Game 30

21 4 0
                                    

Gopal: Abnormaliti?

Violet: Ya tuan. Hanabi perasan akan sesuatu yang mencurigakan di dalam hutan.

Gopal: "Mesti dia terus periksa." Bagaimana dengan kampung itu? Masih selamat?

Violet: Ada beberapa troll yang turut tinggal di situ dan bantu pertahankan kampung.

Gopal: Hm....

Violet: Izinkan saya bertanya. Kenapa tuan pindahkan semuanya keluar?

Violet nampak semua benda yang ada dalam kawasan Royal Mafioso dialih keluar. Bangsal haiwan,bengkel, hutan di UG4 dialih keluar dan diletakkan tak jauh dari Royal Mafioso.

Gopal: Saya ada rancangan saya sendiri. Tapi untuk menjayakan rancangan saya,kita perlu buat sedikit pengubahsuaian.

Violet: Saya faham. Saya pergi dulu.

Violet menghilang. Gopal memandang kawasan Royal Mafioso yang lapang. Hanya kawasan perkuburan dan taman sahaja dibiarkan.

Gopal: Baiklah. Idea ni macam merapu tapi mari lakukannya.

Sementara itu,Hanabi sekarang berada di dalam hutan. Dia menjejak habitat asal troll dan cari punca kenapa mereka lari.

Hanabi: Apa agaknya yang buat mereka cedera sampai macam tu sekali?

Hanabi berjalan sambil mengimbas keseluruhan hutan bagi mencari punca troll tinggalkan habitat asal mereka. Dia kesan sejenis hidupan 600 meter di bahagian barat hutan.

Hanabi: Sana!

Hanabi memecut dengan booster di belakangnya menuju ke arah hidupan yang dia kesan.

Dia berhenti di hadapan gua yang agak besar. Kelihatan kesan cakaran di pintu masuk gua dan kesan tapak kaki.

Hanabi: Nampaknya semuanya bermula di sini.

Hanabi masuk dalam gua sambil dia imbas struktur gua tu dan apa yang ada di dalamnya.

Hanabi: Gua ni agak kukuh. Keadaan gua ni agak kering tapi ada fungus dan cendawan tumbuh. Nampak seperti tempat yang sesuai untuk raksasa buas.

Hanabi tiba di ruang yang besar dan nampak makhluk yang dicarinya.

GargarikaLevel: 590-Extremely fast predator-Flexible enough to fit in small crack-Paralyzing venom in it's jaw

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gargarika
Level: 590
-Extremely fast predator
-Flexible enough to fit in small crack
-Paralyzing venom in it's jaw

Hanabi: Haih,cicak ni yang menyebabkan mereka lari.

Hanabi memandang ke kiri dan kanan. Tempat itu merupakan sarang Gargarika dan ada banyak bangkai dan tulang haiwan bertaburan di seluruh tempat.

Hanabi: Kamu semua berpotensi menganggu rancangan tuan Zero. Oleh itu,saya akan hapuskan kamu.

Hanabi angkat tangan dan sepuluh senapang api muncul di hadapannya.

GOPAL:  GAMES OF KINGWhere stories live. Discover now