memerintah. Pemimpin negara lain dijemput hadir untuk menyertai perasmian kerajaan baru Gopal yang akan menjadi negara terbesar di seluruh dunia.

Gopal kini berada di dalam biliknya, bersiap dan melihat dirinya di cermin.

Gopal memakai pakaian rasmi diraja berwarna biru putih dan kot biru gelap dengan corak bulan sabit di belakang. Dia mengubah penampilannya kepada manusia supaya pemimpin negara lain tak takut melihatnya.

Gopal: *suara matang* Bolehlah ni.

TOK! TOK! TOK!

Ruby: Tuan,boleh saya masuk ke dalam?

Gopal: Ruby? Silakan masuk.

Ruby masuk ke dalam bilik Gopal dan tutup pintu. Dia memakai gaun labuh bersama selendang hitam dan gelang tangan di kedua belah tangannya.

Gopal: Kamu nampak cantik hari ni Ruby.

Ruby: *blush* Terima kasih banyak tuan.

Gopal: Bagaimana dengan yang lain? Semua persiapan sudah pun selesai?

Ruby: Sudah siap sebanyak 90% tuan. Dan......tentang perkara tu....

Gopal: Ah. Ya,perkara tu.....saya serahkan pada kamu untuk putuskan bila.

Ruby: *bow* Baiklah tuan Zero.

Ruby keluar dari bilik Gopal. Gopal kembali memandang cermin dan perbetulkan tali lehernya.

Gopal: Baiklah. Mari kita mulakan.

Keadaan di kerajaan baru Gopal begitu meriah dengan festival yang diadakan sebagai sambutan penubuhan kerajaan baru Gopal. Penduduk di situ menghias seluruh kota dan berpesta bersama-sama. Pedagang, pengembara dan peneroka yang datang ke sana turut menyertai kemeriahan sambutan yang diadakan penduduk di situ.

Keluarga diraja dari semua kerajaan yang ada di seluruh benua menghadiri upacara pengisy kerajaan baru Gopal.

Kereta kuda keluarga diraja Melbar Kingdom bergerak melepasi pintu masuk menuju ke istana. Mereka saksikan penduduk yang terdiri dari pelbagai bangsa,hidup dengan aman damai dan berkomunikasi tanpa sebarang masalah.

R.Clide: Siapa sangka keadaan akan jadi macam ni?

Dia memandang surat jemputan yang dihantar ke Melbar Kingdom beberapa sebelumnya. Dia kemudian melemparkan pandangan keluar melihat orang ramai menikmati sambutan yang diadakan.

Kereta kuda milik keluarga diraja dan bangsawan dari semua kerajaan menuju ke istana di mana mereka akan menghadap raja kerajaan tersebut.

R.Clide turun dari kereta kuda bersama anak-anaknya; Clifford,Zaine dan Amelie. Amelie jelas kelihatan tak suka datang ke sana.

Amelie: "Ugh....kembali kepada raksasa yang penjarakan aku dalam bilik...."

Clifford: Hebat betul. Inilah tempat tinggal milik raja teragung.

Mereka memandang istana yang besar itu. Istana tu dibina dengan menggabungkan bahan yang diambil dari Royal Mafioso dan Calamity Fortress. Terdapat dua menara dibina berdekatan pintu masuk istana yang mempunyai lingkaran cahaya di atasnya. Menara itu merupakan menara pemerhati dan dijaga oleh pengawal istana.

GOPAL:  GAMES OF KINGWhere stories live. Discover now