Game 60

20 3 0
                                    

Selepas menghabiskan masa di pantai,Gopal dan para Guarder kembali ke Royal Mafioso manakala Scurra dan Anais,Johan,Barry dan Winton kembali ke Calamity Fortress. Zappa dan Zalarea kembali ke hutan dengan Zappa mengendong Zalarea sebab dia mabuk laut.

Beberapa hari kemudian,terjadilah satu kejadian yang menggoncang dunia. Terutama sekali pada pemain yang berada di dunia itu.

Terdapat menara yang tingginya mencecah awan muncul berdekatan Zankro Theocracy. Dikatakan,menara tu sangat tinggi hingga melepasi awan.

Kerajaan lain mula menghantar perisik untuk menyiasat menara tu. Zankro Theocracy sama sekali tidak menunjukkan sebarang minat terhadap menara itu kerana....

Administrator: Baiklah. Persediaan dah pun selesai.

Administrator duduk atas runtuhan batu,memandang kota yang putih seputih salju dikotori kemerahan darah yang mengalir.

Dia lambung tukul ke udara dan biarkan ia terjatuh. Semua mayat yang bergelimpangan diserap ke dalam tanah dan bergabung bersama bangunan runtuh dan bahagian dalam kota Zankro Theocracy berubah serta merta.

Administrator: Baiklah~! Pengubahsuaian telah pun selesai. Sekarang....

Administrator kembali ke istana dan duduk di singgahsana. Dia memandang menara yang dihasilkannya dan raksasa yang digunakan. Dia tersenyum lebar melihat menara itu.

Administrator: Dengan menara ni, dapatlah aku hapuskan pemain yang ada. Sayang,mereka sepatutnya jadi mainan aku.

Administrator memandang rekaan menara yang dia buat dan mesin gergasi yang dia hasilkan dengan menggunakan seluruh kota Zankro Theocracy dan bahan-bahan lain yang dia kumpulkan.

Administrator: Hehehe! Hahahahah!!

Portal dibuka di hadapannya. Egos melangkah keluar bersama Baro di sebelahnya.

Egos: Apa yang kau gelakkan tu?

Administrator: Hm? Takde apa. Cuma, aku teruja dengan menara yang aku bina. Pasti mereka semua akan sukakannya~

Egos: Hm......jadi? Bagaimana dengan kecederaan kau?

Administrator: Masih belum pulih sepenuhnya. Tapi aku masih dapat bergerak.

Egos: Pasti kau tak ada rancangan sokongan kalau rancangan kau gagal?

Administrator: Rancangan sokongan? Buat apa aku perlukan rancangan sokongan?

Egos: *sigh* Seperti yang diduga,kau terlalu memandang rendah musuh kau.

Administrator: Kenapa aku nak takut? Aku cuma perlu duduk dan tunggu mereka datang kepala aku.

Egos: Nampaknya kau masih belum sedar. Cuba kau lihat,sama ada kau mampu gunakan sistem kau atau tidak.

Administrator memandang Egos pelik. Dia lihat skrin yang banyak di hadapannya dan setiap satunya perlahan-lahan menghilang.

Administrator: Apa.....Apa yang jadi ni?!?

Egos: Aku dah bagi amaran,kau yang tak nak dengar. Kau patut tahu yang sekarang ni,sistem kau dah digodam dan diceroboh.

Administrator: Dimension Hopper mana yang berani ganggu permainan aku!?!

Egos: Tidak. Orang yang godam sistem kau jauh lebih teruk.

Administrator: Siapa?

Egos: They Who Remain.

Administrator: *shiver* Apa....?

Egos: Ya. Salah seorang They Who Remain mempunyai kelebihan untuk mengakses ke mana-mana sistem yang dia inginkan.

Administrator: Tidak. Tidak tidak tidak tidak tidak tidak tidak tidak tidak tidak.....permainan aku masih belum tamat!!

GOPAL:  GAMES OF KINGWhere stories live. Discover now